Pages

23 May, 2013

Rela mati dari hidup disumpah ibu, Afiq Muiz

Apa pendapat korang semua pasal kes budak ni..
22 Mei – Pergaduhan antara pelakon Afiq Muiz dengan ibunya masih lagi belum reda, malah menjadi semakin parah apabila pelakon itu kini tampak semakin berani mencabar ibunya sendiri dan semakin lantang berkata-kata.

Ia berikutan dari satu kenyataannya di laman Twitter yang menulis dia lebih rela mati dari hidup disumpah ibunya.

"Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan menfitnah dan menghina hamba Allah."

BACA:
Eina Azman tetap mahu saman ibu Afiq Muiz

Shila Amzah nasihatkan Afiq Muiz
Afiq Muiz kesal dilabel anak derhaka

Dalam pada itu, 'teman rapat' Afiq, Eina Azman semalam telah menghentam ibu Afiq dengan mengatakan ibu Afiq mungkin kurang siuman.
"Saya tak tahu nak cakap. Kalau saya cakap, nanti orang kata saya kurang ajar pula, tapi saya rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan."


berita di petik dari Yahoo

No comments:

Post a Comment

leave your comment here