Pages

15 April, 2011

Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon

Tergerak Hati lak saya hari ni nak tulis pasal Penceramah Bebas Bro Lim Jooi Soon yang unik ini, beiau selesa mengguna nama asal,Beliau adalah Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon juga nama islamnya.Dia juga dikenali sebagai Bro Lim, kalau korang belum kenal lagi tengoklah gambar-gambar dia kat bawah ni.


Bersama Keluarga serta Isteri beliau , Dr Tuti (pengamal perubatan yang sedang melanjutkan pengajian Phd di HUKM)

Lim Jooi Soon memang tidak asing di kalangan penggiat2 dakwah. Beliau merupakan bekas penganut Kristian Protestan dan kini bergiat aktif dalam Macma, Melaka (Persatuan Cina Muslim).kalau tengok ceramah dia dekat youtube tu, dia bercakap memang best, macam ustaz-ustaz lain juga.
di bawah ni ada keratan dari berita utusan Malaysia
MENUKAR nama bapa kepada Abdullah sudah lama diamalkan di Malaysia. Namun, ia tidak pernah diamalkan ketika zaman Rasullullah s.a.w. Contohnya Rasulullah tidak mengubah nama bapa Abdullah bin Abd. Asad biarpun Abd. Asad membawa makna hamba kepada singa, iaitu jelas mengandungi unsur-unsur syirik (Ibni Al-Jawzee, Sifatus Safwah, Jilid 1 (63).
Malah Umar Al-Khattab dan Ali bin Abu Talib juga mengekalkan nama bapa masing-masing setelah memeluk Islam. Jika wajib menukar nama bapa, apakah Rasullullah sendiri tidak mengetahuinya dan melakukannya?
Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.
Pada zaman Rasullullah, mereka yang memeluk agama Islam dinasihati oleh Rasulullah supaya menukar nama asal kepada nama yang bermaksud baik.
Sumber: Utusan Malaysia 12 April 2007
Alhamdullilah sejuk hati bila dengar ceramah Bro Lim, Semoga Allah terus memberi hidayah dan jalan yang mudah bersamanya.insyaallah..

No comments:

Post a Comment

leave your comment here