Pages

03 May, 2011

melayari Internet tanpa had dengan caj kurang daripada RM1 sehari

Ada sesape guna ni ke? nak tanya pengalaman skit, bagus tak? kalau bagus boleh kita pakat2 guna kan kan... he he
Pengguna telefon pintar dan data kini boleh melayari Internet tanpa had dengan caj kurang daripada RM1 sehari menggunakan produk terbaru keluaran U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Internet mudah alih tanpa had (UMI).
UMI menawarkan sambungan tetap Internet mudah alih untuk pelanggannya dengan harga yang mampu dimiliki iaitu RM28 sebulan berserta 100 minit masa panggilan percuma ke seluruh negara dan 30 khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee berkata, pengguna Internet kini boleh mengakses laman sosial, email dan melayari Internet atau aktiviti dalam talian lain dengan kadar rendah dan berpatutan.
Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

“Dengan UMI, kami kini menyediakan penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan pengguna Internet mudah alih dengan kadar terendah di pasaran.

“UMI adalah pelan tanpa had yang menawarkan yuran bulanan rata, RM28 sebulan tanpa caj data tersembunyi,” katanya semasa pelancaran UMI di Kuala Lumpur.

Kaizad berkata, UMI turut memberikan pembaharuan langganan auto mudah di mana pengguna Internet hanya perlu menambah nilai di mana-mana pusat perkhidmatan U Mobile.

”Internet mudah alih tanpa had itu juga menawarkan kemudahan prabayar tanpa kontrak dan komitmen.,” katanya.
info SH

No comments:

Post a Comment

leave your comment here