Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
Putera William dan Kate Middleton ingin sederhana
LONDON: Putera William dan Kate Middleton tidak bercadang membawa pembantu yang ramai dalam kunjungan mereka ke Kanada dan California tidak lama lagi. Ia selari dengan hasrat pasangan itu untuk menjalani kehidupan berumah tangga yang sederhana.
Kate mahu memisahkan dirinya daripada tradisi diraja dan menggugurkan khidmat pembantu tetap. William, yang bapanya dikenali bergantung kepada pembantu untuk memicit ubat giginya, juga merancang membawa kakitangan yang terhad kerana dia lebih gemar menguruskan pakaiannya sendiri serta sukakan sesederhana yang mungkin.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Mereka dilapor akan membawa antara enam hingga 10 pembantu untuk kunjungan itu, berbanding kira-kira 30 orang yang mengiringi perjalanan Ratu Elizabeth dan Putera Philip ke luar negara.
“Kate berkata, dia tidak mahukan khidmat pembantu tetap. Ia mungkin berubah, bergantung kepada lawatan ini ,” kata sumber istana.
Khabar angin sebelum ini menyatakan, adik Kate, Pippa, akan memainkan peranan itu, tetapi ia tidak mungkin berlaku kerana dia mempunyai rancangannya sendiri. - Agensi
No comments:
Post a Comment
leave your comment here