Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
Sebak, sedih, pilu bila lihat api mamah anak
Al-Fatihah, takziah buat keluarganya , Semoga Noramalina ( ibunya ) tabah menhadapinya, Tabahlah,sabarlah ini dugaan besar dari Allah, memang pedih, memang perit untuk menerimanya, tapi takdir menentukan segalanya. KEPALA BATAS: “Anak aku ya Allah...anak aku ya Allah!” Hanya itu perkataan terhambur daripada bibir seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya dalam kebakaran sebuah rumah papan dua tingkat di Permatang Nibong, dekat sini, semalam.
Noramalina Mat Ariffin, 25, tidak dapat menahan kesedihan dengan tragedi yang meragut nyawa anak keduanya, Mohammad Irfan Abdul Rashid, 5, sehingga terpaksa ditenangkan jiran.
Mayat Mohammad Irfan ditemui dalam keadaan 70 peratus rentung di dalam bilik di tingkat bawah rumah mereka selepas anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran.
Sebelum kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, hanya Noramalina dan anak lelakinya itu berada di rumah, manakala suaminya, Abdul Rashid Ismail, 31, pergi ke sawah.
Dua lagi anak pasangan itu, Norafikah, 7, berada di sekolah agama manakala anak bongsu, Mohammad Ikmal, 3, dibawa saudara mereka ke kedai berhampiran.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Noramalina berkata, sebelum kejadian, dia memasak dan Mohammad Irfan bermain di tingkat atas rumah papan dua tingkat itu seorang diri.
“Saya menyedari tingkat atas rumah terbakar dan menjerit memanggil Irfan, tapi dia tidak turun. Saya cuba naik, tapi gagal kerana api marak cepat menyebabkan saya keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
Difahamkan, bapa Noramalina, Mat Ariffin Hassan, 62, yang pulang ke rumah sejurus diberitahu kejadian itu cuba masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mohammad Irfan, tetapi gagal, malah dia cedera di badan dan tangan. berita lanjut
ya Allah.. tak dapat dibayangkan perasaan dia.. semoga dia diberi kekuatan.. Inalillah..
ReplyDeletememang perit, hati seorang ibu...
ReplyDeletesemoga dia ada kekuatan melaluinya..