Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

31 May, 2011

Protein rambut dalam roti, pau

OTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.

Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

30 May, 2011

Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa

ni kisah awang hitam lagi...
KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.

Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.

Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.

Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

29 May, 2011

Tiga faktor kejadian kenapa tanah runtuh itu terjadi

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).

Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.
BAHAYA... kelihatan pergerakan tanah ketika hujan di Hulu Langat, semalam.
Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

28 May, 2011

Tanah runtuh: Roboh rumah anak yatim

KUALA LUMPUR: Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

27 May, 2011

Tanah runtuh: Periksa bangunan di lereng

KUALA LUMPUR: Semua pihak berkuasa tempatan digesa supaya sentiasa memantau dan memeriksa struktur bukit bagi memastikan bangunan yang terletak di lerengnya selamat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang membuat gesaan itu berkata setiap pembangunan di lereng bukit juga harus diberi perhatian khusus bagi menggelak berlaku kejadian bencana alam.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

26 May, 2011

Tanah runtuh: Sumbangan RM50,000

KUALA LUMPUR: Yayasan Tan Sri Muhyiddin (TSM) Charity Golf hari ini memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, yang 16 daripada penghuninya terkorban dalam kejadian tanah runtuh, semalam.
Tanah runtuh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan sumbangan itu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz, yang mewakili rumah anak yatim itu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

24 May, 2011

Suasana Pilu Selubungi Temapt zzkejadian dan juga Bilik Mayat HKL

Semua yang terkorban dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sekaligus menyebabkan suasana pilu diiringi tangis hiba keluarga dan sahabat handai menyelubungi perkarangan bilik mayat.





Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

23 May, 2011

9 Mangsa Cedera Kini Stabil

Di Hospital Ampang, sembilan mangsa yang terselamat dalam runtuhan Hulu Langat dalam keadaan stabil.

Enam daripadanya ditempatkan di wad khas bencana masih trauma.

Tiga lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Berikut senarai mangsa yang terselamat dalam tragedi semalam.

Tiga di ICU -- Mohd Izuan Zakaria, kehilangan kaki kanan.

Zulkhairi Aminuddin pula hilang kaki kiri manakala Aizat Khusairi cedera di kepala.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin meluangkan masa melawat mangsa siang tadi.

DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN/TIMBALAN MENTERI KESIHATAN
"Telah sedarkan diri dan mereka respon. Kalau kita ajak bercakap menunjukkan respon tertentu but they are still under sedative because of the injury, the worst is over I will said that."
www.tips-fb.com

Mangsa Terakhir Runtuhan Hulu Langat Ditemui Selepas 15 Jam

Mangsa terakhir runtuhan Hulu Langat ditemui pada jam 5:05 minit pagi tadi, setelah operasi mencari dan menyelamat berterusan selama 15 jam.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Kamarul Amiezan Johari.

Serentak dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamatkan ditamatkan kira-kira jam 5:40 pagi.

Tragedi malang itu berlaku semalam pada jam 2.30 petang ketika 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim berada di sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual berlangsung tidak sampai tiga jam sebelum itu.

Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah dikatakan menimbus keseluruhan khemah yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit.

Sejurus itu, operasi menyelamat dimulakan lima belas minit kemudian membabitkan 500 anggota penyelamat daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis, angkatan tentera, Jabatan Pertahanan Awam, St John Ambulans, RELA, SMART dan Bulan Sabit Merah Malaysia.
www.tips-fb.com

22 May, 2011

Susulan kejadian Tanah runtuh, Gali tanah guna tangan

susulan tanah runtuh, HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.
Petikan dari Harian Metro Online
BANTU... antara anak yatim yang berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh.
Lebih tragis, difahamkan setakat jam 7 malam, seramai 14 dikhuatiri masih tertimbus iaitu 11 anak yatim dan tiga penjaga.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, enam pelajar dan seorang penjaga yang sudah diselamatkan, cedera dalam kejadian itu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

Kejadian Tanah Runtuh , 7 Jenazah Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Bacaan Al-Fatihah disedekahkan kepada semua 16 mangsa korban tanah runtuh membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat, Selangor.
Tujuh daripada jenazah runtuhan Hulu Langat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Dusun Nanding, Hulu Langat.

Terdahulu, ketujuh-tujuh jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Pekan Batu 14.

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir.

Jenazah disembahyangkan selepas solat Zohor.

Tujuh jenazah itu ialah Zahir Haziq, Mohd Azret Azahari dan abangnya, Mohd Zaid, Wan Ahmad Hasrim Hazim, Mohd Mustakim Mamat, Mohd Imal Fahad dan Mohd Hazim Sapri.

Jenazah mangsa yang lain dikebumikan di kampung halaman masing-masing - tiga di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, dua di Dengkil dan masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Yang Maha Esa.infotv3
www.tips-fb.com

Tragedi tanah runtuh Di Hulu Langat mengorbankan anak-anak Yatim

AlFatihah,semoga roh mereka dirahmati Allah, Takziah Untuk keluarga anak-anak ini, Tragedi yang mengorbankan Enam Belas Anak-anak ini, sungguh menyayat hati.
Berita di petik dari Harian Metro
HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.
BERKUMPUL... sebahagian penghuni asrama yang terselamat.
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.
SELAMAT... mangsa tanah runtuh Rumah Yatim batu 14 Ulu Langat, Mohd Khairul Annuar, 9 dihantar ke Hospital Ampang, Ampang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

20 May, 2011

Lisdawati Nazarudin masih tetap Tak sangsi kesetiaan Fauzi

SEKALIPUN hidup bahagia di sisi suami tersayang, namun keharmonian rumah tangga aktres jelita, Lisdawati Nazarudin masih tetap disangsi.
Terutama, apabila membabitkan gosip liar berkaitan ‘kenakalan’ Fauzi bersama wanita lain di belakang isterinya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

19 May, 2011

pelajar dulu dan sekarang, memang banyak perbezaan

 Betul ke? seperti kata metro tu, pelajar sekarang terlalu mewah......
DIBANDINGKAN kehidupan dan cabaran pelajar dulu dan sekarang, memang banyak perbezaan.
Jika dulu hanya berjalan kaki atau menaiki basikal, sekarang ada pengangkutan ke sekolah atau kereta yang menanti di depan rumah malah jika dulu hanya menjamah makanan asas sebagai alas perut, kini dilambakkan pelbagai juadah hebat.
CABARAN BARU...keluarlah daripada kepompong keselesaan demi menimba pengalaman bersama rakan-rakan baru.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

18 May, 2011

Ahmad Nabil Ahmad digandingkan dengan dramatis jelita, Nora Danish dalam sesi Fotografi Metro

jom kita baca kisah nabil ngan nora
PROFIL NABIL
NAMA PENUH: Ahmad Nabil Ahmad
NAMA KOMERSIAL: Nabil
TARIKH LAHIR: 26 September 1983
UMUR: 28 tahun
KELAHIRAN: Mambau, Seremban, Negeri Sembilan
KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Musim 2, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular (ABPBH 2008)
FILEM: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti, Eee...Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika, Uncle Hussein, Bangladesh dan Cicak-Man
PROGRAM: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Apa Cerita Nabil, Hua...Hua...Hua Pondok Pondok, Studio Nabil, Ewah-Ewah dan Hartamania.
DRAMA: Sonata Labu Labi.

PROFIL NORA
NAMA SEBENAR: Nora Danish Mohd Hanif
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
UMUR: 29 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Terengganu, Terengganu
PENDIDIKAN: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)
ANAK: Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita dan Cuti-Cuti Cinta
DRAMA TV: Puteri, Pendekar 5, Arjuna dan Ejen 016
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

17 May, 2011

mengapa orang ingin jadi cantik

Secara naluri, setiap manusia mahu kelihatan cantik. Pelbagai cara digunakan untuk tujuan itu termasuk menyuntik botoks atau pembedahan plastik.
Kecantikan secara fizikal juga boleh dizahirkan melalui pakaian cantik, gaya rambut dan alat solek.Kecantikan dikaitkan dengan inginkan perhatian dan kuasa.
Orang cantik ingin sentiasa dilihat dan meninggalkan �ekspresi orang yang melihat. Otak manusia selalu tertarik dengan perkara yang cantik.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

Putera William dan Kate Middleton ingin sederhana

LONDON: Putera William dan Kate Middleton tidak bercadang membawa pembantu yang ramai dalam kunjungan mereka ke Kanada dan California tidak lama lagi. Ia selari dengan hasrat pasangan itu untuk menjalani kehidupan berumah tangga yang sederhana.
Kate mahu memisahkan dirinya daripada tradisi diraja dan menggugurkan khidmat pembantu tetap. William, yang bapanya dikenali bergantung kepada pembantu untuk memicit ubat giginya, juga merancang membawa kakitangan yang terhad kerana dia lebih gemar menguruskan pakaiannya sendiri serta sukakan sesederhana yang mungkin.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

16 May, 2011

Diana Danielle Danny Beeson Kutip ilmu di New York

 Jom Kita Baca Kisah Diana Ni, Yang Cute Comel Lote.....
LAMA tidak mendengar khabar berita atau perkembangan seni membabitkan artis jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 19.
ANGGUN...Diana tampil single terbaru Tak Pernah Ada.
Kali terakhir, heboh diperkatakan mengenai penyakit ketumbuhan dihidapi selain hubungan cinta bersama pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil yang dikatakan sudah putus kemudian disambung semula.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

15 May, 2011

Banyak hari juga blog under repair oleh google

Banyak hari juga , blog under repair oleh google, sekarang dah pulih, boleh berblog balik dah kemarin, sabtu,14/5/2011.Terima Kasih.

ni berita2 dari... Posted by Eddie Kessler, Tech Lead/Manager, Blogger, ThankYou.
May 13, 2011 — permalink

Update (5/14 5:37 PM PST): We're making progress restoring comments, some blogs with a lot of content are taking a little more time. Thanks for bearing with us.

Update (5/13 7:46PM PST): Nearly all posts since Wednesday are restored, now bringing back comments from last couple days. We expect the comments to be back this weekend or sooner.

What a frustrating day. We’re very sorry that you’ve been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours. We’re nearly back to normal — you can publish again, and in the coming hours posts and comments that were temporarily removed should be restored. Thank you for your patience while we fix this situation. We use Blogger for our own blogs, so we’ve also felt your pain.

Friday, May 13, 2011

We’ve started restoring the posts that were temporarily removed and expect Blogger to be back to normal soon.

Posted by at 06:07 PDT

To get Blogger back to normal, all posts since 7:37am PDT on Weds, 5/11 have been temporarily removed. We expect everything to be back to normal soon. Sorry for the delay.

Posted by at 04:25 PDT
Monday, May 09, 2011

Blogger will go into read-only mode Wednesday (5/11) 10:00PM PST for about an hour for maintenance.

Posted by at 21:17 PDT
www.tips-fb.com

14 May, 2011

Penyanyi Korea paling ‘Top’

Kita Beralih Angin Kekorea Lak Ye , hehhe jom baca ..
SERAMAI 388 selebriti dan wakil hiburan diundi dalam sebuah portal berita hiburan rasmi untuk menentukan penyanyi terbaik Korea. Selepas undian dikira, tempat pertama dimiliki Cho Yong Pil dengan 58 undian (15.2 peratus). Walaupun berusia lebih 60 tahun, persembahan penyanyi itu masih bertenaga seperti dulu.
Cho Yong Pil Tempat Pertama
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

11 May, 2011

Salleh Yaacob Nak Tambah cawangan Lagi, semua isteri izinkan saya lengkapkan kuota

Apa Komen Korang, Bahagianya Slleh Yaacob kan ada yang nak ikut jejak ke? kena tengok cara dia lah, macamana cara dia bahagiakan keluarganya.

SIAPA tidak kenal Salih Yaacob. Bukan saja popular sebagai penyampai radio, pelawak, pelakon dan penyanyi tetapi juga kerana kisah poligami amannya. Pada usia 50 tahun, suami tiga wanita bertuah dan bapa kepada 11 zuriat ini masih kuat daya tarikannya.

Celoteh spontan serta jenakanya ketika mengendalikan segmen Sinar Pagi di radio Sinar FM mencuit hati pendengar, malah ramai jatuh cinta dengan caranya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

10 May, 2011

Rumah tangga berantakan aktor Uchino Masaaki dan isterinya, aktres Ichiro Maki kini dalam proses perceraian.

Cerita Selingan Orang Kata, hehehe asyik tengok orang Malaysia saja jom kita tengok kisah orang Japan pulak . Uchino kenal tak? jom tengok gambar dia... orang jepun..
SEBUAH akhbar Jepun melaporkan, aktor Uchino Masaaki dan isterinya, aktres Ichiro Maki kini dalam proses perceraian.Antara sebab perceraian itu dikatakan berpunca daripada Uchino yang terlalu mementingkan kerja berbanding keluarga walaupun selepas mempunyai anak.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

09 May, 2011

Kerjaya jadi ibadah jika dilakukan ikut garis ditetapkan Islam

Saranan Baginda Nabi Muhammad SAW supaya pekerja dibayar upah sebelum kering peluhnya menunjukkan bagaimana Islam sangat mengambil berat persoalan ini. Lebih daripada itu, niat ikhlas ketika bekerja boleh diterjemahkan dengan tidak curi tulang atau melakukan kerja sambil lewa.

Malah ada juga yang bersungguh-sungguh bekerja ketika di depan bos lalu dianggap seorang yang berdedikasi tetapi berubah menjadi munafik apabila di belakangnya. Amalan buruk sebegini dikhuatiri memberi kesan kepada keberkatan gaji diperoleh sekalipun banyak tetapi masih tidak mencukupi.

Memilih pekerjaan yang dibenarkan syariat adalah antara syarat utama sesuatu pekerjaan dinilai ibadah. Aktiviti tidak sihat dan dilarang agama mengundang kemurkaan Allah, jadi bagaimana ia boleh diterima sebagai ibadah.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

08 May, 2011

Selamat Hari Ibu Buat Semua Insan Yang Bergelar Ibu

Ibuuu, Ibuuu,Ibuuu Kau Lah Ratu Hati Ku, Ayah dan ibu Itulah permulaan kami, Dapatlah melihat bulan dan Matahari, Yang dikurniakan dari Ilahi, Ayah dan ibu lah Mesti dihormati.


Ayah dan ibu, Wali dan juga keramat, Pada mereka kita beri hormat, Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Supaya hidup, Supaya hidup kita akan selamat. Ibu KauLah Malaikat Kiriman Dari Allah Untuk Kami.

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu, juga yang bakal menjadi ibu.
Doa Kami Semoga semua ibu-ibu berbahagia hari ini, semoga ibu-ibu semua di berkati Allah , Di Murahi Rezeki , Di Berikan kesihatan yang baik, Semoga Allah Memudahkan semua urusan ibu-ibu kami ,Ya Allah Jauhkan segala bahaya, segala niat jahat, segala pebuatan yang kufur keatas ibu-ibu kami , Selamatkan Ibu-ibu kami dari fitnah keji yang memudaratkan ibu-ibu kami , Ya Allah Ya Tuhan terimalah permohonan kami ini, berkati lah ibu-ibu kami, Ampunilah dosa-dosa ibu-ibu kami,Ya Allah Terimalah Ibadah Ibu-ibu Kami, Aminnn.

Tazkirah Di Hari ibu .....

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

peguam bekas isterinya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya untuk memberhentikan tuntutan harta bernilai RM1.38 juta, “Saya bersyukur kepada Allah,” kata penyanyi, Nash

Ahamduliillah.. Lega Nash, Bukan senang nak bayar banyak wooo RM1.38 Juta...untuk org2 kaya,org2 ada duit tu ok, klau org macam saya sampai mati pun tak berbayar la jawabnya. nampaknya kes nash diselesai dengan cara yang baik.
dan Nash minta sedekahkan Alfatihah untuk bekas isteri beliau.. Al-Fatihah, Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama-sama orang2 Soleh dan yang beriman.
SHAH ALAM: “Saya bersyukur kepada Allah,” kata penyanyi, Nash selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan peguam bekas isterinya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya untuk memberhentikan tuntutan harta bernilai RM1.38 juta, semalam.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

07 May, 2011

3 tip Adi Putra pintar Matematik

Syoknya kalau anak kita sebijak Adi Putra ni ye...

KUALA LUMPUR: “Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam Matematik Islam, tiga tip perlu diamalkan iaitu jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan bermain alat permainan video,” kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.
LANCAR...Adi Putra (tengah) ketika pelancaran bukunya, Seni Matematik Islam.

Dia yang memberikan tip berkenaan pada majlis pelancaran buku sulungnya, Seni Matematik Islam di sini, semalam, berkata petua berkenaan perlu diamalkan kerana banyak sebab dapat dilihat berlaku daripada menggunakan perkara di atas.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

06 May, 2011

Kenapa Blog Dia Orang Rating Tinggi

As Salam, dok diam2 terbaca ada blog yang rating orang yang masuk tu tinggi, Macammana depa buat tu, alahai teringin nak jadi macam blog dia orang, sehari ratus2, ribu2 trafiq up blog dia orang tu.

ni macam kisah dari hati kehati je la, tak bermadsud nak kata sapa pun, perli ke , hina ke, takde ye, just cerita-cerita je ye, kalau ada yang terasa minta maaf minta ampun ye.

kata seorang kawan tu, kalau web porno sehari juta2 orang masuk, ye ke? Masyaallah ... Alamak ramai orang suka tengok porno ke? ramai orang suka tengok cerita seks tu ke? cerita hal dalam kain selimut orang plak tukan, lebih2 kalau cerita maria ozawa aka miyami tu katanya. ikut cerita yang dibacalah tu la kan , dia kata kalau kat indon ada gambar yang di pakaikan tudung minah tu, sebabnya minah tu dah kena sound dengan Ulama kat sana,sebabnya lagi ulama kat sana pun tak suka dia berlakon filem indon.

tak tergamaklah pulak nak buat blog camtu,lagi pun bukan resmi kitakan nak buat kisah2 yang camtu gitu-gitukan. biarlah dia orang yang buat, dia orang tu apa nak kisah sangat pasal halal ke, haram ke,janji duit masuk poket dia orang je, sebab tu lah sekarang ni macam=macam jadi, sebab dia orang buat tak kisah dengan benda yang sepatutnya diharamkan tu.

tu yang menghairankan tu napa dia orang suka, golongan umur yang mana yang sukakan tu?, orang dewasa ke? orang pertengahan ke? orang tua-tua ke? atau golongan remaja yang buat trafiq dia orang up tinggi tu? musykil btui kan, tapi bukan orang malaysia kut yang masuk sana tu.. sebab kita in Global , mungkin orang luar-luar sana kut,luar dunia .

sebab web-web porno tu ke yang mengundangkan banyak masalah sosial hari ni ?
mungkin kalau golongan remaja atau pertengah tu ya jugakan.

tak juga untuk kaki rogol sebab bila tertengok berita kat Tv atau kat paper kebanyakkannya orang-orang tu hanya orang biasa-biasa yang jauh dan kurang dengan internet.

Apa-apa pun terletak kat diri sendiri la, pisau dan mentimun dalam tangan sendiri, kita sendiri yang akan corak filem wayang diri kita, samada kita nak kain layar kita tu putih bersih atau kita nak letak dot dot kata orang atau titik-titik hitam.

dunia pun dah akhir zaman,bumi dah reput pun gempa sana sini, dah tunjuk bukti hampir dengan kiamat, lagi pun kita ada penghidupan abadi lepas kehidupan di dunia ni, mesti nak tambah lagi kita nyer bekal yang nak dibawa tu, biarlah bekal tu berkat dan terbaik.

insyaalah, sama-samalah kita corakkan dengan yang terbaik untuk diri kita dan masa depan kita, serta keturunan anak cucu cicit kita nanti, wallahhualam.
www.tips-fb.com

pertama kali di Malaysia kewujudan ruang khas pelindung bayi (baby hatch)

Kini Di Tempat kita dah wujud tabung bayi... jom baca lagi artikel ni ye...
PELINDUNG BAYI...turut menunjukkan arahan di sebelahnya bagi memudahkan bayi diletakkan di situ.

KETIKA baru diperkenalkan pertama kali di Malaysia pada 2010, ada yang menganggap kewujudan ruang khas pelindung bayi (baby hatch) akan menggalakkan lagi masalah pembuangan anak luar nikah khususnya pasangan remaja yang belum berkahwin.
TUNJUK...Ida menunjukkan bayi yang diletakkan ke dalam pelindung bayi sebelum diambil penjaga pusat berkenaan.
SELAMAT...CCTV turut diletakkan di dalam bilik pelindung bayi.

Namun, apabila difikirkan dengan akal yang waras pasti ramai tidak sanggup melihat atau mendengar banyak kes yang disiarkan media membabitkan bayi dibuang tidak kira tempat semata-mata hanya mahu mengelak rasa bersalah dan malu yang perlu ditanggung selepas terlanjur bersama pasangan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

05 May, 2011

Tiga kanak-kanak itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di hutan lipur KUALA PILAH

Takziah Buat keluarga adek-adek ni, Semoga dia orang selamat, walau pasukan penyelamat masih lagi mencari-cari. Bukan Laut je yang ada Tsunami, Sungai Air Terjun pun ada Tsunami juga kalau time hujan lebat, hati-hatilah time ujan tak payah p berkelah-kelah, dok ja dalam rumah.
Ibu Anak-anak Malang Tersebut
KUALA PILAH: “Saya tersentak apabila melihat ‘kepala air’ mengalir deras bersama sesuatu objek yang kelihatan seperti manusia. Apabila diamati saya dapati ia seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa bersama dua kanak-kanak terkapai-kapai meminta pertolongan,” kata Turiman Bostam, 40, saksi kejadian lemas mengorbankan tiga beradik perempuan di Hutan Lipur Ulu Bendol di sini, semalam
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

04 May, 2011

siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, maut ditikam Kekasih tua

Cari Pasal Btui La, Orang tak nak pun di bunuh, nak tunjuk dianya adengan kejam la tu, tak pasai-pasai lepas ni dia lak yang kena bunuh.
Al Fatihah... semoga rohnya aman disana dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman.
ALOR SETAR: Akibat menolak lamaran untuk berkahwin, seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, maut ditikam teman lelakinya dalam tragedi berdarah di sebuah rumah di Taman Mahkota, di sini, malam kelmarin
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain Akan Kahwin BUlan Julai

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berteka-teki, pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, akhirnya membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini.
Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Nurul ialah Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas, di sini. Pegawai bank bertubuh tinggi itu berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu. Nurul yang kini menetap di Kuala Selangor berkata, dia berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan tidak lama lagi.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

03 May, 2011

melayari Internet tanpa had dengan caj kurang daripada RM1 sehari

Ada sesape guna ni ke? nak tanya pengalaman skit, bagus tak? kalau bagus boleh kita pakat2 guna kan kan... he he
Pengguna telefon pintar dan data kini boleh melayari Internet tanpa had dengan caj kurang daripada RM1 sehari menggunakan produk terbaru keluaran U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Internet mudah alih tanpa had (UMI).
UMI menawarkan sambungan tetap Internet mudah alih untuk pelanggannya dengan harga yang mampu dimiliki iaitu RM28 sebulan berserta 100 minit masa panggilan percuma ke seluruh negara dan 30 khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee berkata, pengguna Internet kini boleh mengakses laman sosial, email dan melayari Internet atau aktiviti dalam talian lain dengan kadar rendah dan berpatutan.
Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati