Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

16 May, 2011

Diana Danielle Danny Beeson Kutip ilmu di New York

 Jom Kita Baca Kisah Diana Ni, Yang Cute Comel Lote.....
LAMA tidak mendengar khabar berita atau perkembangan seni membabitkan artis jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 19.
ANGGUN...Diana tampil single terbaru Tak Pernah Ada.
Kali terakhir, heboh diperkatakan mengenai penyakit ketumbuhan dihidapi selain hubungan cinta bersama pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil yang dikatakan sudah putus kemudian disambung semula.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Misteri ‘kehilangan’ anak kelahiran Texas, Amerika Syarikat ini tiada kaitan dengan isu yang digembar-gemburkan sebaliknya Diana atau lebih mesra disapa D, baru saja pulang mengikuti kursus lakonan di Akademi Filem di New York, 6 Mei lalu.
WAJAH PRODUK...Diana bersama hadirin lain
Gadis berdarah kacukan Amerika-Melayu yang sudah membintangi puluhan drama dan filem ini tetap berasakan betapa perlu mendalami ilmu lakonan memandangkan masih menganggap dirinya masih baru dalam dunia seni.

Katanya, pengalaman berguru di akademi berkenaan bersama mereka yang pakar dan sering bekerjasama dengan pelakon popular Hollywood disifatkan saat bermakna buatnya biarpun menyertai kursus dalam tempoh singkat.

“Sebelum ini, saya hanya membaca skrip dan membuat andaian sendiri. Selepas mengikuti kelas lakonan ini, saya mengetahui banyak perkara termasuk ketika peringkat awal membaca skrip.

“Menerusi skrip berkenaan, seorang pelakon juga dapat melakukan pelbagai pecahan dan adaptasi tersendiri.

“Walaupun kursus berkenaan tertumpu kepada pembelajaran dengan kaedah praktikal, ia ternyata memberi manfaat apatah lagi dalam kelas yang hanya mempunyai tiga orang pelajar dan tenaga pengajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya. Saya percaya ia bekalan terbaik untuk mengasah bakat lakonan pada masa depan,” katanya.

Pelakon filem ...Dalam Botol ini yang mengetahui mengenai kursus berkenaan daripada rakan menjangkakan akan terus menjalani kursus lakonan tidak kira di dalam atau luar negara jika berpeluang.

Apapun, D masih mempunyai impian yang tertangguh. Katanya, dia ingin menerbitkan single pertama di bawah satu syarikat rakaman yang benar-benar komited dan ia akhirnya tercapai dengan kesudian Sony Music.

Diana mempertaruhkan lagu Tak Pernah Ada sebagai single pertamanya.

“Syukur, saya dapat menerbitkan single pertama di bawah Sony. Sebelum ini, saya berdepan masalah untuk tampil bersama single kerana tidak mempunyai syarikat rakaman yang benar-benar komited untuk membantu merealisasikan impian ini.

“Jika tiada aral, single ini akan mula diedarkan ke stesen radio hujung bulan ini.

“Lagu yang berentak akustik rock ini berkisar mengenai cinta yang tidak pernah ada. Lagu ini ditulis bukan berkisar pada saya sebaliknya berdasarkan pengalaman seorang rakan,” kata Diana yang menulis lirik lagu manakala susunan muzik oleh Omar K.

Bakat nyanyian Diana sememangnya mendapat perhatian ramai. Begitupun, dia tidak merancang untuk tampil bersama album penuh sebaliknya lebih selesa menyanyi lagu single. Apatah lagi minat dan fokusnya masih terarah kepada bidang lakonan.

Mengenai kenyataannya di laman sosial, Twiter miliknya awal bulan lalu bahawa dia kembali berhubung bersama kekasih hatinya, Farid Kamil, Diana enggan mengulas lanjut. Walaupun tersenyum dengan kenyataan itu, sekali lagi dia menolak untuk memberi kenyataan memadam status berkenaan.

Mengenai kesan penyakit yang dialami pula, Diana yang ditemui pada majlis sidang media Sunsilk dan Pertunjukan Fesyen Moda di The Gardens, Jumaat lalu, memanjatkan kesyukuran kerana penyakit yang dialami sudah pulih.

“Saya mula rasa sakit sekitar Ogos hingga September tahun lalu. Kemudian menjalani rawatan pada November sebelum pulih Mac lalu.

“Pada awalnya, saya langsung tidak tahu mengenai penyakit ini. Selepas dimaklumkan mengalami penyakit sis (ketumbuhan dalam rahim) yang dihadapi kebanyakan wanita, perasaan takut mula berkurangan.

“Selepas mendapat rawatan, doktor memaklumkan penyakit saya berada pada tahap serius. Begitupun, kerana takut menjalani pembedahan saya mendapatkan rawatan tradisional Cina. Alhamdulillah, kesihatan bertambah pulih,” kata Diana yang kelihatan anggun menggayakan busana merah jambu rekaan Alvin Tay pada majlis itu.

Selain dilantik sebagai wajah kempen Kesempurnaan Sunsilk, Diana turut memperagakan pakaian pada pertunjukan fesyen dan gaya rambut yang berlangsung di tempat sama pada sebelah malamnya. Diana mengakui betapa dia berasa ‘kerdil’ apabila dikelilingi barisan model profesional pada pertunjukan yang julung kali diadakan itu.
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati