Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
Hijrah Puteri Sarah Liyana
KETIKA melangkah masuk ke Studio Utusan baru-baru ini untuk
mengadakan sesi fotografi khas bersama pelakon Puteri Sarah Liyana Megat
Kamaruddin, ternyata dia kelihatan cukup ayu dengan penampilan
baharunya itu.
Bukan itu sahaja, gaya dan aksinya di depan lensa kamera juga begitu
menawan dengan pose yang menarik, sesuai dengan statusnya sebagai
pelakon dan model.
“Tidak semestinya wanita yang berhijab tidak boleh bergaya atau kelihatan lebih moden.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
“Bagi saya, setiap wanita yang berhijab tidak perlu takut untuk tampil cantik, asalkan perlu menutup aurat,” ujarnya memulakan bicara.
Click Here!
Berkongsi tentang perubahan yang berlaku terhadap dirinya itu, Sarah menyatakan niatnya untuk berhijab sudah lama terpendam di hati.
Namun begitu, ia akhirnya terlaksana kira-kira dua bulan lalu.
Menganggap keputusan yang dibuatnya itu merupakan satu langkah yang cukup tepat, Sarah yang kelihatan cukup ceria sepanjang sesi fotografi menyatakan dia begitu gembira dengan dirinya sekarang.
“Secara kebetulan saya banyak berlakon dalam drama yang memerlukan saya tampil berhijab pada tahun lalu.
Apabila mengenakan hijab semasa menjalani penggambaran, saya dapat rasakan keadaan yang cukup tenang dalam diri saya.
“Lama-kelamaan telah timbul kesedaran dalam diri untuk berhijab dan dilakukan secara berperingkat.
Kemudian saya telah berhijab sepenuhnya pada bulan Februari lalu,” jelasnya.
Bagaimanapun, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakannya itu berpunca daripada hubungan percintaannya yang telah putus dengan Ammar Alfian.
Tegasnya, segala keputusan yang dibuat itu langsung tidak dipengaruhi
dengan perkara tersebut, malah mengakui hidupnya kini lebih tenang dan
gembira tanpa kekasih.
“Saya tahu memang ramai yang menyangka saya berhijab kerana putus
cinta. Namun begitu, perkara tersebut tidaklah benar kerana saya
bertudung atas kerelaan hati sendiri.
“Biarlah apa yang orang nak cakap tentang penampilan saya kerana yang
paling penting saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan sekarang dan
keluarga juga gembira dengan perubahan ini,” ujarnya.
Ketika ditanya tentang kenyataan yang dibuat oleh bekas kekasihnya
itu menerusi laman sosial Twitter tentang sindiran terhadap dirinya yang
sudah berhijab, Sarah menyatakan dia langsung tidak tahu mengenainya.
Jelasnya, dia sendiri mendapat tahu perkara tersebut apabila membaca
laporan sebuah portal baru-baru ini. Bagaimanapun, dia mengambil
keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak
mahu berpanjangan.
“Saya tidak kisah sama ada kenyataannya itu ditujukan kepada saya
atau orang lain. Sekarang ini saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan
dirinya dan biarlah saya terus dengan kehidupan baharu sekarang ini,”
ujarnya.
Menurut Sarah, semenjak hubungan percintaannya dengan Ammar putus
pada Disember tahun lalu, dia sudah tidak lagi menghubungi bekas
kekasihnya itu.
Tiada pengganti
Memandangkan statusnya yang kini sudah solo setelah hubungan cintanya
putus di tengah jalan, Sarah turut ditebak sama ada dia sudah menemui
pengganti yang mengisi kekosongan hatinya.
Menjawab tentang persoalan tersebut, pelakon itu secara terus terang
masih belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai, malah dia sendiri tidak
mahu terburu-buru untuk kembali bercinta.
“Sekarang saya rasa selesa kerana tidak lagi rasa terkongkong dan
bebas untuk melakukan apa sahaja yang saya suka. Kini, hidup saya tidak
lagi terikat dan terlalu tertumpu kepada cinta seperti sebelum ini.
“Semua yang berlaku dalam kehidupan saya akan menjadi pengajaran yang
paling bermakna. Kalau boleh saya mahu melupakan segala kenangan silam
dan ingin membuka lembaran baharu dalam kehidupan saya,” jelasnya.
Berkenaan dengan pengganti pula, dia menyatakan semuanya terserah
pada jodoh dan buat masa ini dia lebih selesa bergelar solo. Sekiranya
sudah tiba masanya, dia akan tetap berumah tangga dan berharap dapat
bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya.
“Sebelum ini saya bercinta dalam tempoh yang agak lama iaitu selama
lima tahun, tetapi jodoh saya dan Ammar tidak ada. Jadi, saya berasa
percintaan kami agak sia-sia dan seperti membuang masa memandangkan usia
saya sudah 28 tahun.
“Pada masa akan datang kalau saya sudah berjumpa dengan lelaki yang
sesuai, saya akan terus berkahwin tanpa bercinta lama-lama dan rasanya
itu langkah yang paling sesuai,” jelasnya yang tidak meletakkan sebarang
tempoh tertentu untuk mendirikan rumah tangga.
Berlakon
Biarpun kini sudah tampil berhijab, Sarah menyatakan ia langsung
tidak menghalang dirinya meneruskan aktiviti lakonan dan kini tawaran
yang diterimanya semakin banyak.
“Ada orang yang menyangka kalau saya berhijab tentu penerbit atau
pengarah tidak panggil saya berlakon lagi. Ternyata sangkaan itu meleset
kerana kini tawaran yang diterima mencurah-curah sehingga saya terpaksa
lebih selektif.
“Selain itu, rezeki saya juga bertambah murah kerana telah dilantik
menjadi duta dua produk iaitu Malady Couture untuk tudung dan produk
kecantikan Clayrissa,” jelasnya.
Namun begitu, pelakon itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya mahu
mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih banyak menerima tawaran berlakon
telefilem berbanding drama bersiri.
Ujarnya, langkah tersebut dilakukan sebagai salah satu cara untuk dia
bersara terus daripada bidang seni kerana berkeinginan untuk mencari
kerjaya tetap.
“Saya akui lakonan bukanlah menjadi keutamaan dalam kehidupan saya
dan tidak kisah kalau tiada lagi tawaran berlakon. Lagipun saya
mempunyai ijazah dan lebih baik saya gunakannya untuk menceburi bidang
kerjaya yang lain pula.
“Dulu saya pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Perancis,
tetapi saya tolak semata-mata kerana mahu berlakon. Jadi, saya tidak
mahu ulangi kesilapan yang sama,” ujar pemegang Diploma Pengurusan Hotel
dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Selangor ini.
Selain mahu mempunyai kerjaya tetap, pelakon itu memberitahu dia
mempunyai rancangan untuk membuka sebuah butik pakaian Muslimah bersama
ibu dan seorang rakannya.
Kosmo
Click Here!
No comments:
Post a Comment
leave your comment here