Pages

09 October, 2010

Nelayan dinasihat guna GPS elak tersasar ke perairan jiran

Nelayan Pun Kena Hati2 walaupun laut luas terbentang ingat kita ada perbatasanya.


TAWAU: Nelayan di sini diminta menggunakan peralatan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) ketika keluar menangkap ikan bagi mengelak tersasar masuk ke perairan negara jiran.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, peralatan itu amat penting untuk membantu nelayan memastikan mereka sentiasa berada di perairan negara ini sepanjang mereka berada di laut.

"Kita nasihatkan nelayan di kawasan sini supaya sentiasa berada di kawasan (perairan) kita. Pastikan mereka tidak masuk ke perairan negara jiran dan mengelak dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas mengenai penahanan lima bot nelayan Tawau di negara jiran baru-baru ini.

Noor Rashid berkata, pihak berkuasa Indonesia akan mengambil tindakan jika berlaku pelanggaran undang-undang di kawasan perairan mereka seperti juga yang akan dilakukan pihak berkuasa Malaysia sekiranya perkara sama berlaku di negara ini.

"Macam kita jugalah, jika mereka (nelayan) masuk ke kawasan kita, kita akan ambil tindakan mengikut saluran undang-undang," katanya.-Bernama
Berita dari Metro online

1 comment:

leave your comment here