Pages

15 April, 2013

Bayaran tunai haji kekal RM9,980

Alhamdulillahh...



JEDDAH – Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji tahun ini dijangka meningkat.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 tiap seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 tiap seorang pada tahun lepas, bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.
Beliau berkata, pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.

Ismee berkata soal penginapan para jemaah haji Malaysia ketika ini hampir diselesaikan oleh TH dan pihaknya sedang menguruskan beberapa urusan lain yang penting seperti penerbangan jemaah dan sebagainya.
Beliau berkata, biasanya soal penerbangan tidak membabitkan banyak masalah apabila pihaknya mendapatkan kerjasama baik daripada dua syarikat penerbangan utama untuk membawa jemaah ke tanah suci, iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Air.
Difahamkan ketika ini surat-surat tawaran untuk mengerjakan haji musim ini sudah disampaikan kepada semua jemaah yang berkenaan, dan mereka sudah mula menghadiri kursus-kursus asas haji.- Bernama Click Here!



No comments:

Post a Comment

leave your comment here