Pages

08 May, 2011

peguam bekas isterinya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya untuk memberhentikan tuntutan harta bernilai RM1.38 juta, “Saya bersyukur kepada Allah,” kata penyanyi, Nash

Ahamduliillah.. Lega Nash, Bukan senang nak bayar banyak wooo RM1.38 Juta...untuk org2 kaya,org2 ada duit tu ok, klau org macam saya sampai mati pun tak berbayar la jawabnya. nampaknya kes nash diselesai dengan cara yang baik.
dan Nash minta sedekahkan Alfatihah untuk bekas isteri beliau.. Al-Fatihah, Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama-sama orang2 Soleh dan yang beriman.
SHAH ALAM: “Saya bersyukur kepada Allah,” kata penyanyi, Nash selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan peguam bekas isterinya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya untuk memberhentikan tuntutan harta bernilai RM1.38 juta, semalam.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Nash, atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 52, berkata, dia sentiasa berharap supaya masalah itu dapat diselesaikan secara baik dan berhemah.

Pada masa sama, bekas vokalis kumpulan Lefthanded itu meminta supaya semua pihak dapat menyumbangkan sedekah al-Fatihah kepada Sosilawati.
“Saya juga sentiasa mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang yang solehah,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.

Nash berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan anak Sosilawati dan bercadang menemui mereka dalam masa terdekat.
Bagaimanapun katanya, jika benar anak Sosilawati akan memfailkan permohonan baru bagi meneruskan tuntutan itu, dia yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Alhamduliillah, elokla tu , anak-anak tu pun memerlukan perhatian.
info Metro

No comments:

Post a Comment

leave your comment here