Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

12 May, 2012

Petua Kempiskan Perut

Petua Kempiskan Perut
Salam..

 Kempis dan rata menjadi idaman perempuan termasuk aku untuk kelihatan cantik kat perut. Ecehh, boleh pulak nak cantik kat perut.
Kahkahkah! Jom aku kongsikan sikit Petua Kempiskan Perut untuk korang ye.

 Petua Kempiskan Perut 1 Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.

 Petua Kempiskan Perut 2 Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

 Petua Kempiskan Perut 3 Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

 P/s: Cara susah sikit alaa korang buat aje sit up setiap hari takpun guna squat mesti lagi cepat perut mengempis dengan jayanya.

 Selamat mencuba!
www.tips-fb.com

11 May, 2012

Doa Murah rezeki

YA ALLAH YA TUHANKU ,, JIKA REZEKI KU BERADA DI ATAS LANGIT KAU TURUN KAN LAH ,, JIKA REZEKI KU BERADA DI BAWAH BUMI KAU NAIK KAN LAH ,, JIKA REZEKI KU JAUH KAU DEKAT KAN LAH ,, JIKA REZEKI KU SEMPIT KAU PERMUDAH KAN LAH . . AMIN YA RABBAL ALAMIN ..
Kadang-kadang kita TERLUPA, kita jauh daripada ALLAH SWT.. LALAI dalam menjaga HUBUNGAN kita dengan-Nya..

sebab itu JANGAN DITANYA kenapa kita LEMAH saat DERITA menimpa kerana kita rasa BANTUAN itu tiada daripada-Nya..

UBATNYA adalah MENDEKAT PADA-NYA... biarlah dahi kepada bumi melekat dengan sujud yang penuh BERKAT KELUARLAH daripada kepompong DOSA, supaya diri dapat TERBANG bebas dalam taman-taman SYURGA..

InsyaALLAH..
www.tips-fb.com

09 May, 2012

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
jom kita tengok apa kesan-kesannya..

 Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita. Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut.

Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya.

Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

 Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya.

Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

 Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud.

Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim.

Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

apa yang boleh nak dikatakan lagi... cuma beringat-ingat sebelum kena... insyaallah...
www.tips-fb.com

07 May, 2012

Tips Memerahkan Bibir:)

Tips Memerahkan Bibir:) Admin pun buat.ahaa;D Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Bibir anda akan merah seperti memakai gincu.mudah dan berkesan:)
Penyebab bibir menjadi hitam: Keindahan bibir juga dipengaruhi oleh hormon estrogen, iaitu hormon yang dapat membantu proses perbaikan dan pergantian kulit (regenerasi). Semakin bertambahnya usia, apalagi jika sudah memasuki usia menopose, kadar estrogen menurun tajam sehingga proses regenerasi melemah, bahkan lama-kelamaan berhenti sama sekali.

Tanpa regenerasi, maka kulit tidak boleh melindungi dan melembabkan sendiri, sehingga beransur ansur mengerut dan mengendur. Pada saat itulah bibir tampak kering dan hitam. Kebiasaan merokok juga dapat mengurangi keindahan bibir.Proses penghitaman bibir akibat merokok memang terjadi secara langsung, lama-lama menjadi ungu kehitam-hitaman.

Setiap hasil pembakaran pada hujung rokok akan menimbulkan karbon, yang juga akan menambah pekat warna bibir. Mengambil ubat yang tidak sesuai dan faktor keturunan juga membuat bibir hitam. Kosmetik yang tidak ssesuai juga menyebabkan bibir menghitam. Contohnya penggunaan lipstik yang tidak sesuai.Bahan yang tidak sesuai yang terkandung dalam lipstik jika digunakan dalam waktu yang lama dapat membuat lama-kelamaan bibir menghitam. "Mencegahnya, bersihkan bibir setelah menggunakan lipstik dengan pembersih khusus bibir karena sisa-sisa lipstik yang tertinggal dapat membuat bibir tampak kehitaman.

Sementara bibir yang menghitam karena bahan kosmetik, rokok, ataupun dapat dibantu pemulihannya dengan krim yang mengandung steroid sehingga warna bibir kembali merekah. Steroid dapat membantu memerahkan bibir yang menghitam.
TIPS MENJAGA BIBIR TETAP MERAH: Sebelum warna bibir anda yang merah itu berubah menjadi gelap atau pucat, ada baiknya anda melakukan perawatan agar warna bibir anda tetap indah.
Berikut ini Tipsnya:
* Perbanyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran .
* Jika anda merokok, segeralah berhenti.
* Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik di bibir.Lipstik jangan sampai dibawa tidur, kerana selepas melakukan aktiviti selalu bersihkan bibir menggunakan pembersih.Ini penting untuk membuang bibir dari bahan kimia lipstik.
* Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
* Untuk menjaga kelembabanya, sapukan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam. Tips Lain2... Setelah gosok gigi, gosok pelan2 bibir dengan sikat gigi.

Selain untuk membersihkan/menanggalkan sel2 lama juga untuk memperlancar peredaran darah di sekitar bibir dan boleh menghilangkan kesan hitam;) Selamat mencuba!
www.tips-fb.com

06 May, 2012

Jom Kita Jaga Ketiak Bagi Comei

OK harini nak kongsi petua mengenai ketiak.haaa mmg lumrah kaum peremmpuan la kan nak ketiak yg cerah, bersih dan cntik:)so kat sini saya selitkan petua nak mghlang bulu ktiak tumbuh dan petua memutihkan ketiak hitam...
Petua menghindarkan bulu ketiak tumbuh! Terdapat pelbagai cara tradisional boleh diamalkan untuk menghalang bulu ketiak tumbuh.
Antara yang paling murah, mudah dan berkesan ialah menggunakan kapur sirih dan kunyit hidup. Selepas mencabut semua bulu ketiak, celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit.
Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali sehingga masalah itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dilakukan oleh golongan remaja yang masih belum tumbuh bulu ketiak.

 Petua memutihkan ketiak hitam! Ambil sebiji limau nipis dan perah jusnya. Campurkan jus tadi dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Amalkan 3 kali seminggu. p/s:semua cara pasti berkesan jika diamalkan selalu dan selalunya bhn2 dr sumber asli dan petua warisan nenek moyang kita ni laa yang mujarab..

tp persoalannya knpa kite tak gunakan??haa semuanya terletak pd diri sndri.NAK atau TAK jee ok slamat mencuba awak:)
www.tips-fb.com

05 May, 2012

Tahniah Harmiediyana Hanani... Konvo 2/4/2012

tahniah... dah ada Diploma... Dan dah keje pun ye... semoga sucses selalu..
amboi senyum sampai telinga 




www.tips-fb.com

04 May, 2012

Apakah tanda jiwa yang kacau? (artikel menarik Fedtri Yahya dalam majalah Gen-Q) 1. Suka bergaduh walaupun dalam perkara kecil 2. Melihat kejayaan orang lain sebagai ancaman kepada diri 3. Sering berasa tidak bahagia dan tidak puas dengan nikmat yang dimiliki 4. Sukar memberi dan menerima maaf 5. Asyik menyebt dan memikirkan hal-hal buruk, kotor dan neatif Jika ada sindrom-sindrom ini segeralah mencari penawar. nak tambah: 6. suka menyindir, memerli dan menyakitkan hati orang lain. 7. berasa puas menjatuhkan orang lain
www.tips-fb.com

03 May, 2012

Jangan ingat minum ais tidak elok untuk kesihatan. ia juga ada kebaikan disebalik keburukan Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
www.tips-fb.com

02 May, 2012

hari ni dan esok

Kalau hari ini kita lihat wanita itu seksi dan tak terjaga pergaulannya... Belum tentu esok hari dia masih begitu.. Mungkin saja auratnya lebih terjaga dari kita nantinya... Kalau hari ini kita lihat seorang lelaki itu berkopiah berjubah menjaga mata... Esok hari belum tahu dia masih begitu atau tidak.. Jangan sangka yang berpakaian warak itu tiada silap pada masa lampaunya.. Jangan sangka diri kita yang baik nih takkan pernah boleh buat silap.. Hati manusia mudah sangat dibolak balikkan... iman manusia ada turun naiknya... Siapalah kita nak menilai orang lain.... Kalau rasa diri belum baik, teruskan berdoa moga Allah memberikan kita hidayah.. bagi yang telah menjumpai 'jalan' kembali pada Allah, berdoalah moga kekal istiqamah... tiada orang baik yang tiada masa lampau. tiada orang jahat yang tiada masa Depan.
www.tips-fb.com

01 May, 2012

Tujuh keajaiban alam sekitar dunia

GENEVA - Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.
Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan. Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut. Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS). Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu. Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar. Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar. – AFP sumber: kosmo.com.my
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati