Pages

20 June, 2011

Zami Ismail ( Pak Uda Meninggal Dunia )

Alfatihah, Semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat Oleh Allah Taala... Dan Di letakkan di kalangan Insan-insan yang beriman, Aminnnn.

Kita Kehilangan Seorang lagi Insan Yang berbakat Besar , Didalam Dunia Hiburan Tanah Air, Wajahnya , usik gelak tawanya, membuat orang ketawa, menghiburkan hati ramai orang.
Photobucket

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN berikutan masalah jantung. Bulan lalu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Ahmad Yamashita berkata, ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak, sekiranya beliau meninggal dunia. "Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar," katanya di rumah mayat IJN.

Photobucket


Allahyarham meninggalkan isteri, Hanizan Ibrahim, serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie, ketika ditemui, menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat. "Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami," katanya.

Photobucket


Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, yang turut berada di IJN, berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air. "Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau," katanya.

Photobucket

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham, pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom " Pi Mai Pi Mai Tang Tu " sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

Photobucket

Allahyarham turut berlakon hampir 20 filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang". Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada 1991.

No comments:

Post a Comment

leave your comment here