MuliaNya Sahabat Ku
Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal . Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih
."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Saya Suka Nasya ... Masih Cantik , Manis, Comel Lote, walau pun agak berumur skit kan... Orang nya SETIAP kali diajak berbicara soal cinta dan rumah tangga, model dan pelakon terkenal Nasha Aziz nampaknya masih belum bersedia untuk berkongsi isu serius seperti itu. Malah, dia akan beralih ke topik lain untuk mengelak dari bercerita lebih lanjut. Nampaknya, Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abd Aziz, masih lagi bermain berteka-teki sejauh manakah hubungannya dengan kekasih hati, Nur Iman Tang Abdullah yang heboh diperkatakan orang ketika ini? Ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya pelakon cantik ini masih berahsia? Justeru, pada majlis sidang media sempena Festival Filem Malaysia ke- 23 (FFM23) yang berlangsung di butik Rafflesia The Pearl Centre, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, Nasha dengan gaun petang menawan berona cili rekaan DNL, terus dikerumuni pihak media. Soalan yang sama juga ditanya bila Nasha dan Iman akan mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan?. Seperti biasa jawapannya masih lagi bersifat 'selamat' dan masih mengundang persoalan di hati pihak media. Namun, Nasha akui wanita yang hampir usia 40 tahun sepertinya sudah pasti ingin hidup bahagia dan membina keluarga seperti wanita lain. "Sebagai wanita siapalah saya untuk menjawab soalan bilakah kami akan berkahwin? Kenapa anda tidak bertanya soalan itu pada dia (Iman)? Saya percaya dia lebih sesuai untuk menjawab soalan itu kerana dia lelaki. "Apapun, setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan itu saja yang saya boleh beritahu. Insya-Allah, saya akan kahwin juga kalau umur saya panjang dan Allah beri rezeki kepada saya," katanya. Secara peribadi, Nasha berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti. Dia sedar itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi artis, "Bila sampai masanya nanti...saya akan berkongsi berita baik itu dengan anda semua, pihak media mahupun peminat kelak," katanya. Pada petang itu juga, Nasha memberitahu, hasratnya dan Iman untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah bersama-sama dengan rakan lain selama dua minggu, bermula 10 Mei lalu, nampaknya tidak menjadi kenyataan seperti yang diberitahu kepada pihak media sebelum ini. "Terus-terang, saya tidak boleh memaksa dia (Iman) untuk ke sana kerana seperti yang kita tahu dia saudara baru. Biarlah dia ke sana dengan kerelaan hatinya dan dengan niat yang ikhlas. "Bagaimanapun, saya merancang untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah sekali lagi pada tahun depan," katanya. Ditanya adakah dia dan Iman tidak kisah berjauhan apabila dia menjayakan pertunjukan fesyen di luar negara, Nasha berkata, dia sanggup berkorban meninggalkan kerjaya peragaan jika calon suaminya memintanya untuk berbuat demikian. "Saya percaya semua wanita akan membuat pengorbanan yang sama jika itu yang diminta suami masing-masing. Tapi, buat masa ini saya masih belum berkahwin dan biarlah saya fokus pada bidang peragaan diceburi terlebih dulu," ujarnya. Mengenai perkembangan karier seni pula, Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-14 dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM17 ini baru selesai penggambaran drama Dendam Maya arahan Bade Azmi. "Saya ini berehat seketika dari aktiviti lakonan kerana ingin memberi tumpuan pada bidang peragaan. Saya juga lebih selektif dan hanya mencari skrip yang bagus selepas ini. "Apapun, saya bertuah kerana diberi peluang pengarah untuk memilih watak yang saya suka sekarang. Contohnya, watak dalam drama Dendam Maya, saya bawa watak wanita yang tertekan dan psiko," katanya. Baru kembali dari Shanghai AKUI Nasha, sampai masanya dia beri tumpuan sepenuhnya pada karier peragaan yang cukup sebati dengan dirinya sejak dulu. "Saya tidak melihat diri sudah terlambat untuk meneruskan bidang peragaan kerana masih mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak di luar sana. "Memang saya yang paling berusia dalam bidang ini kerana model berusia 20-an dan yang paling tua pun baru 30 dan 32 tahun di pentas peragaan sekarang. "Saya akan teruskan bidang ini selagi masih diperlukan. Saya juga tidak berasa dipinggirkan kerana model yang jauh lebih muda ramai yang meminta tip peragaan dari saya mengenai bidang ini," katanya. Nasha berkata, dia baru kembali menjayakan pertunjukan fesyen di Shanghai, China pada Jun lalu. "Saya juga menurunkan berat badan kepada 50 kilogram dengan ketinggian 173 sm semata-mata untuk memenuhi tuntutan bidang peragaan ini. Kalau di pentas lakonan saya tidak boleh nampak terlalu kurus sangat dan ia berbeza dengan bidang fesyen. "Seperti mana yang kita tahu kalau di lokasi penggambaran, berat badan saya memang cepat naik kerana kami makan tiga kali sehari. "Terbaru, saya akan menjayakan dua pertunjukan fesyen anjuran MIFA dan 1Malaysia nanti. "Saya juga akan menggayakan rekaan pereka Syaiful Baharim dan Kavita Sidhu (pelakon Layar Lara) pada acara itu nanti," katanya. >PROFIL NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur TARIKH LAHIR: 14 Mei 1971 STATUS: Bujang KERJAYA: Model dan pelakon ANTARA DRAMA: Duit Free, Drama Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta, Diari Datin dan Kasih Tercipta TEATER: Lantai T Pinkie FILEM: Sepi, Otai, Puaka Tebing Biru, Buli Balik, Kemarau Cinta, Tak Ori Tapi Ok, Cinta Luar Biasa, Buli, Trauma, Laila Isabella, Gerak Khas The Movie, Bara, Burung Besi, Puteri Impian, Kad Cinta PENCAPAIAN: Festival Filem Malaysia ke-17 (2004): Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-14: Bintang Harapan Wanita Terbaik (1999)
Semoga Lebih ramai OKU akan berdaya maju lepas ni,....... istimewa dan berjaya .. insyaallah KUALA LUMPUR: “Anugerah ini menjadi motivasi kepada diri dan golongan orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan usaha mencapai kemajuan dalam diri seterusnya menggenggam kejayaan.gambar hanya hiasan saja ..
“Walaupun mempunyai kekurangan, ia bukan batu penghalang kepada sebuah kejayaan malah menjadi inspirasi untuk berusaha tanpa mengenal putus asa dengan berbakti kepada golongan senasib,” kata penerima Anugerah Khas OKU Cemerlang, Aqlam Jafri, 41, sempena Program Jalinan Mesra Aidilfitri Bersama OKU dan Saudara Muslim di pekarangan masjid Negara, di sini, semalam. Majlis yang meraikan 2,400 OKU dan saudara baru dirasmi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim. Hadir sama, Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali. Aqlam berkata, dia akan terus mencurah ilmu kepada golongan senasib untuk lebih berjaya dalam hidup selain memberi ilmu agama kepada mereka. Katanya, walaupun pekak dia tidak pernah menyesal dengan apa yang dianugerahkan malah menjadikannya sebagai hikmah untuk berjaya seperti insan normal. “Saya mahu berbakti kepada golongan kurang bernasib baik dengan memberi ilmu kepada mereka dan berharap akan muncul beberapa tokoh agama OKU cemerlang masa depan. “Anugerah itu juga menunjukkan OKU tidak disisih masyarakat yang terbuka memberi pelbagai peluang untuk berjaya termasuk pekerjaan dan pendidikan,” katanya yang berasal dari Johor serta pemegang Ijazah Sarjana Muda Sistem Informasi Komputer Universiti Gallauder, Amerika Syarikat. Dia merancang untuk menubuhkan Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia bagi memberi motivasi dan galakkan kepada golongan senasib untuk berjaya selain memperoleh bantuan. Penerima Anugerah OKU Cemerlang, Mohammad Zaki Mohamed Yusoff, 29, bersyukur dan akan menjadikannya sebagai dorongan kepada kejayaan masa depan. “Dorongan keluarga dan semua pihak menguat semangat untuk mencapai cita-cita selain mahu membantu OKU lain mencapai kejayaan. “OKU kini terbela kerana banyak sekolah dan pusat pengajian ditubuhkan serta berasa bertuah berpeluang seperti orang normal,” katanya yang juga Ketua Masjid Gombak.
KUALA LUMPUR: Biarpun kedua-duanya menafikan bercinta, namun Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dengan penyampai berita Bernama TV, Zulkifli Bujang, 32, boleh dianggap ‘teman tapi mesra’ kerana hadir bersama ke rumah terbuka seorang rakan wartawan di Bandar Tasik Puteri, Rawang, semalam. Kisah mereka dipaparkan Metro Ahad semalam, mereka seolah-olah tidak mempedulikannya dan keakraban kedua-duanya terserlah apabila Erni atau lebih mesra dengan panggilan Rita berbual dengan Zul di rumah terbuka berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak keduanya tidak bercinta. Anak sulung pengasas empayar produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) itu kelihatan manis berbaju kebaya hitam dan kehadirannya bersama Zul yang memakai kemeja biru menjadi tumpuan ramai yang hadir di rumah terbuka berkenaan. Ketika ditanya tentang sejauh mana kemesraan mereka berdua, Zul bekas wartawan jenayah di sebuah stesen televisyen berkata, dia meminta diberi sedikit ruang untuk mereka berdua. “Buat ketika ini, biarlah Rita menumpukan perhatian kepada kes ibunya. Belum masanya untuk berbincang tentang hubungan kami ke tahap yang serius. Insya-Allah, jika ada jodoh tidak ke mana,” katanya mengelak gambar mereka diambil bagi mengurangkan kontroversi. Rita yang ditanya hanya tersenyum manja enggan mengulas sejauh mana kemesraannya dengan Zul yang turut menjadi perhatian tetamu di majlis itu. Kedua-dua mereka menghabiskan masa sejam sebelum pulang menaiki kereta Mercedes Benz yang turut mempunyai pemandu peribadi. Metro Ahad semalam melaporkan mengenai Rita dan Zul yang dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta. Malah, Rita juga sering dilihat bersama Zul iaitu ketika ke pejabat Nouvelles Visages (NV) di Kampung Baru serta kediamannya di Taman Harmonis, Gombak. berita dari metroonline
HEBATNYA PERKAHWINAN Dr SHEIKH MUSZAPHAR DENGAN DR HARLINA KAN... BETUL- BETUL HEBAT , TARIKH PUN HEBAT.. TARIKH KERAMAT... 10 / 10/ 2010 . PUTRAJAYA: “Saya bersyukur dan gembira kerana majlis (pernikahan) berjalan lancar, malah bertambah ceria dengan kehadiran ribuan rakyat Malaysia.CERIA...Dr Sheikh Muszaphar menyarungkan cincin ke jari Dr Halina pada majlis pernikahan mereka, semalam.
“Apa yang pasti, walaupun sudah berkahwin, saya tetap Dr Sheikh Muszaphar yang sama dan akan terus mencurahkan bakti kepada negara dan terus memberikan ceramah kepada pelajar,” kata angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selepas diijab kabul dengan Dr Halina Mohd Yunos, semalam. Pasangan dua sejoli, masing-masing berusia 38 dan 30 tahun yang berpakaian sedondon putih itu diijbabkabulkan bapa Dr Halina, Leftenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali sambil disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, kira-kira jam 11.40 pagi. Sebelum itu, Dr Sheikh Muszaphar tiba di masjid kira-kira jam 11 pagi, bersama sembilan dulang hantaran, manakala Dr Halina tiba 10 minit kemudian dengan membawa 11 dulang. Majlis pernikahan yang dihadiri lebih 1,000 tetamu itu turut diserikan kehadiran beberapa angkasawan luar negara kebetulan berada di negara ini sempena Kongres Planetari Association of Space Explorers (ASE) Ke-10 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sejak beberapa hari lalu. Sambil memegang erat suaminya, Dr Halina berkata, beliau berharap rakyat Malaysia mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga mereka agar kekal sehingga ke akhir hayat. Menurutnya, beliau juga gembira dan berterima kasih kepada mereka yang hadir termasuk mereka yang banyak menyokong suaminya selama ini. Majlis lebih sejam itu turut dihadiri ibu Dr Halina, Habibah Endan serta ibu bapa Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor dan Datin Zuraida Datuk Sheikh Ahmad. Tarikh 10 Oktober tahun ini menjadi pilihan pasangan berkenaan sempena ulang tahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas selepas bertunang pada awal tahun lalu. berita dari metroonline DI BAWAH NI ADA SEDIKIT GAMBAR-GAMBAR MEREKA BERDUA... BAGAI PINANG DI BELAH DUA ... SAMA CANTIK SAMA PADAN .. SESUAI SANGAT-SANGAT
Angin kencang di utara dijangka berterusan sehingga esok KUALA LUMPUR: Angin kencang barat/barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Perlis, Langkawi, Kedah Utara dan Phuket (Thailand) dijangka berterusan sehingga esok. Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. Aktiviti ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat; dan daerah Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak pula dijangka berterusan sehingga petang ini. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kilometer sejam serta laut bergelora dengan ombak setinggi 2.5 meter, dan ia berbahaya kepada bot-bot kecil.-Bernama
Nelayan Pun Kena Hati2 walaupun laut luas terbentang ingat kita ada perbatasanya. TAWAU: Nelayan di sini diminta menggunakan peralatan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) ketika keluar menangkap ikan bagi mengelak tersasar masuk ke perairan negara jiran. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, peralatan itu amat penting untuk membantu nelayan memastikan mereka sentiasa berada di perairan negara ini sepanjang mereka berada di laut. "Kita nasihatkan nelayan di kawasan sini supaya sentiasa berada di kawasan (perairan) kita. Pastikan mereka tidak masuk ke perairan negara jiran dan mengelak dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas mengenai penahanan lima bot nelayan Tawau di negara jiran baru-baru ini. Noor Rashid berkata, pihak berkuasa Indonesia akan mengambil tindakan jika berlaku pelanggaran undang-undang di kawasan perairan mereka seperti juga yang akan dilakukan pihak berkuasa Malaysia sekiranya perkara sama berlaku di negara ini. "Macam kita jugalah, jika mereka (nelayan) masuk ke kawasan kita, kita akan ambil tindakan mengikut saluran undang-undang," katanya.-Bernama Berita dari Metro online
Ini cerita pasal facebook , suka sangat nak buka facebook orang lain , kan dah kena... sapa suh jadi penceroboh...tul tak ? Dia kena letak tanda tanda macam ni kut kan.... hehehe LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46. Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah. Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan. “Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk. Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi. Dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya mengenai kejadian menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui insiden terbabit daripada pihak lain. “Pihak sekolah sepatutnya beritahu saya mengenai kejadian itu. “Malah, lebih mengejutkan, ketika saya menemui pihak sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu, mereka mengatakan tidak tahu kejadian menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Hazizi berkata, dia diberitahu anaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik dihantar warden asrama ke Klinik Kesihatan Lenggong dan ditinggalkan di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar. “Menyedihkan, tiada seorang wakil sekolah mengiringi anak saya sepanjang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar. “Saya tak mahu membesarkan perkara ini, tapi sikap pihak sekolah yang lepas tangan sangat dikesali dan tidak mahu ia berulang,” katanya. Menurutnya, Aiman antara pelajar cemerlang di sekolah itu, tetapi kejadian yang menimpanya akan menjejaskan persediaannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Justeru, saya berharap pihak sekolah memandang serius perkara seperti ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lenggong.
mai kita baca kisah ni, pada pandangan korang napa adek jadi camni ye, mungkin dia kena buatan orang, permainan orang, atau ada yang hantar makluk halus ganggu dia ke... apa rasa korang ye... sekarang ni ramai sangat yg suka main benda2 halus ni.. BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat. Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya. Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya. Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja. Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal. Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh. “Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya. Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang. “Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya. Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen. “Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal. Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya. “Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan. “Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya. “Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya. Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang. “Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya. Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen. “Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal. Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya. “Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan. “Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya. Berita dari Metro ONline
kali Ni Kita Baca Pasal Aritkel Guru Ni Ye... DUNIA pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia. Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.Cikgu yang Mana Budak budak Suka Ye.... yang Comel Ke Atau Yang Sopan Peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus kepada pembinaan sahsiah pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengatakan, ‘guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.’ (Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000 ). Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras seseorang guru itu membentuk jati diri anak muridnya dengan keluhuran budi pekerti yang tinggi dan terpuji. Sebenarnya, teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’. Malah, seseorang guru sepatutnya memahami dan menghayati sedalam-dalamnya tafsiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. FPK antara lain menyatakan, ‘Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Jika diteliti secara mendalam inti pati FPK itu, memang sudah lengkap dan tepat dalam usaha membina generasi warganegara yang seimbang dan mampu menjana keperkasaan tamadun bangsa serta negara. Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman yang juga Presiden Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) menggariskan beberapa peranan yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang guru dalam merealisasikan FPK itu. Antaranya ialah guru bertindak sebagai pendakwah. Ini bermaksud guru bukan saja memainkan peranan sebagai pengajar, tetapi seharusnya mendidik anak didiknya dengan nilai akhlak mulia. Guru juga pendidik yang mendidik anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Menurut beliau lagi, seseorang guru adalah pemimpin. Ertinya memimpin dan memandu pelajar menjalankan sesuatu tugasan dengan betul dan berkesan. Seterusnya guru adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membina anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK. Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Contohnya, bagaimana seseorang guru itu berupaya menarik perhatian pelajar agar sentiasa menerapkan disiplin diri yang unggul dan mematuhi ajaran agama. Selain itu, seseorang guru juga mesti bersikap profesional dalam bekerja dengan menunjuk contoh yang baik dan memiliki sahsiah diri yang terpuji. Ini penting kerana guru akan menjadi perhatian pelajar dan akan diikuti. Jangan pula seperti ‘ketam mengajar anaknya berjalan betul.’ Selain itu, menurut Dr Abdullah Sudin, seseorang guru mesti menjadi seorang pengikut yang baik. Ini bermaksud guru itu seharusnya taat dan mematuhi arahan ketua dalam melaksanakan sebarang tugasan dengan bersedia berkorban masa dan tenaga semaksimum boleh. Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pejuang. Apakah maksud pejuang di sini? Tentulah perjuangan dalam menyempurnakan amanah negara dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa dengan semangat waja dan tanpa putus asa. Seseorang pejuang sudah tentu tidak boleh berputus asa apabila berhadapan dengan kesulitan. Begitulah dengan guru. Apapun cabaran dan kekangannya, tugas dan amanah mesti diteruskan dengan efektif. Pejuang juga mesti ikhlas dalam perjuangannya. Demikianlah juga dengan guru, mereka seharusnya ikhlas dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa. Kata Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, ‘ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi manfaat yang terbaik untuk anak muridnya dan berusaha kuat menghantarkan mereka pada ketinggian darjat orang yang berilmu.’ Al Imam Al Ghazali pula ada mengatakan: ‘Guru perlu menanamkan niat mereka mengajar demi menyelamatkan anak muridnya daripada kesengsaraan di akhirat kelak.’ Hakikatnya seseorang guru sewajarnya mesti sedar dan insaf bahawa di bahu mereka terletaknya amanah Allah dan harapan negara dalam http://www.blogger.com/img/blank.gifmembina generasi insan yang berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia serta bersahsiah ‘towering personality.’ Ingatlah pendidik akan pesanan yang pernah diluahkan oleh Beecher, ‘kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan membhttp://www.blogger.com/img/blank.giferi kesan kepadanya.’ Demikian juga guru seharusnya menghayati kata-kata daripada Mann Horace ini, ‘seseorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan serta semangat belajar dalam kalangan muridnya seperti orang yang menempa besi yang dingin.’ Selamat mendidik anak bangsa. >Penulis seorang guru dari Metro Online
Sedih dengan berita ni kan... susahpayah kita mengandung pastu melahirkan .... tiba tiba senang senang ja dia bunuh anak kita .. hanya dengan membiarkan anak kita tercekik susu ... dimana pengasuh masa tu ye .. leka bersembang ke ... leka dimana biarkan anak kita tercekik , bukannya kita bagi jaga free berbayar lagi bulan bulan... kawan kawan yang hantar anak ketempat tempat asuhan tu , tengok tengok sama ye .. jgn cari tempat yg agak2 boleh jadi camni .. kesian dengan keluarga ni kan... alfatihah untuk anak kecil tu.. takziah untuk ibu dan ayahnya .. bersabar lah itu ujian dari Allah... PUTRAJAYA: “Saya terkejut apabila pengasuh menghubungi kira-kira dua jam selepas menghantar anak ke pusat (asuhan) itu, memaklumkan anak saya yang berusia tiga bulan tidak sedarkan diri. Saya bergegas ke rumah pengasuh dan dimaklumkan bayi dibawa ke Hospital Putrajaya dan apa yang menyedihkan, sebaik tiba di hospital, saya diberitahu anak tidak dapat diselamatkan dipercayai tercekik susu,” kata Haney Usniza Abdul Hamid, 30, ibu Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, yang meninggal dunia, Selasa lalu. Anak bongsu tiga beradik dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak di Presint 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Mengimbau semula kejadian tidak disangka itu, Haney berkata, dia menghantar anaknya ke pusat asuhan di blok sama berhampiran rumah, sebelum ke tempat kerja, kira-kira jam 8 pagi. Menurutnya, dia ke tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada pengasuh jam 10.15 pagi memberitahu anak tidak sedarkan diri sebelum bergegas pulang. “Saya difahamkan, usaha dilakukan bagi menyelamatkan anak saya itu, tetapi tidak berjaya sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik susu,” katanya. Haney yang masih bersedih dengan kejadian itu dikunjungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, semalam. Bapa mangsa, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, dia sempat membawa anaknya itu beraya di kampung keluarga di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, bagi menemui saudara-mara. “Bapa dan ibu saya serta mentua ceria menyambut kehadiran cucu baru mereka dan tidak menyangka Syawal disambut adalah Syawal pertama dan terakhir buat Farisha,” katanya. Mohd Fairuz berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak kesayangan, dia dan isteri tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu dan menganggapnya sebagai takdir Allah. Menurutnya, dia dan isteri menghantar anak bongsu mereka ke rumah pengasuh, selepas tamat tempoh berpantang dan diberitahu pengasuh itu memiliki sijil latihan dan lesen. “Saya juga diberitahu, pusat itu juga dikunjungi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia. “Pengasuh memberitahu saya bahawa dia memiliki pengalaman empat tahun dan menjaga lima lagi kanak-kanak lain,” katanya yang mengakui pengasuh itu mengemukakan permohonan maaf berkaitan insiden itu. Apa yang penting, Mohd Fairuz berkata, dia berharap kejadian sama tidak menimpa bayi dan kanak-kanak lain yang dijaga selepas ini. Jenazah Farisha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru. Sementara itu, Muhammad Khairun berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap operasi di pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha pusat asuhan itu mematuhi Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984. berita dari metro online
Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini
Melawan Rejim Memimpin Mahasiswa
-
Hidup-Hidup Mahasiswa!!
Setiap kali tibanya musim pilihan raya umum atau negeri, diri ini mulalah
terkenang pengalaman lalu bergelar pemimpin pelajar di ...
2 months ago
Saldi JBL: sconti oltre il 40%
-
Saldi JBL Estate 2026
*Sono iniziati i saldi estivi JBL *
Scopri subito le imperdibili offerte dell'estate 2026, non lasciarti
sfuggire le offerte con sco...
2 months ago
Berbuka Rasa Balik Kampung di Klana Beach Resort – Senja Seri Warisan 2026
-
Berpeluang hadir ke previu Bufet Ramadan 2026 di Klana Beach Resort Port
Dickson, honestly rasa macam balik kampung versi mewah sikit 😄 Bertemakan*
“Se...
8 months ago
HAJI GUNA KERUSI RODA ELEKTRIK/ELECTRIC WHEELCHAIR
-
Assalammualaikum semua
Cepat sungguh masa berlalu. Baru rasanya kami berdua ke sana pada tahun
lepas.
Tak lama lagi akan tiba pula musim haji tahun 2025...
1 year ago
عين ازال للعطورات
-
يمكنك من خلال متجر عين ازال للعطورات الحصول على عطور قديمة مميزة جدا، كما
يقدم المتجر كافة العطور والماركات العالمية وفق معايير الجودة والكفاءة.
يقدم ...
5 years ago
Jasa PBN murah di Indonesia
-
Jasa PBN murah di Indonesia untuk membantu Website kamu berada di halaman
1 Google. Jangan ragu untuk hubungi kami di bagian kontak kami.
https://prchi...
5 years ago
~Bosan~
-
Hai ualllllllll
Ada lagi x yang still reading my blog???
Please say "Hi" in comment below.... hahaha syok sendiri!!!
Welcome Oktober...
2020 bakal melabu...
6 years ago
CEBU VACATION | Sehari sebelum berlepas dan Ketibaan di Cebu
-
[image: Short Travel Quote by Oscar Wilde]
Alhamdulillah.. Selesai pengembaraan kami berdua ke Cebu Island,
Philippines. Actually, tak pernah terfikir pun...
6 years ago
MS PAINT REDRAW FROM GOOGLE PICTURE
-
This is one of my drawing during a FB contest by the LC Group.I draw a lot
of pictures there.Just want to share one of it here and I also want to make
my b...
6 years ago
Jalan-jalan masa cuti sekolah
-
Masa ini ialah setelah berpenat penat pergi berjalan seharian di KL. Tengah
tunggu order sate samuri di RnR awan besar. Kisah di sini, lama amat kena
tungg...
8 years ago
Resep Membuat Puding Sagu Mutiara
-
Resep Membuat Puding Sagu Mutiara - Puding merupakan hidangan penutup yang
umumnya terbuat dari bahan yang di kukus. Puding yang manis dan segar
memang men...
8 years ago
Digital Marketing in Utica NY
-
Check out this information on digital marketing services, internet
marketing services, SEO, PPC, social media marketing all geared toward
Utica NY and the ...
10 years ago
Syukur Alhamdulillah Kencing Manis sudah Tiada
-
Extra Peria ianya dalam bentuk kapsul, mudah untuk di amalkan
Sebotol ada 40 biji kapsul
Untuk botol pertama hanya makan 2 biji pagi (selepas Breakfast),...
10 years ago
PT NCS Jasa Pengiriman Barang dan Dokumen untuk Online Shop
-
[image: PT NCS Jasa Pengiriman Barang dan Dokumen untuk Online Shop]
*PT NCS Jasa Pengiriman Barang dan Dokumen untuk Online Shop* -- Kali ini
SevenBlog aka...
10 years ago
Furious 7 (2015)
-
Play Full Furious 7 in Top QualityNow you can download full Furious 7 in
top quality with duration 140 Min and was published in 2015-04-03 with MPAA
ratin...
11 years ago
About Time (2013) Gratis megashare
-
Full Length of About Time in High Definition Format. Now you can enjoy
About Time in high quality with duration 123 Min and was released on
2013-11-08 wit...
11 years ago
Resepi Ayam Goreng ala India Selatan / South Indian Style Fried Chicken
(using the PHILIPS Air Fryer)
-
Cooking demonstration by Ms. Mary Easaw, Chief Dietitian, National Heart
Institute (IJN)
*Resepi Ayam Goreng ala India Selatan / South Indian Style Fried...
11 years ago
Untitled #2
-
I’m not ‘antisocial.’
I’m not ‘too quiet recently’.
I am trapped inside my head.
I’m not ‘moody lately.’
I’m not ‘overreacting.’
I am ill.
I’m not ‘pessimi...
11 years ago
::: Seminar Bersama Dr.Azizan Osman dan Jutawan Irfan Khairi :::
-
Aku yang bergoyang atau laptop ni yang bergoyang? Atau jin di sebelah yang
bergoyang sehingga goncangan itu mempengaruhi sel-sel otak aku untuk turut
sam...
11 years ago
Selamat Menyambut 2015
-
*Alhamdulillah.. masih diberi nafas untuk merasai tarikh 01.01.2015. Tahun
2014 terlalu banyak kenangan pahit yang datang samaada pada diri sendiri
ataupu...
11 years ago
Bagaimana Anda Dapat Membuat Memasak Lebih Mudah
-
Memasak adalah sebuah bentuk seni dan seperti banyak orang lain, mungkin
terus ditingkatkan. Dengan informasi baru, atau hanya beberapa pengingat,
adala...
11 years ago
dah lamaaaaaaaaaa tak update blog kan
-
semenjak berinstagram lupa kat blog..
kesian blog...
kita recall2 je lah..boleh?
randomly amik picture from Gallery..
i don't know what to write....
12 years ago
Fakta Makanan Para Astronot
-
Tips Lengkap 26 Posisi Bercinta Terbaik Dalam berhubungan dengan pasangan,
mungkin terkadang muncul perasaan jenuh pada diri Anda atau pasangan Anda.
Untuk...
12 years ago
Yang Kedua 2014
-
Post kedua 2014, sempena hari ibu..........
*Repost balik :*
*"**Memang kasih ibu membawa ke syurga, Selagi ibu kita ada didunia ini,
ciumlah dia, cium tan...
12 years ago
Live Streaming! Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UStream)
-
Saksikan kuliah Maghrib Penceramah Tersohor Malaysia, Al-Fadhil Ustaz Azhar
Idrus secara langsung (live) pada setiap akhir minggu setiap bulan di Surau
K...
12 years ago
PARTS PERAK
-
Sebahagian Anggota Pertubuhan Penyiar Radio Perak.
12 years ago
Bulan Muharram .
-
Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah).
Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu
A...
12 years ago
Proses kendiri Hana
-
assalamualaikum,
Sekarang bukan senang aku nak bersenang lenang lembik lembik lemah gemalai
lagi dah. Sekarang aku kena selalu get ready. Hana dah masuk 3...
12 years ago
I'm back.. :)
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
I'm back!!
Dua tahun menghilang,akhirnya kembali.. Kembali ke mana? ke blog la.. mana
lagi.. hahahaha
Mana diri Mas...
13 years ago
Antara Terbaik
-
Walaupun sudah melangkah keluar dari pintu tersebut. Dan kini melangkah
masuk ke pintu yang lain. Tetapi masih merenung pintu yang telah
ditinggalkan.
As...
13 years ago
Terciptanya Blog Baru :)
-
Assalamualaikum,
Akhirnya tercipta juga blog baru ku ini.
Dapatlah juga aku isi masa lapang dengan berblog. Hehehe ^_^
13 years ago
Ulasan Buku – Cerita Betul Facebook
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada kali ini, saya diberi kesempatan untuk meluangkan masa menulis sesuatu
di dalam blog kedai buku yang agak seder...
13 years ago
sakit yang hati
-
salam ...
moga pembaca blog sihat hendaknya
dan berbahagia bersama keluarga
sakit yang hati
2-3 menjak ni hati cepat sangat sakit
rasa baran membara
meluap...
13 years ago
6 Tips Dapat Dilakukan Berkebun pada Bajet Ketat
-
Ramai orang ke dalam berkebun tetapi orang-orang akhirnya kehilangan semua
wang mereka kerana terdapat banyak perkara untuk membeli. Bagi orang-orang
yan...
13 years ago
SkinPacks::Transform Your Window Theme!
-
Assalamualaikum kengkawan ..hari ini punya entri aku nak share sesuatu yang
mungkin menarik dan best untuk diaplikasikan kepada korang pengguna Window.
Ko...
14 years ago
KUCING FAVOURITE DI MALAYSIA
-
PARSI MAINE COON BENGAL
14 years ago
Jain Housing Group Profile
-
Jain Housing Group entered the escalated market of real estate in the year
1988 and market the
dawn of bright new era of spectacular residential apartment...
14 years ago
blog abandoned
-
new post available at:skodingblog-lensa mata
15 years ago
.:: SAHABAT ADALAH CINTA SAYA ::.
-
Assalamualaikum dear readers..
Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yg
mementingkan diri sendiri..beruntung lah anda jika anda me...
15 years ago
KekdanKopi kini Di Kuala Lumpur
-
Salam sejahtera kepada semua.. Almost 6 months rasanye tak update blog..
minta maappp, minta amppunn bebanyak.. Bukan sengaja, tapi biasalah dalam
hidup ni...
15 years ago
Can you count me in???
-
I've been awake for a while now
You've got me feelin' like a child now
'Cause every time I see your bubbly face
I get the tingles in a silly place
...
15 years ago
hari hari hari
-
update!yeee..sminggu skali je update ye minn..heehhhh..mlas bebeno na
update..hmmm...owhhh..smalam gi skola abh..ade hari kooperasi..jumpe
syakila!.gle arh...
16 years ago
25 sebab suami naik darah~~
-
1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak
walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak
tau.. bla bla bla "
2...
16 years ago
Pc Terpakai Untuk Dijual Dengan Harga Berpatutan
-
Sila Hubungi Kami Bila Anda Berkenan Untuk Membelinya :
Cepat-cepat Sementara Stok Masih Ada.
Terima Kasih. ( Klik image Untuk Besarkan )
16 years ago
Pendahuluan
-
*Blog AL-AZKAR.BLOGSPOT.COM ini pada asalnya adalah sebuah buku bersaiz
poket berjudul AL-AZKAR (HIMPUNAN ZIKIR & DOA HARIAN) yang telah diolah
kepada ver...
17 years ago
Post Paling Diminati
sambung lagi cerita jagung.............. dah didik , dah belai, hari hari bersiram, membaja , meracun........ akhir nampak kemajuan skit...
GEMPAR apabila pengarah dan pelakon popular Farid Kamil, 31, menerima ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali hingga membuat laporan poli...
Kini Di Tempat kita dah wujud tabung bayi... jom baca lagi artikel ni ye... PELINDUNG BAYI...turut menunjukkan arahan di sebelahnya bagi me...
IBU mereka hanya membuka jalan. Segala keputusan untuk menerima tawaran berlakon bergantung kepada mereka. Nak kata ibu memberi galakan meny...
Nak cergas & bertenaga?? Nak sihat ?? Nak kulit wajah cantik berseri?? Jangan lupa guna #produk apcel. Untuk nak cergas ada,untuk nak...
Testimoni fresh².. baru keluaq dari freezer.. ibunda tercinta p temujanji dgn doctor.. alhamdulillah bacaan kencing manis turun dari 19.1 ke...
Dzikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina 11 Kali untuk Lancarkan Rezeki dan membuka apa yang tertutup
Testimoni baru kuar oven Customer lega sakit Tangan selepas ambil APCEL CAFE..Alhamdulillah
Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa saya telah terpilih untuk menerima sebuah Award yang sangat creative ciptaan Eddyboyz86 yang begi...
APCEL Utara Jom Rasai Keunikan Apcel Cafe... 1cawan Apcel Cafe Baik untuk kèsihàtàn Anda.. Apcel Cafe sangat unik dari Rasanya,dari bahannya...