Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
Nuget buah dikomersil
sedap ke???... teringin gak nak rasa kan....
Melihat potensi buah-buahan tempatan yang mampu dikomersil menjadi produk yang memberi pulangan lumayan, Umi Khasom Abd Rahim, 53, di Permatang Pauh, Pulau Pinang memanfaatkan peluang itu dengan menghasilkan nuget buah.
Menurutnya, idea itu tercetus selepas mengikuti kursus sejuk beku anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sejajar mempelbagaikan makanan nuget berasaskan buah-buahan, dan memberikan kelainan kepada penggemar buah-buahan tempatan.
“Bermodalkan RM6,000, saya memulakan perniagaan pada awal Oktober 2011 dan menghasilkan nuget buah durian diikuti jagung, nenas, ubi kayu, ubi keledek, sukun dan pisang.
“Semua nuget yang dihasilkan menggunakan 100 peratus buah-buahan tempatan yang kekal segar walaupun selepas digoreng, dan ketika dimakan,” katanya, yang lebih mesra disapa Kak Lang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Kak Lang berkata, pada masa kini produk itu hanya dipasarkan sekitar Pulau Pinang dengan sambutan yang menggalakkan.
“Nuget ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat terdiri daripada pelbagai peringkat usia kerana tidak mengandungi kolestrol,” katanya.
Menurutnya, harga jualan nugget juga berpatutan iaitu nuget durian dijual dengan harga RM17.50 bagi 300 gram, manakala buah-buahan RM5 untuk 300 gram.
“Untuk meluaskan lagi perniagaan, saya mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi pengedar terutama sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur.
“Saya berharap pasaran nuget buah-buahan ini dapat memasuki pasar raya besar di seluruh negara, selain menembusi pasaran luar negara suatu hari nanti,” katanya, yang yakin pasaran nuget ini akan menjadi salah satu produk dikenali ramai.
berita
No comments:
Post a Comment
leave your comment here