Pages

22 April, 2011

Lindsay Grace Pronk Ratu Cantik Yang Suka Makan Petai

Finalis Miss Universe 2004 yang berasal dari Belanda, Lindsay Grace Pronk mengaku sangat menggemari masakan tradisional Indonesia. Peragawati cantik berusia 25 tahun itu juga menyukai petai.
“Ya, saya sangat suka petai. I love petai,” ujarnya ketika ditemui dalam sesi penggambaran bersama majalah Popular di Hotel The Acacia, kelmarin. Lindsay tidak kisah dengan bau petai yang kurang menyenangkan itu kerana baginya yang penting adalah khasiatnya.

“Saya tidak kisah dengan bau petai kerana ia sangat lazat dan baik untuk membersihkan ginjal. Jadi, saya sarankan supaya anda makan petai setiap hari,” tambahnya. Sekiranya berada di Belanda, Lindsay selalu memasak pais ikan dan soto ayam. Peragawati yang mempunyai ketinggian 1.75 meter itu belajar memasak daripada ibu dan datuknya yang berdarah Indonesia tulen. “Datuk saya mengajar saya memasak pais ikan. Resepi pais ikan datuk, satu-satunya yang paling terkenal di Belanda. Datuk juga boleh memasak pelbagai masakan Indonesia lain. Namun, bagi saya, ibu adalah tukang masak terbaik di dunia,” katanya lagi. - Detik

No comments:

Post a Comment

leave your comment here