Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

30 April, 2011

Ibu restu minat anak, Elfira Loy, Ezlisa Loy dan adik mereka Ezzrin Loy

IBU mereka hanya membuka jalan. Segala keputusan untuk menerima tawaran berlakon bergantung kepada mereka. Nak kata ibu memberi galakan menyertai bidang seni, memang jauh sekali. Cuma pesan ibu, sekalipun minat berlakon terus bercambah, pelajaran jangan diabaikan.
Itu antara syarat ibu tersayang yang masih terngiang-ngiang di ingatan tiga pelakon cilik adik beradik, Elfira Loy, Ezlisa Loy dan adik mereka Ezzrin Loy. Berbanding Elfira, 16, Ezzrin, 13, dan Ezlisa, 14, lebih dulu berlakon. Ketika itu Elfira lebih terdedah kepada dunia iklan komersial.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
IBU mereka hanya membuka jalan. Segala keputusan untuk menerima tawaran berlakon bergantung kepada mereka. Nak kata ibu memberi galakan menyertai bidang seni, memang jauh sekali. Cuma pesan ibu, sekalipun minat berlakon terus bercambah, pelajaran jangan diabaikan.
Itu antara syarat ibu tersayang yang masih terngiang-ngiang di ingatan tiga pelakon cilik adik beradik, Elfira Loy, Ezlisa Loy dan adik mereka Ezzrin Loy. Berbanding Elfira, 16, Ezzrin, 13, dan Ezlisa, 14, lebih dulu berlakon. Ketika itu Elfira lebih terdedah kepada dunia iklan komersial.
Ibu, Filzah Yusoff, 45, yang sudah 12 tahun bergelar ibu tunggal berkata, bukan berniat untuk memperjudikan nasib si anak mencari rezeki di usia muda. Apa yang dilakukannya sekadar mahu memastikan anak mengisi masa lapang cuti sekolah dengan perkara yang bermanfaat serta mendatangkan hasil.

Apatah lagi ibu sibuk juga dengan syarikat pengurusan acara sendiri. Jadi daripada dibiarkan anak tanpa kawalan di rumah, dicadangkan kepada anak untuk menghadiri sesi uji bakat berlakon. Itu antara satu alternatif yang akhirnya mencambah keterujaan kepada ketiga-tiga anaknya.

“Tidak susah untuk saya membesarkan mereka. Malah sedari kecil mereka diajar untuk berdikari. Saya sendiri tidak menghalang apa saja minat mereka termasuk berlakon. Janji mereka tahu membahagikan masa antara belajar dan bekerja.

“Sejak kecil juga mereka dididik untuk mengumpul duit sendiri jika mahukan apa-apa. Saya juga sudah mula menggalakkan mereka membahagikan duit bayaran berlakon yang diterima untuk tiga perkara. Satu untuk simpanan dalam bank, kedua untuk perbelanjaan sendiri dan ketiga untuk menguruskan diri mereka.
“Dalam bab menguruskan diri itu, saya sendiri yang memegang duit mereka. Duit itu akan digunakan sebagai modal untuk membeli pakaian yang akan digunakan untuk dipakai semasa berlakon dan apa saja yang keperluan serta tuntutan semasa,” katanya yang selesa hidup tanpa mencari pengganti lain.

Mengenai hubungan dengan bapa, si ibu tidak langsung menghalang dan bapa mereka bebas berjumpa anak-anak pada bila-bila masa. Sekalipun sudah hidup tidak sehaluan itu tidak bererti kasih sayang anak dengan bapa sudah ternoktah.

“Keputusan untuk mereka berjumpa bapa, saya serahkan sendiri kepada mereka. Saya tak akan campur tangan apatah lagi memaksa,” katanya yang bekerja sendiri supaya mudah menguruskan anak.

Kini, Elfira dan dua adiknya itu sering menjadi pilihan syarikat produksi untuk ditampilkan dalam drama mahupun telefilem. Kalau tidak abang sulung mereka, Ezzra Loy sekali turut terbabit dalam dunia lakonan. Namun akhirnya Ezzra memilih untuk tidak bergelar anak seni.

Bersama sisipan Sabtu, kita menelusuri semangat mereka ini dalam meneruskan kehidupan tanpa insan bernama bapa. Paling penting, tiga beradik ini selesa membiarkan status yang dipegang ibu mereka itu terus berkekalan. Malah mereka lebih reda tiada cinta lain mengganggu gugat kasih sayang ibu terhadap mereka.

“Mama jadi ibu tunggal sejak saya kecil lagi. Kami sudah faham dengan apa yang dilaluinya. Kalau boleh saya tak nak mama kahwin lagi. Lagipun mama tak ada kekasih pun. Masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan anak. Kasih sayang kami terhadap mama pun tak pernah berubah,” kata Ezzrin di awal bicara.

Bagi Elfira yang memikul peranan sebagai kakak sulung, dia boleh dikatakan antara orang kuat yang cukup akrab menemani ibunya jika lapang di kala duka mahupun suka. Kata pelakon berkening lebat itu, ibu menjadi sumber inspirasi dan faktor kekuatannya melalui hari mendatang.

“Kalau kami sibuk berlakon, mama pun sibuk dengan kerja di syarikatnya. Sesibuk mana pun, mama tak pernah lupa tanggungjawabnya menyiap serta menyediakan makan pakai untuk kami adik beradik,” kata Elfira.

Mengalih bicara kepada bidang seni, Elfira tidak menafikan peluang menimba pengalaman sebagai pelakon menjadi landasan terbaik untuknya mengumpul duit buat bekalan masa mendatang. Malah keinginan untuk memiliki barang dengan duit sendiri tanpa menyusahkan ibu juga dapat dilakukan.

“Duit yang saya kumpul dengan berlakon dapat saya jadikan bekalan untuk masa mendatang. Jadi kalau nanti, saya mahu menyambung pelajaran, saya boleh gunakan duit simpanan ini untuk kemudahan. Tak perlu susahkan mama sebab dia pun bekerja sendiri.

“Duit yang saya dapat ini juga boleh saya gunakan untuk membeli pakaian yang diingini. Saya sebenarnya bukanlah penggemar barang jenama. Cuma saya tak suka membeli pakaian yang sama dengan orang lain. Bukan berlagak, cuma kepuasan saya menempah pakaian sendiri lebih cenderung.

“Sesekali kalau teringin barang berjenama, saya akan kumpul duit untuk mendapatkannya. Saya rasa, ia satu tabiat biasa yang dimiliki manusia. Ada yang sanggup berhabis duit selepas penat bekerja. Ia dianggap sebagai terapi dan saya sendiri mempraktikkannya,” katanya yang mengenakan persalinan rekaan Zang Toi bersama adik-adiknya.


Berlakon sebagai hobi, cita-cita jadi doktor

CITA-CITA Ezlisa yang sebenarnya bukan mahu bergelar pelakon. Sebaliknya, dia menyenaraikan impian untuk bergelar doktor, membuka tadika atau restoran apabila dewasa nanti. Berlakon sekadar hobi demi mengisi masa lapang.

“Apabila tengok orang berlakon di dalam TV, rasa macam seronok. Alih-alih, saya sendiri dapat merasai pengalaman yang sama. Pengalaman pertama saya berlakon dalam telefilem Relung Kasih. Masa itu, muka saya tembam sangat. Tapi sekarang saya sudah kurus.

“Peluang saya berlakon telefilem ini bermula selepas terbabit dengan sebuah fotografi majalah. Ketika itu, saya didatangi seorang pekerja produksi. Dia memberikan kad perniagaannya untuk datang ke sesi uji bakat. Adik saya Ezzrin pun turut serta dan kami berdua berlakon telefilem terbabit.

“Seronok juga berlakon sebab dapat mencuba watak lain daripada diri kita yang sebenar. Saya berpeluang bergaul dengan ramai orang. Malah, secara tidak langsung, saya dapat mengikis sikap pemalu yang selama ini menyelubungi diri,” katanya yang sering disalah anggap sebagai Elfira.

Menyokong pendapat Elfira, Ezlisa juga berlakon sebagai jalan untuk mencari duit tambahan. Malah mereka juga sepakat mencari rezeki demi mengurangkan beban yang ditanggung ibunya.

“Berlakon, berlakon juga tapi kami tetap kena seimbangkan dengan pelajaran. Mama juga mementingkan pelajaran dan dia memasukkan kami semua ke kelas tuisyen lebih awal daripada kelas sebenar di sekolah. Jadi, kami akan didedahkan dan membiasakan diri dengan topik atau subjek yang akan dipelajari di sekolah,” kata Ezlisa.

Pemalu seperti kakak

BAGI Ezzrin pula, sekalipun jika dia terus berlakon, dia tidak akan memberi tumpuan kepada bidang itu saja. Dia mahu ada jaminan dan sandaran dalam kehidupan dengan melakukan kerja lain. Lumrah dalam dunia seni ada fasa turun naik, lalu sebaiknya dia memikirkan alternatif lain dalam mencari rezeki.

“Saya pun masih muda dan boleh mencuba pelbagai bidang lagi pada masa mendatang. Cita-cita saya nak jadi ahli perniagaan. Saya berlakon pun bukan sebab nak jadi popular. Saya boleh naik segan apabila ada mata yang memandang. Senyum pun boleh jadi sumbing. Bukan tak nak senyum atau sombong. Cuma saya ini jenis pemalu macam kakak (Ezlisa) juga,” kata anak bongsu daripada empat beradik ini.

Info menarik

Ketiga-tiga adik beradik ini pernah berlakon sama dalam drama Qalesya 2 dan telefilem Rawan Seorang Perempuan.

Esliza belum pernah berlakon teater sebaliknya Elfira dan Ezzrin pernah membabitkan diri di pentas secara langsung
www.tips-fb.com

2 comments:

lisanna said... [Reply]

Yang kau letak komen bodoh kat sini buat apa

lisanna said... [Reply]

Yang kau letak komen bodoh kat sini buat apa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati