Pages

01 August, 2011

Mitos durian ,musim durian punya pasal

ramai orang suka mkn duriankan...........cheq memang peminat no 1 gak kat buah ni... sapa lagi peminat buah ni...mai komen2 skit..

jom kita baca skit pasai info dia no.. kdg2 cheq tak tingai ckp kedah ni... pi mai pi mai tang tu juga.. boleh faham la kan skit2 no ... blajar2 pi la... kalau tak faham leh tanya cheq balik .. hehehe
ni la petua2 yg cheq dapat bila dok cari2... bukan pasai pa... nak tengok petua2 orang lain sama la... kalau cheq tu minum air dalam kelopak dia ja.. untuk menurnkan panas.. berkesan sekali...

Durian mengandungi banyak kolesterol

Durian tiada kolesterol. Namun, durian antara segelintir buah-buahan yang memiliki kandungan lemak yang tinggi.

Setiap 100 gram durian (sekitar tiga ulas) mengandungi 150 kalori, 3 gram protein, 3.5 gram lemak, 28 gram karbohidrat dan kurang 1 gram serat.

Durian 'bermata' dan tidak akan menghempap anda

Biasanya, durian ranum gugur pada waktu malam. Anda perlu berhati-hati apabila mengutip durian kerana ia berbahaya.

Durian boleh naikkan syahwat

Orang Indonesia mempunyai pepatah 'durian jatuh, sarong naik'.

Namun, tiada bukti saintifik bahawa durian menaikkan nafsu.

Air pangsa bahagian dalam durian boleh hilangkan bau dan kehangatan durian.

Tiada bukti saintifik bahawa berbuat demikian boleh menghilangkan bau durian.

Ada juga orang yang melarutkan garam dalam air kulit durian untuk mengurangkan rasa panas - sesuatu faedah yang tidak terbukti.

Manggis boleh hilangkan rasa 'panas' durian.

Tiada bukti nyata tentang perkara ini.

Durian berlubang ranum dan isinya manis.

Lubang-lubang pada durian biasanya hasil tebukan tupai.

ada banyak lagi petua .. mcm2 cara ... tapi kena la rajin2 search .. hehe

2 comments:

  1. mama pun sebelum kita peminat durian...sbb sakit kena kurangkan..he2x..rasa sikit je, takut penyakit akan bertambah lagi...hb kata minum dlm kelopak...tapi mama tak pernah buat lagi...hu2x..

    ReplyDelete
  2. saya peminat durian... tapi lepas makan tu ikut petua juga... terus minum air dalam kelopak.. bismilah, selawat 3x, niat lak sejukkan badan..Alhamduliilahh jadi.. :)

    ReplyDelete

leave your comment here