Welcome To My Blog, Hope You're Happy Here, This Is My Inspiration Blog, Hopefully All The Stories And The Writing I Will Not Be Touching The Hearts Of Your Feelings, "Renunglah Dengan Mata Hati..Pasti Terbuka Kunci,Sahabat Yang Terpuji Ialah Al-Qur'an,Penasihat Yang Terpuji Ialah As-Sunnah,Harta Yang Terpuji Ialah Keimanan & Selawat"
Kalau tengok gambar-gambar ni , memang kita kata orang-orang ni kejam, tapi apakan yang membuat orang-orang ni , mendera ikan lumba-lumba ni, kenapa? apakah yang mewajibkan dia orang ni mendera dan bunuh binatang yg manja ni.
Pada 11 / 03 / 2011 , hari Jumaat, Anak Sedara Akad Nikah, Dan Berlangsunglah segalanya dengan selamat, dan pada 19 /11 / 2011 akan berlangsungnya Majlis Perkahwinan Mereka Berdua ni.. Selamat Pengantin Baru Siti Khadijah Bt Takhiyuddin Serta Suaminya Sukir Bin Ahmad. Yang Akan Berlangsung Dirumah Pengantin Perempuan Di Kg Danglau, Nami , Sik , Kedah .
Tsunami Datang Lagi , Kali Lagi Hebat Dari , Dulu Aceh Jadi Padang Jarak Padang Terkukur, Kali Jepun Pula.
Dan di jangkakan akan berlaku lagi, Rasa sayu , sedih , kasihan melanda jiwa, airmata menitis belas memang meruntun jiwa tragedi macam ni, tusnami paling dasyat paling kuat, di kategorikan sebagai bencana alam, yang mengorbankan banyak jiwa, harta benda dan segalanya.Memang Mengerunkan.
SEDIH, TERHARU DAN SEBAK BILA TENGOK GAMBAR-GAMBAR NI
Sejak Sihat Skit Dari Sakit ni , sudah banyak dekatkan diri dengan Allah, terutama Doa2 selepas Solat banyak juga di hafal, semoga Allah membuka pintu hatiku untuk terus mendekatkan diri dengan Allah, dengan amalan2 dan zikir2 , serta solawat2. Ya Allah Kuatkan Lah Imanku, Amalkan, Akalku, serta berikan kesihatan yang elok padaku, Aminn.
Alhamdu lillaahilladzii najjaanaa minalqaumizhz haalimiinn.
- Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan kami dari orang-orang yang zhalim.(qs, al-mu'minun, 23:28)
Assalamualaikum warah matullahhi wabarokatoh ,Alhamduliilah Syukur kehadrat Allah, saya sihat semula, dah hampir 3 bulan di pembaringan , dari badan montel dah slim, tak payah diet dah.
baru terasa nak update blog, mungkin kawan cyber dah tak berapa kenal ngan saya, maklumla lama tingalkan blog ni, insyaallah akan ter update lepas ni.
walaupun berjalan masih lagi rasa kepala goyang2,tapi syukur alhamduliilah, tuhan makbulkan doa, panjangkan usia. walau pun masih dalam trauma tapi insyallah akan pulih sepenuh.
Membaca Ayat Qursi Setelah Selesai Solat Fardu ( Barang Siapa Yang Membacanya Setelah Selesaisetiap Solat Tidak Yang Menghalangnya Masuk Syurga Selain Mati , HR. AN-NASAI DAN IBNIS SINNI,SAHIH MENURUT AL-ALBANNI ).
KHASIAT AYAT KURSI
Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
ALHAMDULLILLAH SEMOGA POST INI MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA INSYAALLAH
Doa Orang Tua Terhadap Anaknya adalah salah satu doa yang paling didengar Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka semestinya orangtua senantiasa mengalirkan doa kebaikan bagi anak-anaknya. Orangtua juga mesti meneguhkan kesabaran jika menjumpai penyimpangan pada anak-anaknya. Bukan malah mengutuk atau mendoakan keburukan bagi mereka.
Doa orangtua untuk anaknya adalah salah satu doa yang paling didengar Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Sesuatu yang sudah lazim untuk diketahui, orangtua harus membimbing anak-anaknya. Mereka memerlukan diarahkan, diajari, ditegur dan diluruskan bila mereka salah atau lupa. Semua itu tak lain untuk kebaikan masa depan si anak; masa depan di dunia dan masa depan di akhirat.
Kadang kala yang terjadi, orangtua sudah mengerahkan segala upaya untuk mengajari dan membimbing, namun si anak tetap membandel dan ‘kepala batu’. Entah apa lagi cara yang harus ditempuh, seakan-akan semua jalan telah buntu.
Memang, mencetak seorang anak menjadi anak shalih yang selalu menyenangkan hati bukanlah semata hasil kerja keras orangtua dan pendidik. Semua usaha yang ditempuh hanyalah merupakan sebab-sebab yang dilakukan untuk mencapai tujuan itu. Adapun yang membuat hati si anak terbuka untuk menerima pengarahan serta bimbingan orangtua dan orang-orang yang mendidiknya adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam:“Sesungguhnya engkau takkan bisa memberikan hidayah (taufik) kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah memberikan hidayah kepada siapa pun yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (Al-Qashash: 56)