Pages
(Move to ...)
Home
Tolong Ingatkan Aku
“Zina itu menyebabkan kemiskinan”
Doa Kesejahteraan Hidup
Doa-doa Ringkas
Malaikat Untuk Setiap Bayi
Nasyid Pilihan Saya
Nak Kekal Cantik Berseri Tak ?
Laman Petua - Merawat Penyakit
Petua Yang Amat Patut Di Amalkan Oleh Wanita
Link Sahabat Handai
▼
Rahsia rumpai laut
Rahsia rumpai laut
di Petik Berita Dari : Berita harian ONline
Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen
Click Here!
Rumpai
laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai
khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi
menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru
dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.
Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid
amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu
mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah
Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.
Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema
Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan
fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai
mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Harga rumpai
laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan
mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk
seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama
bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan
menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.
Khasiatnya
dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup
sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih
tumbuhan dasar laut itu.
Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen
untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan
kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada
keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan
kesihatan kepada pengamalnya?
Pensyarah Jabatan Akuakultur
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta
Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan
rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak
membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan
beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di
dalam kulit.
Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas
dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam
bidang perubatan.
“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus,
Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk
mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus
kecil.
“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai
nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat
cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan
darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.
Pelbagai khasiat
Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata
sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai
pelekat dalam badan.
Lebih kurang satu pertiga daripada
keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan
struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan
menyambungkannya dengan tulang badan.
“Rumpai laut mengandungi
kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi
bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut
hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16
peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.
Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan
ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan
karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap
sebagai kolagen oleh orang ramai.
Secara kimia, karagenan
menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan
memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan
karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan
keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu
membekalkan kolegen.
Kajian lain
Berdasarkan
pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan
bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu
mencantikkan kulit, antaranya:
* Laman berita CBS New York,
melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin
benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit.
Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan
pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana
dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.
* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.
“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini
dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut
paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling
sushi,” katanya.
* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai
laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu
menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.
*
Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang
melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang
mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai
banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan
kulit.
* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel,
berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan
menangani penyakit jantung dan arthritis.
“Kajian demi kajian
dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan
yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.
INFO: Rumpai laut
*
Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan
sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal
dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia
INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan
Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar
Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
•
Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid
sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.
Keburukan
*
Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi
iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis
perut.
Click Here!
No comments:
Post a Comment
leave your comment here