Pages

17 May, 2011

mengapa orang ingin jadi cantik

Secara naluri, setiap manusia mahu kelihatan cantik. Pelbagai cara digunakan untuk tujuan itu termasuk menyuntik botoks atau pembedahan plastik.
Kecantikan secara fizikal juga boleh dizahirkan melalui pakaian cantik, gaya rambut dan alat solek.Kecantikan dikaitkan dengan inginkan perhatian dan kuasa.
Orang cantik ingin sentiasa dilihat dan meninggalkan �ekspresi orang yang melihat. Otak manusia selalu tertarik dengan perkara yang cantik.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Secara automatiknya, otak akan membuat penyesuaian dan membuat pemilihan �secara separa sedar berdasarkan kecantikan fizikal individu.

Lazimnya, individu ingin diingati sebagai seorang yang cantik daripada hodoh. Orang yang paling diingati ialah sama ada orang itu cantik atau hodoh, bukan berwajah di tengah-tengah antara cantik dan hodoh.

Orang cantik menarik �perhatian ramai, mempunyai lebih ramai peminat dan pendengar. Kecantikan adalah kuasa. Melalui kecantikan, individu akan mempunyai lebih banyak peluang dalam banyak perkara.

Bagi sesetengah individu, �keperluan untuk bersama-sama dan berkomunikasi dengan orang lain lebih tinggi dan individu jenis ini akan cuba untuk kelihatan melalui pembedahan plastik atau botoks.

Bagaimanapun, tidak semua orang membuat pembedahan plastik semata-semata untuk kelihatan cantik.

Ada yang melakukannya untuk merawat kecacatan wajah. Apa pun, manusia tetap manusia atas apa saja pilihan yang mereka buat. Pepatah mengatakan 'Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata.'

No comments:

Post a Comment

leave your comment here