Welcome To My Blog, Hope You're Happy Here, This Is My Inspiration Blog, Hopefully All The Stories And The Writing I Will Not Be Touching The Hearts Of Your Feelings, "Renunglah Dengan Mata Hati..Pasti Terbuka Kunci,Sahabat Yang Terpuji Ialah Al-Qur'an,Penasihat Yang Terpuji Ialah As-Sunnah,Harta Yang Terpuji Ialah Keimanan & Selawat"
Pages
▼
24 December, 2012
23 December, 2012
13 December, 2012
12 December, 2012
03 November, 2012
29 August, 2012
15 July, 2012
10 July, 2012
05 July, 2012
04 July, 2012
03 July, 2012
28 June, 2012
26 June, 2012
25 June, 2012
24 June, 2012
Bicara Selepas Keluar Wad...Doakan akakcepat sembuh

gambar search Google.. Contoh macam ni bengkak akak tu

besar macam ni juga.. tapi merah sebab dah jadi nanah
Meh akak crita skit ye... kalau korang sudi nak baca2 ...tak salah baca je la..kalau org tak sudi ..akak tak leh nakbuat apa2... hehehe
Masa mula-mula akak rasa sakit leher, pastu panas-panas lak leher, dah tu sakit bertambah-tambah, akak pun p la Poliklinik mahkota, dekat dengan rumah akak ni la...
Pastu Doktor tu chek ..dia kata bengkak skit je.. dalam3 hari surut la.. makan ubat dia gerenti elok dia cakap.. akak pun makan lah dalam 3 hari, tengok bengkak tu lagi besar adalah , pastu tempat bengkak tu jadi merah,sakit ,pedih pastu panas lak hanya tuhan yang tahu.. tak baik juga p pulak ambik ubat tambahan lagi.
pastu pun tak baik lagi juga akak p cari ubat kat Farmasi .. macam tu juga ..tak mau surut2 bengkak tubetambah-tambah lagi besar..
lepas akak pun dah tak selera nak makan dan minum,hilang selera ,perut pedih nak makan tapi mulut tak leh nak terima , org sakit la kan. Allah dah tarik semua nikmat makan yang dia bagi sementara.
Akak cuba p pulak cara tradisional, orang tu cakap yang akak jadi tu BARAH... bukan bengkak kelenjar biasa, dia cakap dalam bengkak tu ada nanah, terkedu akak, dah la sakit tak tahan lagi, nangis teresak-esak dah tak peduli dah, kalau tahu Barah awal-awal akak dah p Hospital.
sakit tak tau apa nakcakap, macam2 berzikir dalam hati, macam2 ayat2 akak baca supaya akak tabah dan meredakan sakit sendiri, tapi bengkak tu dah melarat dan besar sebelah leher akak tu penuh. badan dah semakin lemah, 4 dah tak makan, tapi akak bernasib baik cik abg akak macam suami mithali, dia rebus moi suap akak makan skit2, ambik cuti jaga bini dia brhari2, kira2 sebulan juga dia tak kerja.
Akak ambik keputusan pergi Hospital , Bedah Jer. dan akak pilih Hospital Swasta PMC ( Putra Medical Centre) , sampai jer terus dia chek pastu terus kena masuk Wad, terus akak ditolak bawa p chek jantung, tekanan darah, jenis darah , kencing manis darah tinggi , semua ada.
Pastu hari tu juga akak dibawa masuk mesin scan yang dipasang ubat, seribu lebih scan tu saja ,tak kisah apa pun janji akak cepat baik, duit boleh dicari. esok paginya akak dah ditolak masuk bilik bedah, macam2 lah akak baca dalam hati, tapi lepas dia org cucuk ubat pengsan tu, apa satu pun tak ingat, sedar2 dah siap. Alhamdulillah hidup lagi....
Allah masih lagi panjangkan umur akak.......Syukur kehadratmu Ya Allah...Alhamduliilahh...
lepas tu tiga hari ...tidur je.. sedar jap ..celik mata jap..pastu tidur lagi... masuk hari keempat doktor katadah boleh balik... balik kat rumah pun keje tido juga.. pasal leher dah bedah tak leh nak angkat.. sakit juga la.. tapi takla sesakit masa sebelum bedah..
Dan masuklah dalam agenda makan berpantang, hanya boleh makan ikan termenung bakar atau rebus sajahinggalah sekarang....Alhamdulillah tu dah ok..Kira boleh juga makan walau pun tak semewah makan diwaktu akak sihat dulu.. .
Itulah sejarah akak...kira dah sebulan laa.. akak dibedah... rasa macam dah mati pastu hidup semula... YaAllah... Semuanya diatas Kuasamu... Alhamduliillah...syukur kehadratmu Ya Allah.. engkau yg memberi ku sakit engkau jugalah yang menyembuhnya..
doakan akak cepat sembuh ye.. Insyaalllah... lepas ni akak dapat meneruskan berblog.
12 May, 2012
Petua Kempiskan Perut
Salam..
Kempis dan rata menjadi idaman perempuan termasuk aku untuk kelihatan cantik kat perut. Ecehh, boleh pulak nak cantik kat perut.
Kahkahkah! Jom aku kongsikan sikit Petua Kempiskan Perut untuk korang ye.
Petua Kempiskan Perut 1 Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.
Petua Kempiskan Perut 2 Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.
Petua Kempiskan Perut 3 Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.
P/s: Cara susah sikit alaa korang buat aje sit up setiap hari takpun guna squat mesti lagi cepat perut mengempis dengan jayanya.
Selamat mencuba!
11 May, 2012
Doa Murah rezeki
Kadang-kadang kita TERLUPA, kita jauh daripada ALLAH SWT.. LALAI dalam menjaga HUBUNGAN kita dengan-Nya..
sebab itu JANGAN DITANYA kenapa kita LEMAH saat DERITA menimpa kerana kita rasa BANTUAN itu tiada daripada-Nya..
UBATNYA adalah MENDEKAT PADA-NYA... biarlah dahi kepada bumi melekat dengan sujud yang penuh BERKAT KELUARLAH daripada kepompong DOSA, supaya diri dapat TERBANG bebas dalam taman-taman SYURGA..
InsyaALLAH..
09 May, 2012
Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
jom kita tengok apa kesan-kesannya..
Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita. Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut.
Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya.
Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya.
Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud.
Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan. Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim.
Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.
apa yang boleh nak dikatakan lagi... cuma beringat-ingat sebelum kena... insyaallah...
07 May, 2012
Tips Memerahkan Bibir:)
Penyebab bibir menjadi hitam: Keindahan bibir juga dipengaruhi oleh hormon estrogen, iaitu hormon yang dapat membantu proses perbaikan dan pergantian kulit (regenerasi). Semakin bertambahnya usia, apalagi jika sudah memasuki usia menopose, kadar estrogen menurun tajam sehingga proses regenerasi melemah, bahkan lama-kelamaan berhenti sama sekali.
Tanpa regenerasi, maka kulit tidak boleh melindungi dan melembabkan sendiri, sehingga beransur ansur mengerut dan mengendur. Pada saat itulah bibir tampak kering dan hitam. Kebiasaan merokok juga dapat mengurangi keindahan bibir.Proses penghitaman bibir akibat merokok memang terjadi secara langsung, lama-lama menjadi ungu kehitam-hitaman.
Setiap hasil pembakaran pada hujung rokok akan menimbulkan karbon, yang juga akan menambah pekat warna bibir. Mengambil ubat yang tidak sesuai dan faktor keturunan juga membuat bibir hitam. Kosmetik yang tidak ssesuai juga menyebabkan bibir menghitam. Contohnya penggunaan lipstik yang tidak sesuai.Bahan yang tidak sesuai yang terkandung dalam lipstik jika digunakan dalam waktu yang lama dapat membuat lama-kelamaan bibir menghitam. "Mencegahnya, bersihkan bibir setelah menggunakan lipstik dengan pembersih khusus bibir karena sisa-sisa lipstik yang tertinggal dapat membuat bibir tampak kehitaman.
Sementara bibir yang menghitam karena bahan kosmetik, rokok, ataupun dapat dibantu pemulihannya dengan krim yang mengandung steroid sehingga warna bibir kembali merekah. Steroid dapat membantu memerahkan bibir yang menghitam.
TIPS MENJAGA BIBIR TETAP MERAH: Sebelum warna bibir anda yang merah itu berubah menjadi gelap atau pucat, ada baiknya anda melakukan perawatan agar warna bibir anda tetap indah.
Berikut ini Tipsnya:
* Perbanyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran .
* Jika anda merokok, segeralah berhenti.
* Hindari pemakaian lipstik yang berlebihan. Dan jangan terlalu lama lipstik di bibir.Lipstik jangan sampai dibawa tidur, kerana selepas melakukan aktiviti selalu bersihkan bibir menggunakan pembersih.Ini penting untuk membuang bibir dari bahan kimia lipstik.
* Jangan sering menjilat bibir kerana akan membuat bibir kering.
* Untuk menjaga kelembabanya, sapukan pelembab bibir tanpa warna sebelum tidur malam. Tips Lain2... Setelah gosok gigi, gosok pelan2 bibir dengan sikat gigi.
Selain untuk membersihkan/menanggalkan sel2 lama juga untuk memperlancar peredaran darah di sekitar bibir dan boleh menghilangkan kesan hitam;) Selamat mencuba!
06 May, 2012
Jom Kita Jaga Ketiak Bagi Comei
Petua menghindarkan bulu ketiak tumbuh! Terdapat pelbagai cara tradisional boleh diamalkan untuk menghalang bulu ketiak tumbuh.
Antara yang paling murah, mudah dan berkesan ialah menggunakan kapur sirih dan kunyit hidup. Selepas mencabut semua bulu ketiak, celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit.
Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali sehingga masalah itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dilakukan oleh golongan remaja yang masih belum tumbuh bulu ketiak.
Petua memutihkan ketiak hitam! Ambil sebiji limau nipis dan perah jusnya. Campurkan jus tadi dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu. p/s:semua cara pasti berkesan jika diamalkan selalu dan selalunya bhn2 dr sumber asli dan petua warisan nenek moyang kita ni laa yang mujarab..
tp persoalannya knpa kite tak gunakan??haa semuanya terletak pd diri sndri.NAK atau TAK jee ok slamat mencuba awak:)
05 May, 2012
Tahniah Harmiediyana Hanani... Konvo 2/4/2012
amboi senyum sampai telinga