Pages

06 May, 2012

Jom Kita Jaga Ketiak Bagi Comei

OK harini nak kongsi petua mengenai ketiak.haaa mmg lumrah kaum peremmpuan la kan nak ketiak yg cerah, bersih dan cntik:)so kat sini saya selitkan petua nak mghlang bulu ktiak tumbuh dan petua memutihkan ketiak hitam...
Petua menghindarkan bulu ketiak tumbuh! Terdapat pelbagai cara tradisional boleh diamalkan untuk menghalang bulu ketiak tumbuh.
Antara yang paling murah, mudah dan berkesan ialah menggunakan kapur sirih dan kunyit hidup. Selepas mencabut semua bulu ketiak, celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit.
Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali sehingga masalah itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dilakukan oleh golongan remaja yang masih belum tumbuh bulu ketiak.

 Petua memutihkan ketiak hitam! Ambil sebiji limau nipis dan perah jusnya. Campurkan jus tadi dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Amalkan 3 kali seminggu. p/s:semua cara pasti berkesan jika diamalkan selalu dan selalunya bhn2 dr sumber asli dan petua warisan nenek moyang kita ni laa yang mujarab..

tp persoalannya knpa kite tak gunakan??haa semuanya terletak pd diri sndri.NAK atau TAK jee ok slamat mencuba awak:)

No comments:

Post a Comment

leave your comment here