Pages

24 December, 2011

Al-Fatihah! Tan Sri Hamid Othman Meninggal Dunia

AL FATIHAH... SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT....

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dilaporkan meninggal dunia di pejabat beliau yang terletak di pusat membeli belah, Maju Junction, di sini hari ini.

Allahyarham yang merupakan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), meninggal dunia akibat serangan strok ketika menjalankan urusan kerjanya kira-kira jam 4.45 petang tadi.

Menurut sumber, jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah anaknya di Puchong.

Allahyarham dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar dan Kolej Islam Klang.

Kemudian, Allahyarham melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di Universiti AI-Azhar, Mesir, di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam.

Beliau juga sebelum ini pernah menjawat Penasihat Agama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

BERITA LANJUT

No comments:

Post a Comment

leave your comment here