Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

19 April, 2011

Adek Cuma Nak Tanya Ni Ibu ( Anak Ku Sayang )

Kalaulah bayi-bayi tu pandai berkata-kata, mungkin pertanyaan macam di bawah nilah yang akan dia orang tanya,

Cerita Sedih Anak-anak yang telah dibuang, bayi-bayi yang di tingalkan ,Bayangkan kesedihan anak-anak ini .

Gambar-gambar yang kat dalam cerita ni hanyalah hiasan sahaja,

Mesti ibu tak akan jawab atau tak dapat menjawabnya
rasanya ibu memang tak akan mampu menjawabnya

Ibu ingat tak? Pada malam tu?
malam tu ibu ada temu janji,
Ibu jumpa dengan jejaka tu,
Ibu kata dia cintakan ibu,


Benarkah ibu?Dia puji Ibu, Dia Puja Ibu ,
Dia rayu ibu dia belai ibu,
Katanya cintanya hanya ibu,

Benarkah Ibu?Ibu terhayal dengan pujukannya,
Ibu terbuai dalam kata-katanya,
Ibu terlena oleh bisikan-bisikannya,
Ibu tengelam dalam khayalan,
Ibu lupa segala-galanya,

Benarkah ibu?ibu tak kisah dia peluk ibu,
Ibu izin dia sentuh Jasad ibu,
Ibu puas dapat buktikan cinta ibu,
ibu kata itu janji setia ibu,
macam dia kata pada ibu, mana bukti cintamu?

Tapi Betulkan ibu?Masa berlalu dengan bibit-bibit cinta ibu,
benih yang ibu dengan lelaki tu yang di semai telah terhasil,
Pohon yang di tanam itu telah membuahkan buktinya,

Betulkan ibu?Hari ni sudah genap 9 bulan adek dalam kandungan ibu,
hari ini Buah cinta ibu dengan lelaki tu telah berzahir,
hari ini juga bukti kasih ibu dengan lelaki itu telah lahir,
Betulkan ibu ?
adek dilahirkan dengan penuh tregedi,
tapi sempurnakan tubuh badan adek pada waktu itukan ibu,
comelnya adek pada masa tu,
tangisan adek memecah kesunyian waktu tu,

Tapi ibu Perasan tak ?Kenapa ibu seorang saja yang menyambut adek?
mana lelaki itu ibu? buahhati ibu itu ?, mana ?
kenapa dia tidak hadir sama menyambut adek?

Mengapakah ibu?kemana lelaki tu pergi?
mana janji-janji manisnya itu ibu?
sedangkan adek adalah benih cinta lelaki itu dengan ibu?

mengapa Ibu ?tak lamalepas tu lelaki itu datang kepada ibu,
ibu menyerahkan adek kepada lelaki itu,
mengapa dia tak senyum menyambut adek?
mengapa tidak mengazankan adek?
mengapa ?

mengapa ibu?mengapa lelaki itu membawa adek pergi ?
adek tidak di azan lagi Ni ???
mengapa ibu membiarkan lelaki itu membawa adek pergi?
mengapa ibu tak menghalangnya?
mengapa ?

Tahukah ibu?lelaki itu telah membuang adek?
lelaki itu telah sakitkan adek?
ibu tak kasihankan adek kah?
ibu tak sayangkan adek kah?

Tahukah Ibu ? adek dibiarkan sendirian, adek digit semut-semut,
adek digigit nyamuk,kemanakah ibu pergi?
kenapa ibu tak tolong adek ?
Ibu sedar tak? bertapa deritanya adek di waktu itu ,
bila anjing-anjing dijalanan menghidu adek,mengigit adek,

Ibu tahukah?
ibu tahu tak? ketika itu adek bersabung nyawa.
adek teralu kecil untuk meminta tolong.
ibu hilang pertimbangan,
ibu tiada perasaan sebagai seorang manusia,

kenapa ibu?adek dibiarkan hingga hilang nyawa adek ?
kenapa ibu tak sayang adek?
Ibu tak sakitkah melahirkan adek?
ibu tak ada hati perutkah?

tahukah ibu ?bukankah ibu tahu,berapa ramai bayi-bayi seperti adek telah dibuang?
Kenapa, mengapa , ibu tambahkan lagi?
pendeitaan yang adek tanggung hanya Allah saja yang tahu.
kenapa ibu???? mengapa ibu??? adek cuma nak tanya ibu saja ....

Ibu baca ni, Pesanan Dari Allah ,Sebelum adek lahir kedunia,
Suatu hari ada Tuhan berbincang-bincang kepada seorang bayi di surga. Tuhan berkata “Anakku pada akhirnya Aku akan mengirimu ke dunia untuk melaksankan tugas mu”

Si bayi menjawab “Tapi aku masih ingin bersamaMu; jangan jauhkan diriku daripadaMu”

Tuhan menjawabnya dengan senyum “Pergilah nak kau mempunyai tugas untuk menjalani hidup yang telah Kurencanakan bagimu. RencanaKu indah untuk hidupmu”

Si bayi kembali berbicara “Tapi dunia adalah tempat yang kejam dan penuh dengan penderitaan. Aku takut untuk berada di tempat itu”

Tuhan menjawab dengan penuh kasih sayang “Aku tidak pernah menciptakan sesuatu yang buruk; dunia itupun Kuciptakan baik adanya. Bilamana terdapat kegelapan di dunia itu Akupun masih memberikan damai sejahtera dan kasih sayang diantara orang-orang itu.

Si bayi masih kembali berbicara “Jikalau aku dikirim kesana pastilah aku seorang diri. Tak sanggup aku bersama dalam kesendirianku lebih baik aku bersamaMu disini”

Tuhan sungguh sabar menjawab dengan lembut “Tenanglah nak kau tidak sendirian Aku mengirimu bersama malaikat terbaikku. Dia yang akan menjagamu selalu dan selalu melindungimu suka dan duka”

Si bayi pun tertunduk bersedih dan dengan lirih bertanya “Apakah aku masih bisa bertemu dengan-Mu dan ingat selalu pada-Mu setelah ini?”

Tuhan menjawabnya dengan senyum “Malaikatku akan selalu menceritakan tentang diri-Ku dan malaikatku juga akan menunjukan jalan untuk pulang kepada-Ku”

Si bayi pun akhirnya bersedia menerima tugas yang diberikan kepadanya. Namun sebelum pergi ia kembali terakhir kalinya “Bolehkan aku tahu siapakah nama malaikat itu”. Si bayi memejamkan mata lalu

Tuhanpun menjawab “Namanya…… Ibu……”

Ya, benar Ibulah malaikat yang diberikan Tuhan untuk kita.
Ibu dah bacakan. tapi mengapakah ibu-ibu masih kejam , betulkan ibu?
betulkan ibu??? sungguhkan ibu ?
Tahukah ibu ?
ibu lihatlah!!!!!!!bertapa ramainya kawan-kawan adek yang telah dibuang...oleh ibu-ibu seperti ibu.bagaimana perasaan ibu bila lihat gambar-gambar ini.



Bagaimana ibu? ada sedih kah dihati ibu? tergamaknya ibu.




Tergamakkah ibu ?tergamakkah ibu? lihatlah sendiri bukti-bukti cinta terlarang.



tak sayukah hati ibu?
Tak sedihkah hati ibu ?
kalau ibu terasa sayu, belas, kasih , kenapa ibu melakukanya.




kalau ibu nak tahu ini hanya sebahagian sahaja, banyak lagi yang ada diluar sana.berbagai cara ibu-ibu termengandung menghapuskan bukti cinta mereka.


Ibu berpesanlah pada diri ibu,serta kawan-kawan ibu.
semoga ibu-ibu semua bertaubatlah, sementara pintu taubat masih terbuka,insaflah, berhentilah membuat zina, jagalah bayi anda sebaiknya, kerana apa yang ibu-ibu lakukan itu, kami akan menuntut diakhirat kelak.Bacalah berita dibawah ni ibu-ibu, sedihnya, bila ramai bayi-bayi yang tidak bersalah dibuang.


Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Sebanyak 517 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak 2005 hingga Januari tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata jumlah itu merangkumi 203 orang bayi lelaki, 164 orang bayi perempuan dan 150 orang bayi yang tidak diketahui jantina.

"Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, ini adalah kerana keadaan mayat yang reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 adalah bayi yang hidup manakala 287 pula bayi sudah meninggal dunia.

Mohd Bakri berkata, seramai 37 orang suspek ditangkap dari 2005 hingga tahun ini termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.

Katanya, dalam tempoh yang sama, 18 kes dituduh di mahkamah dan sebanyak sembilan kes telahpun dijatuhi hukuman.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati lokasi yang paling popular untuk jenayah ini adalah di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas...
Sehari suntuk saya dok depan pc nak siapkan post ni, tapi Alhamduliillah berbaloikan, kerana kesdihan melanda tengok anak-anak terbuang, entry yang mengundangkan air mata ni,saya dapat kan skit idea-idea dari blog-blog kawan2 yg lain.
Gambar-gambar yang kat dalam cerita ni hanyalah hiasan sahaja, oleh jika menyentuh mana-mana pihak tu saya susun jari sepuluh mohon ampun dan maaf. terima kasih pakcik google diatas kerjasama anda.
Apa-apa pun yang baik kita jadi teladan, yang tak baik jadikan sempadan, buangkan jauh-jauh ye...
www.tips-fb.com

3 comments:

SyAE SyEa said... [Reply]

subhanaAllah..smg Allah mlindgi wanita2 d akhr zaman ini,amin..n3 yg sgt mnyentuh hati..
trime ksih for remind us :)

sAsyA said... [Reply]

Astaghfirullah..
sedih tengok gmbar2 diatas
tQ atas peringatan itu

Wanita Timur ( Syifa Rosli ) said... [Reply]

semoga mereka-mereka itu , dapat hidayah dari Allah dan insaflah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati