Pages

17 July, 2011

Intan Ladyana Sukar lahir ekspresi wajah

FILEM seram Jangan Pandang Belakang mula melonjakkan nama Intan Ladyana di layar perak pada 2007. Walaupun penampilannya memegang watak utama berganding dengan Pierre Andre untuk filem arahan Ahmad Idham itu dikritik, itu semua tidak mematahkan semangat�nya untuk terus melangkah lebih jauh.
WATAK UTAMA...intan dan Adey sebagai pasangan kekasih dalam Flat 3A.

Adnan Sempit yang menggandingkan dirinya dengan Shaheizy Sam mendapat sambutan dan Intan terus mengasah bakatnya melalui filem romantik komedi terbitan Metrowealth Pictures (MIG) seperti I’m Not Single, V3: Samseng Jalanan dan Kembar Siang. Kini, gadis tinggi lampai dan berkulit cerah ini kembali dengan filem seram Flat 3A arahan Azhari Zain.
MENCABAR..Intan banyak bermain dengan emosi untuk menjiwai watak Fiqah.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

MENCABAR..Intan banyak bermain dengan emosi untuk menjiwai watak Fiqah.
NGERI...Intan dalam satu adegan Flat 3A.
Pemilik nama sebenar, Intan Nurladyana mengakui semakin menghampiri tarikh tayangan filem itu pada Khamis ini, semakin kuat debaran dirasakan. Dia memegang watak Fiqah, gadis kampung yang berhijrah ke bandar dan bekerja di kilang demi sesuap nasi.

Di Kuala Lumpur, Fiqah mempunyai teman lelaki dan mereka terlanjur tetapi tidak mahu bertanggungjawab sebaliknya menyuruh Fiqah menggugurkan kandungannya.

Kata Intan, wataknya sebagai Fiqah paling mencabar sepanjang pembabitannya dalam dunia lakonan apabila terpaksa bermain dengan emosi yang berbeza kerana Fiqah terjerumus dalam lembah yang tidak bermoral sehingga diganggu hantu.

1 comment:

leave your comment here