Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

20 October, 2010

Nasya Aziz Tak kisah jadi model tua

Saya Suka Nasya ... Masih Cantik , Manis, Comel Lote, walau pun agak berumur skit kan...
Orang nya SETIAP kali diajak berbicara soal cinta dan rumah tangga, model dan pelakon terkenal Nasha Aziz nampaknya masih belum bersedia untuk berkongsi isu serius seperti itu.

Malah, dia akan beralih ke topik lain untuk mengelak dari bercerita lebih lanjut.


Nampaknya, Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah Abd Aziz, masih lagi bermain berteka-teki sejauh manakah hubungannya dengan kekasih hati, Nur Iman Tang Abdullah yang heboh diperkatakan orang ketika ini?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa agaknya pelakon cantik ini masih berahsia?

Justeru, pada majlis sidang media sempena Festival Filem Malaysia ke- 23 (FFM23) yang berlangsung di butik Rafflesia The Pearl Centre, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, Nasha dengan gaun petang menawan berona cili rekaan DNL, terus dikerumuni pihak media.


Soalan yang sama juga ditanya bila Nasha dan Iman akan mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan?. Seperti biasa jawapannya masih lagi bersifat 'selamat' dan masih mengundang persoalan di hati pihak media.

Namun, Nasha akui wanita yang hampir usia 40 tahun sepertinya sudah pasti ingin hidup bahagia dan membina keluarga seperti wanita lain.


"Sebagai wanita siapalah saya untuk menjawab soalan bilakah kami akan berkahwin? Kenapa anda tidak bertanya soalan itu pada dia (Iman)? Saya percaya dia lebih sesuai untuk menjawab soalan itu kerana dia lelaki.

"Apapun, setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan itu saja yang saya boleh beritahu. Insya-Allah, saya akan kahwin juga kalau umur saya panjang dan Allah beri rezeki kepada saya," katanya.


Secara peribadi, Nasha berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti. Dia sedar itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi artis, "Bila sampai masanya nanti...saya akan berkongsi berita baik itu dengan anda semua, pihak media mahupun peminat kelak," katanya.

Pada petang itu juga, Nasha memberitahu, hasratnya dan Iman untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah bersama-sama dengan rakan lain selama dua minggu, bermula 10 Mei lalu, nampaknya tidak menjadi kenyataan seperti yang diberitahu kepada pihak media sebelum ini.

"Terus-terang, saya tidak boleh memaksa dia (Iman) untuk ke sana kerana seperti yang kita tahu dia saudara baru. Biarlah dia ke sana dengan kerelaan hatinya dan dengan niat yang ikhlas.


"Bagaimanapun, saya merancang untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah sekali lagi pada tahun depan," katanya.

Ditanya adakah dia dan Iman tidak kisah berjauhan apabila dia menjayakan pertunjukan fesyen di luar negara, Nasha berkata, dia sanggup berkorban meninggalkan kerjaya peragaan jika calon suaminya memintanya untuk berbuat demikian.


"Saya percaya semua wanita akan membuat pengorbanan yang sama jika itu yang diminta suami masing-masing. Tapi, buat masa ini saya masih belum berkahwin dan biarlah saya fokus pada bidang peragaan diceburi terlebih dulu," ujarnya.


Mengenai perkembangan karier seni pula, Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-14 dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM17 ini baru selesai penggambaran drama Dendam Maya arahan Bade Azmi.

"Saya ini berehat seketika dari aktiviti lakonan kerana ingin memberi tumpuan pada bidang peragaan. Saya juga lebih selektif dan hanya mencari skrip yang bagus selepas ini.

"Apapun, saya bertuah kerana diberi peluang pengarah untuk memilih watak yang saya suka sekarang. Contohnya, watak dalam drama Dendam Maya, saya bawa watak wanita yang tertekan dan psiko," katanya.

Baru kembali dari Shanghai
AKUI Nasha, sampai masanya dia beri tumpuan sepenuhnya pada karier peragaan yang cukup sebati dengan dirinya sejak dulu.


"Saya tidak melihat diri sudah terlambat untuk meneruskan bidang peragaan kerana masih mendapat kepercayaan dari pelbagai pihak di luar sana.

"Memang saya yang paling berusia dalam bidang ini kerana model berusia 20-an dan yang paling tua pun baru 30 dan 32 tahun di pentas peragaan sekarang.

"Saya akan teruskan bidang ini selagi masih diperlukan. Saya juga tidak berasa dipinggirkan kerana model yang jauh lebih muda ramai yang meminta tip peragaan dari saya mengenai bidang ini," katanya.


Nasha berkata, dia baru kembali menjayakan pertunjukan fesyen di Shanghai, China pada Jun lalu.

"Saya juga menurunkan berat badan kepada 50 kilogram dengan ketinggian 173 sm semata-mata untuk memenuhi tuntutan bidang peragaan ini. Kalau di pentas lakonan saya tidak boleh nampak terlalu kurus sangat dan ia berbeza dengan bidang fesyen.

"Seperti mana yang kita tahu kalau di lokasi penggambaran, berat badan saya memang cepat naik kerana kami makan tiga kali sehari.


"Terbaru, saya akan menjayakan dua pertunjukan fesyen anjuran MIFA dan 1Malaysia nanti.


"Saya juga akan menggayakan rekaan pereka Syaiful Baharim dan Kavita Sidhu (pelakon Layar Lara) pada acara itu nanti," katanya.




>PROFIL
NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1971
STATUS: Bujang
KERJAYA: Model dan pelakon
ANTARA DRAMA: Duit Free, Drama Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta, Diari Datin dan Kasih Tercipta
TEATER: Lantai T Pinkie
FILEM: Sepi, Otai, Puaka Tebing Biru, Buli Balik, Kemarau Cinta, Tak Ori Tapi Ok, Cinta Luar Biasa, Buli, Trauma, Laila Isabella, Gerak Khas The Movie, Bara, Burung Besi, Puteri Impian, Kad Cinta
PENCAPAIAN: Festival Filem Malaysia ke-17 (2004): Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-14: Bintang Harapan Wanita Terbaik (1999)
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati