Pages

15 March, 2011

Tsunami Lagi

Tsunami Datang Lagi , Kali Lagi Hebat Dari , Dulu Aceh Jadi Padang Jarak Padang Terkukur, Kali Jepun Pula.

Dan di jangkakan akan berlaku lagi, Rasa sayu , sedih , kasihan melanda jiwa, airmata menitis belas memang meruntun jiwa tragedi macam ni, tusnami paling dasyat paling kuat, di kategorikan sebagai bencana alam, yang mengorbankan banyak jiwa, harta benda dan segalanya.Memang Mengerunkan.

SEDIH, TERHARU DAN SEBAK BILA TENGOK GAMBAR-GAMBAR NI




Dari video-video dan gambar-gambar yang dapat kita tengok tu memang amat memilukan dan menyedihkan hati sesiapa saja.entah berapa ratus juta kerugian agaknya, lebih-lebih lagi negara maju macam jepun tu kan.

bumi semakin tua agaknya, dah tak kuat lagi, rapuh sana sini, memang dunia dah akhir zaman, dunia dah hampir kiamat itu saja yang boleh kita katakan.

Tapi bagi kita Semuanya kuasa Allah,Allah yang menjadikan langit dan bumi, semua ciptaannya, apa saja yang berlaku semua diatas kehendaknya,kita yang kerdil ni hanya menumpang di bumi Allah, hanya sementara .

kita bertuah di bumi Malaysia, belum lagi ada bencana sedasyat tu, belum lagi di beri ujian sedasyat tu, Alhamduliillah semoga kami dilindungi mu Ya Allah.

Doa Kesyukuran, tempat yang diberkati,
Rabbi anzilnii muzalan mubaarakan wa anta khairulmunzilinnn
Ya Tuhanku, turunkan aku pada tempat diberkati, dan engkaulah sebaik-baik yang memberi tempat.(QS, Al-Mu'minun,23:29).

Doa Bertaubat.
Rabbanaa Zhalamnaa anfusanaa wa illam tagfirlana wa tarhamnaa lanakuunanna minalkhaasiriin.
Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami akan termasuk orang-orang yang merugikan. (QS,Al-A'raf,7:23).

Doa mohon keselamatan.
Rabbi inni qaumii kadzdzabuun, faftah bainii wa bainahum fat-han wa najjinii wa mamma'iya minalmu'miniin.
Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustaiku, kerana itu adakanlah suatu keputusan antaraku dan mereka,dan selamatkanlah aku dan orang-orang mu'min besertaku.(QS,asy-Syu'ra,26:117-118).

2 comments:

leave your comment here