Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
Lee Sew Fa, 59, bagi Ganjaran RM20,000 cari suami hilang
Sapa nak duit cepat....
KUALA LUMPUR – Isteri kepada seorang lelaki yang hilang kira-kira tiga tahun lalu bersama biro MCA, menawarkan ganjaran RM20,000 sekiranya ada individu mempunyai maklumat mengenai kehilangan mangsa.
Lee Sew Fa, 59, berkata, suaminya, Hoo Kee Chin, 64, hilang sejak 4 Februari 2008 selepas keluar minum di kedai berhampiran rumah mereka di Jalan Kuala Bikam, Perak dengan membawa wang RM13,000.
Menurutnya, pada hari terbabit mangsa keluar rumah dengan menaiki motosikal jenis Suzuki kira-kira jam 10 pagi untuk bersarapan dan sejak itu tidak pulang.
Menurutnya, sehari selepas mendapati suaminya hilang, dia membuat laporan polis dan pada hari sama motosikal suaminya ditemui di kawasan semak.
“Dia keluar rumah dan bawa wang RM13,000,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini semalam.
Menurutnya, selain bimbang keselamatan suami, mereka sekeluarga juga ingin tahu sama ada mangsa masih hidup atau mati kerana tiada perkembangan berkenaan mangsa.
Menurutnya, sekiranya mangsa sudah mati, dia berharap dapat mengebumikan mayat itu.
Dalam pada itu, Ketua Biro MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya pula menawarkan RM10,000 bagi membantu keluarga itu mengesan mangsa.
“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi kami di talian 03-21615678 atau anak mangsa yang dikenali sebagai Vivian di talian 016-5657881,” katanya.
No comments:
Post a Comment
leave your comment here