Welcome To My Blog, Hope You're Happy Here, This Is My Inspiration Blog, Hopefully All The Stories And The Writing I Will Not Be Touching The Hearts Of Your Feelings, "Renunglah Dengan Mata Hati..Pasti Terbuka Kunci,Sahabat Yang Terpuji Ialah Al-Qur'an,Penasihat Yang Terpuji Ialah As-Sunnah,Harta Yang Terpuji Ialah Keimanan & Selawat"
Pages
▼
30 June, 2011
29 June, 2011
28 June, 2011
27 June, 2011
26 June, 2011
‘Apa yang berlaku memalukan' Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram.
MUNGKIN ramai juara bintang pertandingan realiti TV dilahirkan setiap tahun namun ia belum dapat mengatasi kontroversi yang pernah dilalui juara My Starz LG musim ketiga, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram.
Sesudah kecoh cerita Tom diserang keluarga isteri kekasihnya dalam satu krisis panas sekitar Julai tahun lalu, kini timbul pula gosip lain.
Ibu tunggal kepada seorang anak yang seksi ini dikatakan sudah putus tunang dengan jejaka pilihannya.
Di kala Tom sekarang popular dengan single keduanya, Redha, kisah sensasi dalam hidupnya seakan belum berakhir dan membayangkan dugaan demi dugaan
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
25 June, 2011
Solekan Wajah Bukan hanya untuk mak andam
CURAH ILMU...Sofia (duduk lima dari kiri) bersama peserta kursus kecantikan anjuran pusat latihannya bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang kecantikan.
Itu pesanan Pengasas Akademi Kecantikan dan Solekan Diyana, Sofia Abas, 50, yang sewajarnya dicontohi golongan remaja yang sedang berhadapan krisis kerjaya masa depan.
Bagi wanita bertubuh kecil molek itu, remaja yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tidak semestinya tidak boleh berjaya dan andai terus berusaha, pasti kejayaan akan hadir dan sedia untuk diraih.Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
24 June, 2011
Koleksi indah lagi glamour peragaan fesyen Sunsilk dan Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (Moda)
MENCAPAI kesempurnaan, inilah gambaran keseluruhan untuk majlis peragaan fesyen Sunsilk dan Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (Moda) di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, baru-baru ini.
DETIK BERSEJARAH...gabungan pakar rambut terkenal dunia, Taw, Yuko bersama Amir dan Tay mencipta sejarah tersendiri kepada industri fesyen tanah air.
Majlis gilang-gemilang yang �diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-21 Moda itu dihadiri barisan pereka fesyen tempatan popular, selebriti tempatan dan kelompok pencinta fesyen yang setia menanti seawal jam 6 petang lagi.Foto GAYA WANITA...
gaun leret mengikut susuk tubuh untuk wanita yang menggemari label Zang Toi.
UNIK...potongan busana unik untuk mereka yang berani bergaya daripada Leslie Variyan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
23 June, 2011
Datuk Yusof Haslam dan Pekida berdamai.
KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memohon maaf terhadap filem terbitanya KL Gangster yang telah menyinggung perasaaan sebuah pertubuhan Pekida.
Menurut Yusof, bagi menjernihkan keadaan dan mencari pendamaian dia dengan rendah diri memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.
“Kalau filem KL Gangster menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf bagi menjernihkan keadaan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Killa Dan Shera Petaruh Bakat Bukanya Cerita Sensasi
Boleh dikatakan kedua-dua pelakon ini dikenali berdasarkan beberapa cerita sensasi yang tersiar sebelum ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri hingga mendapat tumpuan ramai.
Misalnya, Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi terkenal era 90-an iaitu Rohana Jalil pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan pengarah filem berkenaan iaitu Yusry Abdul Halim.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
22 June, 2011
Produk Yang Baik untuk macam2 sakit ( Snoww Cool Menthol )
saya dah guna dan cubakan produk ni pada mak saya yang sedang sakit, memang berkesan. dan minum jus Family Medic buatan orang yang sama juga. Alhamdulillah.. mak saya dah beransur pulih.
Dah beli dan guna, memang berkesan , kalau bengkak2 angin cepat surut, kalau luka kencingmanis tu dibancuh dengan air suam , kemudian rendamkan kaki
kawan aku habaq ni syampoo rambut , tapi bila aku tengok kat label dia tulis tu banyak sangat kegunaannya biaq betui , so aku pun try aa beli kat satu , tokey syampoo ni ada kilang memproses di kokdiang , dia cuma supply produk dia ni di saloon2 kecantikan rawatan tradisional di penang , kl, johor & sabah . Takda juai di kedai2 katanya ..
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt tidak akan ke sekolah selama-lamanya.
LOS ANGELES: Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt tidak akan ke sekolah selama-lamanya.
Angelina Jolie dan Brad Pitt serta keenam anaknya (Us Magazine),sedang berada di Perancis untuk mempromosikan film terbarunya, masing-masing "Kung Fu Panda 2" dan "The Tree of Life."
Mereka beruntung bukan saja mempunyai ibu bapa paling glamor di Hollywood tetapi juga bernasib baik kerana ibu mereka tidak suka sekolah.
Jolie dan Brad Pitt serta keenam anaknya
Aktres pemenang Oscar itu percaya sistem pelajaran begitu teruk hingga meyakinkannya bahawa anaknya lebih baik menghabiskan masa di rumah.Angelina, 35, diselar kerana membawa anaknya ke seluruh dunia dan tidak menyekolahkan mereka.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
21 June, 2011
Kilafairy menurut jejak langkah ibunya
MOGA filem dan lagunya disukai ramai. Itulah permintaan gadis jelita ini ketika menyambut ulang tahun ke-19 tahun pada 17 Mei lalu selain memanjatkan doa ke hadrat Ilahi semoga segala kontroversi yang mengiringi langkahnya sejak setahun lalu berhenti.
Dicop simbol seks gara-gara bentuk bibir dan wajah seksi serta dituduh melakukan pembedahan plastik di beberapa bahagian tubuh, sudah lali pada pendengarannya. Cukuplah, perkara itu tidak perlu diulang lagi kerana baginya, ia kisah basi yang memualkan.
Pun begitu, kalau masih ada yang mahu mengaitkannya dengan telahan mengarut itu, dia tidak berdaya menghalang. Sebagai empunya badan, dia hanya mampu menelan tafsiran negatif itu dan berusaha mencari kekuatan supaya melihatnya daripada sudut positif.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
20 June, 2011
Zami Ismail ( Pak Uda Meninggal Dunia )
Kita Kehilangan Seorang lagi Insan Yang berbakat Besar , Didalam Dunia Hiburan Tanah Air, Wajahnya , usik gelak tawanya, membuat orang ketawa, menghiburkan hati ramai orang.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN berikutan masalah jantung. Bulan lalu, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
18 June, 2011
KL Gangster tewas filem Hollywood!
“ALHAMDULILLAH, alhamdulillah, saya sendiri terkejut, kata orang terkejut monyet!” begitulah ayat pertama Datuk Yusof yang baru selesai solat Jumaat.
Hanya ucapan tahniah yang mampu saya berikan kepada beliau, anaknya, Syamsul dan seluruh warga kerja Skop Productions atas kejayaan terbaru mereka melalui filem KL Gangster.
Mana tidaknya, melalui satu hari tayangan pembukaan Khamis lalu, KL Gangster sudah mengaut kutipan kasar RM1.5 juta atau lebih tepat lagi, kutipan bersih RM1.2, tidak termasuk tayangan awal pada malam sebelumnya iaitu sebanyak RM300,000.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
17 June, 2011
Cameron Diaz lebih suka sendiri
Jelitawan Hollywood itu nyata berjaya membuktikan bahawa usia itu hanya nombor semata-mata.
Dan ketika dia menjadi tajuk akhbar minggu ini berhubung dakwaan dia berpisah dengan teman lelakinya Alex Rodriguez (A-Rod), Cameron berkata, perkahwinan tidak penting baginya kerana ia hanya akan mengehadkan segala kemungkinan yang akan ditempuh.
Meskipun menjadi antara aktres Hollywood paling cantik dan berjaya, Cameron secara terbuka bercakap mengenai keberatannya untuk berumah tangga walaupun usianya sudah mencecah 38 tahun.
PUTUS...hubungan dengan A-Rod, bintang besbol New York Yankees dilapor sudah berakhir.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...16 June, 2011
Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida)
KUALA LUMPUR: Pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof menafikan dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kononnya filem itu membuka kod rahsia pertubuhan berkenaan dan mengaitkan orang Melayu dengan unsur samseng seperti didakwa.
Syamsul, 27, berkata dakwaan ahli Pekida itu mungkin berpunca daripada salah faham selepas filem arahannya itu mula ditayangkan di pawagam, kelmarin.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
15 June, 2011
“Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka Datuk Roslan Dahaman.
PUTRAJAYA: “Kami nak (Datuk) Yusof Haslam dan (Datuk) David Teoh memohon maaf secara terbuka, dalam tempoh tujuh hari, mereka kena ‘gentlemen’...kalau dah buat silap, mengaku dan minta maaf, jadi perkara ini tidak akan berpanjangan,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman.
Pekida mendesak permohonan maaf daripada penerbit filem KL Gangster dan Kongsi itu kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan utama yang menjadi gelaran sinonim pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, sekali gus seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan gengster.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
14 June, 2011
Alyah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara di sini selepas melecur dari paras pinggang hingga paha akibat terkena air panas.
Kejadian yang berlaku di rumah Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 30, disedari pembantu peribadinya kira-kira jam 10 pagi selepas mendengar penyanyi itu mengerang kesakitan dan menangis kerana kecederaan yang dialaminya.
Dalam kunjungan Harian Metro ke hospital itu petang semalam, keadaan Alyah nampak stabil dan keletihan. Namun, apabila ditanya mengenai kejadian itu Alyah berkata dia memasukkan air panas ke dalam botol untuk disejukkan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
13 June, 2011
Nor Shafiza Iskandar Azizan atau Feeya Laris mengacara program dengan suara manjanya
NAMA: Nor Shafiza Iskandar Azizan
NAMA KOMERSIAL: Feeya
TARIKH LAHIR: 5 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Gudang, Johor
STATUS: Bujang
KARIER: Penyampai radio, penyanyi, pelakon dan pengacara
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Seni, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
PENGALAMAN SENI: Program Anak Wayang (Astro)
PROGRAM TV: Glamor Raya dan Itu Dia (Astro)
DRAMA: Kasih Alia dan Jamilah I Love You
LEBIH setahun menimba pengalaman sebagai penyampai radio, banyak memberi pendedahan pada Nor Shafiza Iskandar Azizan atau Feeya memahami tugas mengendalikan segmen bersama pendengar.
Dia yang pernah menyertai program realiti Anak Wayang dua tahun lalu mengakui pengalaman ditimba bersama stesen radio popular, Era FM mengajarnya lebih peka melayan pendengar agar setia bersama stesen itu.
Menjadi anggota bongsu dalam keluarga stesen milik AMP Radio Networks itu, Feeya mengakui dia tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan penyampai senior.
Malah, dia terbuka menerima tunjuk ajar daripada penyampai berpengalaman seperti Aznil Nawawi dan Reza Mohd sambil berkongsi pandangan dalam usaha menaikkan rating stesen itu terus berada di hati pendengar.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
12 June, 2011
Justin Bieber juga minat Pippa Middleton adik ipar Putera William
“Tahniah William dan Kate...dan adik Kate. Dia hebat,” tulis penyanyi Justin Bieber.
TERKENAL...Bieber mempunyai sembilan juta pengikut di Twitter.
Kini penyanyi remaja kesayangan ramai itu bergabung dengan Pippa apabila menanda tangani perjanjian untuk menjual barangannya melalui syarikat keluarga Middleton, Party Pieces.MENAWAN...Bieber turut meminati Pippa.
Dengan ungkapan ‘Kami mempunyai barangan Bieber’ pembeli ditawarkan barangan milik bintang remaja dari Kanada berusia 17 tahun itu.Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
11 June, 2011
Hazama Ahmad Azmi mahupun Nurshafinaz Jebat, peluang ke pentas final program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9)
PROFIL
Nama penuh: Hazama Ahmad Azmi
Tarikh lahir: 28 November 1984
Usia: 27 tahun
Tempat lahir: Perak
Keluarga: Anak ketiga daripada empat beradik
Pendidikan: SPM
Muzik kegemaran: Rock balada
Idola: Amy Search
PROFIL
Nama penuh: Nurshafinaz Jebat
Tarikh lahir: 5 Mac 1993
Usia: 18 tahun
Tempat lahir: Melaka
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: SPM
Muzik kegemaran: R&B dan balada
Idola: Jaclyn Victor
Baik Hazama Ahmad Azmi mahupun Nurshafinaz Jebat, peluang ke pentas final program realiti Akademi Fantasia 9 (AF9) malam esok bak mimpi jadi nyata.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Cegah obesiti bermula di rumah
Jangan tertipu kerana pada kebanyakan label, bahan yang disarankan untuk dikurangkan pengambilannya seperti gula tambahan dan lemak mempunyai pelbagai nama yang mengelirukan.
BACA LABEL...sebagai ibu bapa, anda perlu meneliti kandungan gula ambahan dalam makanan anak sebelum menyajikan kepada mereka.
Dalam senarai label pemakanan, apabila perkataan gula diletakkan paling awal bermakna ia bahan utama dalam produk berkenaan.
Namun, tahukah anda jika pihak pengeluar meletakkan perkataan sirap atau sukrosa dalam senarai kandungan nutrisi itu, ia sebenarnya adalah sejenis gula tambahan?
SEMAKIN KETARA...masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin ketara sejak kebelakangan ini.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...10 June, 2011
Salih Yaccob ‘Bulan maduku’
SEPANG: “Ini rezeki saya sekeluarga selepas bernikah kali keempat. Alhamdulillah, ia juga peluang kepada saya, isteri-isteri serta anak bercuti dan berkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga besar,” kata pelawak dan penyampai radio terkenal, Salih Yaccob, 48.
BERCUTI...Salih bersama empat isteri dan anak bergambar bersama sebelum berlepas ke Beijing.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...09 June, 2011
Peluru salut minyak babi bunuh Osama
PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.
WASHINGTON: Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga. Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.
Menerusi laman webnya, pemilik syarikat ‘Minyak Senapang Silver Bullet’ mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
08 June, 2011
Tragedi insaf Dari Pak Nil ( Aznil Hj Nawawi )
ASSALAMUALAIKUM! Insaf. Itulah satu perkataan yang boleh diterjemahkan daripada hati Pak Nil mengenai tragedi tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat, Sabtu lalu. Tragedi yang mengorbankan 16 nyawa yang rata-ratanya mereka yang berusia 11 hingga 16 tahun itu, sangat menyayat hati.
(Terbaru)- Gambar Aznil Haji Nawawi Dan Anak-anaknya
Lebih meruntun jiwa apabila kebanyakan mereka adalah anak yatim. Tiada siapa menyangka bencana datang secara tiba-tiba ketika lereng bukit bersebelahan bangunan tampak kukuh seperti hari-hari sebelumnya. Sekelip mata, deruan tanah bukit menggelongsor dan meranapkan rumah itu.Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...