Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
Internet tanpa wayar jejas kualiti sperma?
Meh baca penting untuk orang lelaki ni....
CORDOBA - Adakah menggunakan komputer riba dengan sambungan Internet tanpa wayar akan menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk menjadi bapa?
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba mendapati penggunaan komputer riba bersama sambungan Internet tanpa wayar dan diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan sambungan Internet tanpa wayar menghasilkan sinaran gelombang elektromagnet yang mampu memusnahkan sel sperma di dalam organ pembiakan lelaki.
“Penggunaan sambungan Internet tanpa wayar ini juga tanpa disedari boleh menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sperma,” menurut Avendano lagi.
Bagaimanapun, Persatuan Urologi Amerika Syarikat menyatakan impak penggunaan alat teknologi moden terhadap tahap kesihatan masih samar-samar sebaliknya gaya hidup sihat lebih memainkan peranan penting untuk menentukan kesuburan seseorang individu beritadari
No comments:
Post a Comment
leave your comment here