Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
DRB-Hicom ambil alih Pos Malaysia
DRB-Hicom Bhd merancang membawa Pos Malaysia Bhd ke paras pertumbuhan lebih tinggi walaupun telah memasuki industri yang semakin pupus semenjak orang ramai mula menjauhi penghantaran mel secara tradisional.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, Pos Malaysia tidak perlu hanya menyediakan perkhidmatan pos semata-mata.
“Walaupun ia merupakan industri yang semakin pupus, Pos Malaysia akan menyediakan peluang untuk mewujudkan persekitaran perniagaan baharu.
“Oleh itu, DRB-Hicom dan Pos Malaysia perlu mengenal pasti bidang perniagaan baharu bagi menjamin syarikat kurier itu kekal kompetitif, sekali gus mengeluarkan dirinya daripada industri yang semakin pupus ini,” katanya.
Menurutnya, syarikat itu kini sedang mengkaji pelan transformasi pra-pengambilalihan yang distrukturkan oleh Pos Malaysia dengan pelan perniagaan yang disediakan DRB-Hicom.
Menurutnya lagi, Pos Malaysia mempunyai pelan transformasi 39 perkara sebelum ia diambil alih oleh DRB-Hicom.
Mohd Khamil berkata, sehingga kini DRB-Hicom telah mengenal pasti 17 perniagaan baharu yang boleh diraih melalui Pos Malaysia.
No comments:
Post a Comment
leave your comment here