Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
berita dan cerita dari tanah suci Mekah 3
berita dan cerita dari tanah suci Mekah Oleh rakan facebook akak Ustaz Firdaus Wong Wai Hung ... kita sama2 berkongsi demi untuk tambah pengetahuan dan kebaikkan bersama...
Firdaus Wong Wai Hung
Yesterday near Al Madina, Al Madinah
[Mengapa Dua Kalimah Shahadah Diakhiri Dengan MUHAMMADUR RASULULLAH]
Ada yang berkata selagi kita ikhlas maka ibadah kita akan diterima. Kenyataan ini adalah 50% benarnya sebagaimana firman Allah SWT;
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid;"
(Al-Bayyinah 98:5)
Keikhlasan sahaja tidak mencukupi kerana itulah dua kalimah shahadah diakhiri dengan MUHAMMADUR RASULULLAH di mana untuk setiap ibadah diterima oleh Allah SWT, ianya mestilah mengikut cara yang telah ditunjukkan Baginda SAW sebagaimana firman Allah SWT;
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi 18:110)
Menurut Ibnu Katsir di dalam tafsirnya, bahawa amal soleh yang dimaksudkan pada ayat di atas ialah amalan yang sesuai dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sebab itulah saya secara peribadi sebagaimana perkongsian saya yang lepas, hanya akan melakukan sesuatu amalan ibadah setelah saya benar-benar yakin ianya didasari Quran & Sunnah kerana Baginda SAW pernah bersabda;
"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan sebagaimana kami suruh maka amalannya itu ditolak"
(Sahih Muslim)
Takde rasa-rasa dan janji baik dalam ibadah. Itu pandangan peribadi saya. Bagaimana pula dengan anda? Saya tidak memaksa anda menerima pandangan saya kerana kewajipan saya adalah untuk menyampaikan dan bukan memaksa sesiapa menerimanya. Wallahualam....
{[:-)# — with Norshakina Bte Shahrudin and 19 others.
No comments:
Post a Comment
leave your comment here