Pages

12 April, 2011

Ujian DNA sahkan telur ayam tulen di Pulau Pinang

Orang Pulau Pinang, Boleh senyum skit dah , telur original disana... sapa yang peminat telor tu.. teruskan lah makan .... selamat lagi... tapi kena hati-hati gak , takut tertipu ngan peniaga-peniaga gelap mata hatinya. hehehe ....







11/04/2011
KUALA LUMPUR: Analisis Deoxyribonucleic acid (DNA) yang dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas empat sampel telur ayam dari Pulau Pinang mendapati telur berkenaan adalah tulen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan analisis itu mendapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam.
"Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai isu "telur tiruan" yang disiarkan media baru-baru ini.

Liow berkata, menerusi penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk utama negara, Kementerian Kesihatan memberi jaminan tahap keselamatan serta kualiti makanan yang dibawa masuk ke negara ini adalah pada tahap terkawal.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak bimbang dan memohon kerjasama mereka untuk tampil membuat aduan jika meragui ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui lama web di http://fsq.moh.gov.my. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

leave your comment here