Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
KL Dilanda Banjir Kilat, Terowong SMART Gagal Berfungsi
Objektif utama terowong SMART bernilai RM2billion ini adalah untuk
menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk
mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan
jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi
terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.
Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan
Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan
Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan
UMNO/BN, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di
antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).
Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang
tadi 10hb April 2013, menyebabkan beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur
dilanda banjir kilat yang teruk
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan
Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin
dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata
hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu
negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
“Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak,
Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan,”
Jelas sekali pembinaan terowong SMART bernilai RM2billion masih gagal
untuk menyelesaikan masalah banbjir kilat sepertimana yang diwar-warkan
sebelum ini mengepa perlunya kerajaan membelanjakan sebegitu besar
untuk pembianaa terowong SMART.
Click Here!
No comments:
Post a Comment
leave your comment here