Pages

22 May, 2011

Kejadian Tanah Runtuh , 7 Jenazah Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Bacaan Al-Fatihah disedekahkan kepada semua 16 mangsa korban tanah runtuh membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, Selangor.
Tujuh daripada jenazah runtuhan Hulu Langat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Dusun Nanding, Hulu Langat.

Terdahulu, ketujuh-tujuh jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14.

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir.

Jenazah disembahyangkan selepas solat Zohor.

Tujuh jenazah itu ialah Zahir Haziq, Mohd Azret Azahari dan abangnya, Mohd Zaid, Wan Ahmad Hasrim Hazim, Mohd Mustakim Mamat, Mohd Imal Fahad dan Mohd Hazim Sapri.

Jenazah mangsa yang lain dikebumikan di kampung halaman masing-masing - tiga di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, dua di Dengkil dan masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa.infotv3

No comments:

Post a Comment

leave your comment here