Pages

04 June, 2011

Doakan Ibuku Cepat Sembuh

Salam buat semua kawan2... tolong doakan ibu saya cepat sembuh daripada penyakitnya , dan cepat cepat keluar dari Hospital...

dah hampir 2 minggu kami berulang alik ke Hospital , kerana ibu kami telah di syaki mengidap penyakit TB, mula masuk hari tu memang nampak macam takda harapan nak sembuh, tapi Alhamdulillah nampaknya dah berubah skit, dah boleh makan minum, berjalan nak menapak skit2 tu dah boleh.

Inilah gambar mak kami yang memang dah kurus pastu bertambah kurus hanya tingal tulang ngan kulit je

mula mula kena tahan dekat wad 5C Hospital Sultanah Bahiyah Jalan Langgar( Hospital Baru), sekarang dah berubah berpindah ke Hospital Lama di Mergong kena dok  dalam wad L4 2-3, harap harap tak lama lagi boleh lah balik.dan terimakasihlah buat misi misi dan doktor doktor kat Kedua dua dua hospital ni, yang banyak membantu ibu kami....budi baik kalian semua harap tuhan saja yang membalasnya.

kawan2 tolong doakan ye.. semoga dengan doa kawan2 akan cepatlah sembuh .

terima kasih daun keladi, semoga Allah saja yang membalasnya.

No comments:

Post a Comment

leave your comment here