Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

07 May, 2010

taq Dari azie

salam semua ye, cheq dapat taq lagi... kali ni dari azie... hehehe sebenar tak tau camne nak jawab tapi cuba juga lah... jgn mara ye Azie ..cheq tak pandai nak jawab ni..

Tag... TAG... taG..... Dari Mas BayU...kena kat azie pastu Azie Kenakan Syifa Rosli Pula waaaaaaaa....... .sama gak jgn mara aa Azie.. sbnrnye tag ni cheq terima agak lama juga, nasib baik x naik kulat lg :).. disebabkan kesibukan keja dan keje ulang alik ke klinik Tradisional pasal badan tak sihat ...so tak nak kecewakan harapan kawan-kawan hari ni bru sempat nk buat... :) .

Di bawah ni adalah senarai yg perlu di buat :
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.

Setelah berpeluh2 megodek2 photo folder akhir nya gambar ni yg saya dpt dari files n photo yg ke 8 :) ..tapi cari yg lapan orang takde... nasib la..kira ok la kan .. nak gambar lain takde... jrg nak bergambar... sibuk ngan bisnes ja...

Ok nk cite skit pasal pic ni, pic ni di ambil sewaktu jemputan ke Majlis Pembukaan Diamond Club, Di Mid Valley , Kuala Lumpur, Ramai tu , semua geng Kedah Perlis, Majlis berlangsung pd tahun lepas.... tapi syarikat bertahan setahun je... dah lama tak dapat bonosnya.. tak tau apa cerita dah ngan Company tu... ( bila nak bayar lagi ni )
ramai orang masih tunggu-tunggu Bonus yang dijanjikan.

Sekarang Saya nak listkan 8 orang2 yang patut sahut challenge yg seterusnya :

- Nazreen Love
- Eko bangat
- Utramen Yusof
- Leavin Masha
- Hafiz
- Tiewa Aiskimfan
- Mimi Money Online
- Mimi Selingan 2

Korang sahut la challenge ni ye :)

pastu sebagai terima kasih saya kepada anda Followers budiman , saya hadiahkan Cenderahati ikhlas untuk semua .....



Photobucket

letakan lah Cenderahati ini di hall blog anda
Terima kasih.
www.tips-fb.com

05 May, 2010

Kisah Tauladan Kepada Kita Sebagai Anak

Kisah Pemuda Beribubapakan Babi

Ni chek letak kisah tauladan kepada kita sebagai anak-anak, semoga kisah ni akan menginsafkan kita , dan sentiasa menghormati ibu bapa kita, walau bagaimana pun sikap mereka.

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL.

Wallahhualam, cerita ni dapat dari blog ni
www.tips-fb.com

03 May, 2010

Korang Takut Tak Penyakit HINI , berjangkit tu..

Takutkan ngan penyakit HINI, semua orang pun takut, dahlah takda ubat...kalau kena Nauubillah... Hilang nyawa.... Ujian Allah untuk hambanya...

Cheq ada dapat satu doa untuk hindarkan HINI ni... tapi kena yakin dengan amalan kita tu.. ayat ni adalah ayat 58 didalam Surah yasin... dah lama cheq mengamalkan ayatnya bertujuan nak hindarkan benda buruk berlaku kat diri cheq , tapi baru-baru ni cheq ada terbaca bahawa ayat ni juga boleh menghindarkan diri kita dari Penyakit berjangkit tu.. HINI ..tu kira amat bagus sekali, dan boleh cheq kongsikan dengan korang semua..... dan ada juga terbaca berkhasiat juga menghentikan pendarahan tapa henti dengan baccan sebanyak 7x, tapi kena yakin la..Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang bacaan sebanyak 7x...insyaallah lega..

Semuanya dimulakan dengan niat "minta perlindungan dari Allah keatas diri kita, supaya dijauhkan segala penyakit , segala ganguan dari manusia atau makhluk halus, benda kasar atau benda halus dari mendekati dan mengjangkiti diri kita".





[58] (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

sebutannya...
SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' ,

CARA MENGAMALKANNYA:-
1. Selepas selesai solat baca ayat ni, sebanyak 7x , 9x,12x atau 27x dalam senafas. Insyaallah terhindar dari segala unsur-unsur negetif.
2. Bila nak keluar dari rumah amalkan membaca ayat ni, 7x senafas Insyaallah terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir, gangguan makhluk halus, atau santau terutamanya.
3. Jadikan mandian , dibaca sebanyak 77x ditiup kedalam baldi air dan mandi, Insyaallah.

"Ya Allah Ku Mohon perlindungan darimu Ya Allah,Lindungilah diri kami supaya dijauhkan segala penyakit , segala ganguan jahat dari manusia atau makhluk halus, benda kasar atau benda halus dari mendekati dan menyakiti diri kami , Aminn"

cheq cuma kongsikan amalan ni, kalau sesiapa ingin mengamalkan ayat ni , silakan ye.. benda yang baik kita kongsikan bersama . Ilmu ini Ilmu Allah Sesiapa pun boleh gunakan nya.
www.tips-fb.com

Khasiat Sarang Semut

Khasiat Sarang Semut Penyakit yang Dapat Disembuhkan

Secara empiris Sarang Semut telah terbukti dapat meyembuhkan beragam penyakit ringan dan berat, seperti kanker dan tumor, asam urat, jantung koroner, wasir, TBC, migren, rematik dan leukemia. Mengenai mekanisme kerja kandungan senyawa aktif Sarang Semut dalam mengobati berbagai penyakit tersebut memang masih perlu dilakukan penelitian lebih lanjut. Beberapa penyakit yang bisa disembuhkan dan kemungkinan senyawa aktif yang berperan menaklukkan penyakit tersebut dijelaskan sebagai berikut.
1. Kanker dan tumor

Jenis-jenis kanker dan tumor, baik jinak maupun ganas, yang dapat disembuhkan dengan Sarang Semut adalah kanker otak, kanker hidung, kanker payudara, kanker lever, kanker paru-paru, kanker usus, kanker rahim, kanker kulit, kanker prostat, serta kanker darah (leukemia), kecuali kanker tenggorokan dan rongga mulut.

Kemampuan Sarang Semut secara empiris untuk pengobatan berbagai jenis kanker/tumor tersebut diduga kuat berkaitan dengan kandungan flavonoidnya. Ada beberapa mekanisme kerja dari flavonoid dalam melawan tumor/kanker, misalnya inaktivasi karsinogen, antiproliferasi, penghambatan siklus sel, induksi apoptosis dan diferensiasi, inhibisi angiogenesis, dan pembalikan resistensi multi-obat atau kombinasi dari mekanisme-mekanisme tersebut.
2. Gangguan jantung, terutama jantung koroner

Hingga kini mekanismenya memang belum jelas, tetapi kemampuan Sarang Semut untuk pengobatan berbagai macam penyakit/gangguan jantung ada kaitannya dengan kandungan multi-mineral Sarang Semut, terutama kalsium dan kalium.
3. Stroke ringan maupun berat

Pengobatan stroke kemungkinan sangat berkaitan dengan kandungan multi-mineral yang terkandung dalam Sarang Semut.
4. Ambeien (wasir)

Kemampuan Sarang Semut untuk pengobatan ambeien (wasir) berkaitan dengan kandungan flavonoid dan taninnya yang tinggi. Kedua golongan senyawa ini dalam beberapa penelitian memang sudah terbukti dapat mengobati wasir.
5. Benjolan-benjolan dalam payudara

Yang dimaksud dengan benjolan-benjolan pada payudara adalah pembengkakan bukan tumor (non-neoplasma). Diduga kuat mekanisme penyembuhannya serupa dengan kasus tumor dan kanker, yaitu dengan mengandalkan kemampuan kandungan flavonoid yang terkandung dalam Sarang Semut.
6. Gangguan fungsi ginjal dan prostat

Mekanisme pengobatan gangguan fungsi ginjal dan prostat kemungkinan ada kaitannya dengan kandungan antioksidan (flavonoid dan tokoferol) serta multi-mineral yang ada dalam Sarang Semut.
7. Haid dan keputihan

Proses pengobatan untuk keputihan dan melancarkan haid ada kaitannya dengan kandungan flavonoid, tanin, dan multi-mineralnya, terutama kalsium dan seng.
8. Melancarkan peredaran darah

Kandungan antioksidan yang tinggi (tokoferol dan flavonoid) dan multi-mineral yang terkandung dalam sarang memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah.
9. Migren (sakit kepala sebelah)

Untuk pengobatan migren berkaitan dengan fungsi kandungan flavonoid dan multi-mineral dalam Sarang Semut, khususnya kalsium, natrium, dan magnesium.
10. Penyakit paru-paru (TBC)

Pengobatan TBC terkait dengan peranan flavonoid yang terkandung dalam Sarang Semut yang berfungsi sebagai antivirus.
11. Rematik (encok)

Ini terkait dengan kemampuan flavonoid sebagai inhibitor enzim xanthine oxidase dan antioksidan serta tokoferol sebagai antioksidan dan multi-mineral yang terkandung dalam Sarang Semut.
12. Gangguan alergi hidung, mimisan, bersin-bersin

Senyawa-senyawa yang bertanggung jawab terhadap gangguan ini adalah antioksidan (tokoferol dan flavonoid) dan tanin.
13. Sakit maag

Seperti halnya TBC, yang berperan dalam pengobatan maag adalah flavonoid yang terkandung dalam Sarang Semut sebagai antibakteri.
Manfaat Tambahan Sarang Semut

Selain telah terbukti secara empiris dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti tersebut di atas, Sarang Semut juga dapat digunakan untuk untuk melancarkan dan meningkatkan ASI, memulihkan gairah seksual, dan memulihkan serta menjaga stamina.
1. Melancarkan dan meningkatkan ASI

Kandungan multi-mineral dari tumbuhan Sarang Semut diduga memiliki peranan yang penting dalam melancarkan dan meningkatkan produksi ASI, mempercepat proses pemulihan kesehatan ibu setelah melahirkan, dan memulihkan kewanitaan (sari rapet).
2. Memulihkan gairah seksual

Kandungan antioksidan yang tinggi (tokoferol dan flavonoid) dan multi-mineral dari tumbuhan Sarang Semut diduga memiliki peranan yang penting dalam meningkatkan gairah seksual ini.
3. Memulihkan stamina tubuh

Kandungan antioksidan yang tinggi (tokoferol dan flavonoid) dan multi-mineral dais tumbuhan Sarang Semut diduga memiliki peranan yang penting dalam memulihkan kesegaran dan stamina tubuh.

(Sumber: Buku "Gempur Penyakit dengan Sarang Semut" Penulis Dr. Ir. Ahkam Subroto, Hendro Saputro)
www.tips-fb.com

02 May, 2010

Tiga Cahaya

Cheq nak kongsi dengan kawan-kawan hari ni pasai Cahaya wajah kita di hari akhirat.

Pilihlah Wajah-wajah yang akan kita bawa kesana.













Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Pada Hari itu ada Tiga Cahaya Yang Berlainan
1. Cahaya Yang Pertama Seperti Bintang-Bintang
2. Cahaya Yang Kedua Seperti Cahaya Bulan
3. Cahaya Yang Ketiga Seperti Cahaya Matahari

Apabila Ditanya Apakah Cahaya itu, Lalu Di jawab,

1. Cahaya Yang Pertama Adalah Cahaya Wajah-wajah manusia ketika didunia, mereka meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang bila terdengar Azan.
2. Cahaya Yang kedua adalah wajah-wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
3. Cahaya yang ketiga adalah wajah-wajah mereka yang telah bersiap sedia didalam Masjid sebelum azan berkumandang lagi.

Wajah yang mana satu pilihan kita, adakah kita salah satu dari wajah-wajah yang seperti tersebut diatas, tepuk dada tanya selera, wallahhualam.
www.tips-fb.com

Faedah Ayat Satu

FAEDAH AYAT SATU ( Ayat Pelindung Diri )

AYAT satu ini tercantum dalam surah Asy Syura ayat 15 :
Ertinya:
"Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".."(Asy Syura: 15)

Menutur keterangan ayat ini mengandung manfaat iaitu:
Ayat 15 mengandungi rahsia yang besar sekali untuk menghadapi musuh kita, sedangkan kita dalam membela kebenaran. Untuk menolak rencana jahatnya, baik yang telah direncanakan atau tidak sehingga batallah semua rencana jahatnya, dan hilang pula kemarahannya kepada kita. Sekaligus, mereka itu berlaku hormat kepada kita, sehingga mahu mendengar pendapat yang kita berikan kepada mereka dan mahu mengabulkan apa yang menjadi hajat kita.

cara mengamalkannya ,
a) Apabila dibaca tiap-tiap sembahyang Fardu, seraya membayangkan nadir musuh kita itu, dan makrifarkan Allah sebagai Pendinding antara kita dengan musuh atau dalam perkara tengah dijalankan dimakamah .

b) Apabila kita berhadapan dengan musuh, orang yang zalim atau orang yang ditakuti mahupun binatang buas, maka bacalah ayat ini , 1x sahaja, insyaallah akan terlepas dari aniaya dan kejahatan mereka.
cheq selalu baca ayat ni, apa kata korang cuba pula ye...insyaallah dengan izin Allah kita dilindungi dari bahaya .
www.tips-fb.com

01 May, 2010

Khasiat - Ayat ke 19 Surah Asy-syura

Kali ni Cheq nak kongsikan Ayat 19 surah Asy syura ni...bagus kita jadi kan amalan harianya.. Ertinya:-
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Ayat 19 merupakan “Ayat Rezeki” yang sangat masyhur. Amalkan membacanya berulang kali sebanyak yang mampu, dalam bilangan yang ganjil, selepas solat Maghrib dan Subuh. Diikuti dengan doa 33 kali atau 100 kali atau seberapa yang mampu. Insya-Allah rezeki akan dilipatgandakan.

Ayat ini juga merupakan doa untuk lemah-lembut keluarga, berkasih-sayang kepada suami/isteri dan anak-anak. * Caranya:

Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam.
Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati