Pages

26 August, 2010

Mengapa Kita Berdoa

Berdoa Ertinya Kita Bermohon dan Allah s.w.t mengalakkan kita sentiasa berdoa kepadanya.
Tetapi bagi orng-orang yang sombong dan bongkak jarang sekali hendak berdoa, Dia akan berdoa ketika kesempitan, lupa dia hendak berdoa apalagi bersyukur kepada Allah s.w.t ketika dia senang lenang.Orang yang mahu berdoa, bererti orang itu, adalah orang yang mahu dan ikhlas menjalankan perintah Allah s.w.t. Ketahuilah kita bahawa amalan berDoa itu adalah sebagai satu usaha manusia dalam bentuk yang tidak nampak oleh mata yang zahir.
Sebaliknys kerja-kerja yang di kerjakan tanpa Selawat atau berdoa kepada Allah s.w.t adalah di anggapkan sia-sia saja. Sementara orang berdoa saja dengan tanpa usaha bersamaan merupakan Roh yang tanpa badan.
Sesungguhnya Doa mempunyai kekuatan dan keajaiban yang tersendiri dan pada saat saat yang tertentu doa berperanan lebih jauh dari amalan-amalan nyata.
tadahkanlah tangan hai kawan-kawan, memohonlah agar doa kita diberkati, kerana darinya juga kita datang, kepadanya juga kita kembali. Insyaallah...

1 comment:

leave your comment here