Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

02 April, 2011

Ilmu Hitam, sihir, santau ,.... korang percaya ke tak ?

assalamualaikum semua, saja nak tanya korang percaya benda2 ni semua, bagi kami dulu memang tak percaya, kalau ada orang certia pasal ilmu hitam ni, memang tak suka bangkang habis.

itu dulu lah, tapi bila dah terkena batang hidung sendiri , baru tau macam sakit ,sengsaranya kena ilmu hitam ni.

rupa dia orang gunakan ilmu hitam untuk sakitkan kita dengan berbagai=bagai cara, bukan setakat diri kita jer, punca rezeki kita pun dia orang boleh sekat ikut kemahuan dia orang, aduhai menjadi-jadi lak ilmu hitam dia orang tu, terasa diri dok terawang-awangan , pastu kadangkala rasa diri macam kena pijak-pijak , kena tikam-tikam, badan panas macam api, tapi pergi kat doktor cakap takde apa-apa pun, normal jer.

kalau kita berniaga pula akan diusahakan agar kita malas, terasa berat badan, tak ada hati nak berniaga, dan macam2 lagi, di permis kita akan dletakkan abu mayat lah, minyak bencilah, makluk haluslah,macam2 lagi. benda tu semua konon-konon tak nak bagi orang masuk premis kita, orang benci tengok muka kita, pastu orang kadang-kadang tak nampak pun kita buka premis tu.

siapa pernah kena tu memang dah faham, sakitnya hanya tuhan yang tahu, tapi apa yang boleh kita buat kalau dah macam tu, kita juga nak kena makan, nak kena minum, nak kena ada duit, badan kena sihat sebab nak teruskan kehidupan kita.
 pada mulanya kami tak sedari langsung, tapi rasa heran juga napa sikit sangat orang masuk , napa sejam dua jam baru sorang masuk, napa mengantuk sangat bila dok berniaga, napa badan rasa letih sangat, lesu je, macam tak makan je bila berjalan, kepala rasa pening , berjalan macam hoyonghayang, haiii Ya Allahh... hanya Allah Saja yang mengetahui.

Hati kami rasa tak tenang, rasa macam ada yang tak kena, asyik nak marah je, kami pun pergilah jumpa orang boleh di percayai. dari sanalah kami dapat tahu , kami telah di ilmu hitamkan. rasa percaya dengan tak percaya sama banyak, tapi dah kenyataan depan mata, mestilah percaya.

sudah Dua tahun setengah , masih ada masalah yang sama, mohon pertolongan dari Allah itu yang Utama, yang lain tunggu berikhtiar kesana sini, poket dah kering, perniagaan jadi malap, bukit kecil yang di tambun-tambun di himpun-himpun, pun dah di cangkul-cangkul hingga kehabisan.

orang nasihatkan kami, jangan mengalah, jangan putus, anggap je semua dugaan, kawan-kawan hulurkan bantuan, bawa berikhtiar sana-sini. Bantuan dari moral memang dapat , tapi bantuan dari segi kewangan pandai-pandailah sendiri, peritnya bila takboleh bayar sewa premis, tak leh bayar kereta, bil itu bil ini. Pastu paling sedih kalau anak-anak minta nak beli itu ini, Kepala memang rasa macam nak pecah bila fikir-fikirkan.

Badan pun kadangkala tak tertahan , demam lagi, lepas tu demam lagi, baik sikit pastu demam lagi ,kata orang ada makluk dalam badan, pergi lah berubat , berikhtiar.

tapi sekuat mana pun ilmu dia , kami yakin satu je.. Allah lebih berkuasa, Hanya pada dia tempat memohon pertolongan, dialah segalanya.

Allah Maha Berkuasa, ada seorang insan ni baik budi, sanggup berubat dengan upah yang kecil ikut sedekah, kadang-kadang dia beri pertolongan ikhlas, tak payah sedekah apa-apa pun dekat dia, kalau rasa sakit telefon saja, insyaallah. Alhamduliillah terima kasih banyak-banyak kerana tolong kami kerana Allah. Semoga Allah akan membalas jasa dan kebaikkan kamu tu.

alhamduliillah kami dah boleh senyum sikit, dah boleh bergerak sikit, walaupun perjalanan perniagaan kadang-kadang slow kadang laju, Alhamduliillah Allah telah mendengar ritihan kami, permintaan kami, rezeki kami datang juga , harap berterusan , demi untuk kami meneruskan kehidupan yang seperti dulu. semoga kami dapat membayar semua yang tertunggak. Isyaallah semuanya dengan kuasa mu Ya Allah.

Dugaan, demi dugaan masih kami terima, Ya Allah kuatkan lah hati kami, iman kami, murahkanlah rezeki kami.
Maksudnya:Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.
Maksudnya:Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.
Maksudnya: Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki.

Bismillahirramanirrahim,
Ya Allah, semoga Penderitaan kami akan berakhir dengan kebaikan, kemuliaan, keinsafan.

Ya Allah Tuhan Kami, ampunkanlah Dosa-dosa kami, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami, serta dosa saudara-saudara kami, kuatkan iman kami, janganlah engkau membiarkan kedengkian didalam hati kami, terhadap orang-orang yang beriman, panjangkan usia kami Ya Allah, terimalah taubat kami, Ya Allah sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Aminnnn.

pada kawan-kawan yang membacanya kisah ni, kami minta maaf ye ,itu penderitaan yg pernah kami rasa, dan masih dalam dilema ini, bukan mohon simpati, tapi sekadar berkongsi hati, perasaan hiba, derita , yang kami rasa, bila teraniaya.

( Wahai , manusia yang bernama musuh kami itu, sedarlah Allah lebih berkuasa, berhentilah dari mengkhianati , dengki , aniaya kami, insaflah, sedarlah, sampai bila nak rasa megah dengan ilmu hitam, bawalah bertaubat, ingatlah pada Allah yang berkuasa diatas segalanya. takutlah dengan balasan Allah.)
wassallam...
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati