Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

31 December, 2011

Selamat Tahun Baru

Di kesempatan ini akak nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua sahabat handai, tak kira dimana jua, di internet ka, Alam Maya ke, Alam zahir ke Alam batin ke... tak kisahlah kan...

Apa Impian dan Azam anda pada tahun ni....

Dah ada azam ke.... alahai akak tak tau apa azamnya.... tapi akak mohon dari Allah waaTaalaa semoga di Tahun ini, akak di panjangkan usia, di panjangkan jodoh hingga ke Akhir hayat,di beri kesihatan yang sempurna, sihat tubuh badan untuk beribadah, di berikan kebahagiaan dan keselesaan sepanjang masa, dimurahkan, di perluaskan dan dicukupkan rezeki, di lindungi dari perkara2 tak elok dan berbahaya.

dan Azam Akak Tahun ni, ingin memajukan lagi perniagaan yang ada, dan ingin menambahkan lagi permis perniagaan.Insyaallah kalau di izinkan Allah.
www.tips-fb.com

30 December, 2011

Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia

ALOR SETAR – Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.

Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.

Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

29 December, 2011

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah
by Ashraf Hadi on December 24, 2011 with 0 Comments in Agama
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

28 December, 2011

KHAIRUL FAHMI A.K.A APEK HIASI MAJALAH GLAM BULAN JAN/FEB 2012[GAMBAR]

Salam Mesra..Glamour gila... dah jadi cam arits dah si Apek..

Siapa yang tidak mengenali Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek, walaupun bukan berada di cabang hiburan yang boleh melonjakkan nama mereka menjadi seorang yang terkenal, Namun bagi Apek, beliau telah menjadi bualan di serata tempat.

Bukan saja kontrovesi yang dihadapinya, malahan statusnya sebagai penjaga gol terbaik abad ini telah menjadikannya bahan bualan di mana saja.

Dalam Majalah Glam bulan Januari 2012, Khairul Fahmi menghiasi muka depan Majalah Glam lelaki isu Januari dan Februari 2012. Khairul Fahmi telah digandingkan bersama seorang model wanita bernama Anastascia untuk isu ini dan digelar ‘World Class Goalkeeper’ oleh Majalah Glam. Hebatnya, bila mana pemain bola sepak bertukar menjadi selebriti…hehee
www.tips-fb.com

27 December, 2011

Tahniah !!!! AC Mizal Dan Eizlan Yusoff kini bergelar Datuk

AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam.

PEKAN – Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

26 December, 2011

Misteri bola metalik jatuh dari langit

WINDHOEK, Namibia – Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu.

Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya.

Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati.

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian menberitahu polis.

Bola itu kini dalam simpanan pihak polis. – Agensi
Berita
www.tips-fb.com

25 December, 2011

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012

PUTRAJAYA - Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Februari. Majlis pernikahan akan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 26 Februari di PICC.




Menurut Yusry, pihaknya telah bertandang ke rumah Lisa semalam untuk menyerahkan cincin tanda.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Yusry dan Lisa dalam satu sidang media khas di JW Marriot Putrajaya. Turut hadir dalam majlis ini adalah kedua ibu bapa Yusry dan ibu Lisa, abang Yusry, Norman, dan David Teo. #SHHiburan
www.tips-fb.com

24 December, 2011

Yusry & Lisa Umum Tarikh Nikah Sabtu

PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.
Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

Al-Fatihah! Tan Sri Hamid Othman Meninggal Dunia

AL FATIHAH... SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT....

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dilaporkan meninggal dunia di pejabat beliau yang terletak di pusat membeli belah, Maju Junction, di sini hari ini.

Allahyarham yang merupakan Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), meninggal dunia akibat serangan strok ketika menjalankan urusan kerjanya kira-kira jam 4.45 petang tadi.

Menurut sumber, jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumah anaknya di Puchong.

Allahyarham dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar dan Kolej Islam Klang.

Kemudian, Allahyarham melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di Universiti AI-Azhar, Mesir, di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam.

Beliau juga sebelum ini pernah menjawat Penasihat Agama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

BERITA LANJUT
www.tips-fb.com

20 December, 2011

Sosej Babi dengan lambang Halal dari JAKIM

Begedak-geduk jantung akak laju, tekejut dengan berita ni, sebabnya akak ngan family suka makan sosej... takut pulak kut kut ada terbeli jenis ni... alahai nazubillah... harap2 Allah lindungi kita dari termakan benda2 makanan berasaskan babi ni, insyaaallah..

akak syer kat sini... harap2 kawan semua berhati-hati ye... jangan main bedal jer ye...

BUKTI…sosej dipercayai dibuat daripada babi tertera logo halal Jakim.

kata orang yang buat report tu “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.

Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

19 December, 2011

Mati dipukul kerana isteri orang

riuh juga orang-orang kampung pasal berita ni... tak habis2 orang bercerita lagi... kejadian ni berlaku dekat ngan kampung akak.... aduhai... nak salah sapa ni...

ALOR SETAR – Angkara mengikut nafsu marah dan cemburu membuak-buak kerana mengesyaki isteri mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain, seorang lelaki bersama seorang anak lelakinya bertindak di luar dugaan membelasah sehingga mati kenalan isterinya itu.
Tragedi malang yang berlaku pada pukul 11 pagi itu di satu kawasan semak samun di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena di sini kelmarin menyebabkan Hamdan Saad, 54, yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.


Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

13 December, 2011

Kaabah dicuci dengan air Zamzam

MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengetuai upacara membersihkan Kaabah, bangunan paling suci, menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar, semalam.
Majlis itu dihadiri oleh sebilangan besar tokoh terkenal, antaranya Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Al-Hosain dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu.


Kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu termasuk Menteri, Fouad Haji Al-Farsy, Datuk Bandar Makkah, Osama Al Bar dan Timbalan Gabenor Makkah, Abdul Aziz Al Khodairy.
Beberapa diplomat dari negara Islam dan pegawai Masjidil Haram turut hadir di majlis itu.
Bahagian dalam Kaabah, dicuci dua kali setahun – pada Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kesembilan dalam kalendar Hijrah.
Kaabah, yang terletak di dalam kompleks Masjidil Haram yang luas, adalah penting kepada agama Islam dan menjadi kiblat kepada semua orang Islam di dunia ketika menunaikan solat.
Berjuta-juta umat Islam datang ke Baitullah untuk menunaikan sebahagian rukun haji setiap tahun.
Melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, adalah satu rukun wajib umrah dan haji.BERITA
www.tips-fb.com

04 December, 2011

Internet tanpa wayar jejas kualiti sperma?

Meh baca penting untuk orang lelaki ni....

CORDOBA - Adakah menggunakan komputer riba dengan sambungan Internet tanpa wayar akan menjejaskan peluang tiga perempat daripada golongan lelaki untuk menjadi bapa?



Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Conrado Avendano dari Nascentis Medicina Reproductive di Cordoba mendapati penggunaan komputer riba bersama sambungan Internet tanpa wayar dan diletakkan berhampiran organ pembiakan lelaki sebenarnya boleh mengurangkan kualiti sperma mereka.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

02 December, 2011

Syahrini Bangga Dada Ditandatangani David Beckham

entah betul ke dia bangga... atau ada orang salah faham... mungkin dia bangga dapat tandatangan David Beckham, tapi dia mungkin tak sedar tempat yang ditandatngani tu tempat yg sentitif .....

Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.
Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

01 December, 2011

Queenie Padilla Artis Terkenal Filipina Peluk Islam

Alhamduliilahh..... bertambah lagi umat Nabi Mohammad....

Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya.

“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

30 November, 2011

Anuar Zain malu terima trofi dari Yuna

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

29 November, 2011

aktiviti untuk mendownload terhad... jom tengok website yang dah kena sekat

Kalau kita masih seorang pendownload tegar mungkin kita agak kecewa dengan aktiviti-aktiviti kerajaan memblock website-website file sharing yang bagi saya semua pendownload tegar kenal. Tapi sekarang dah malas nak download . Kalau ada benda yang betul-betul penting jer baru download.

memang rasa frust jugakan... nak download dah susah skit la..
harap2 lepas ni takda lagi web site yang kena block.

10 site yang kena block:

1. http://www.warez-bb.org
2. http://thepiratebay.org
3. http://www.movie2k.to
4. http://www.megavideo.com
5. http://www.putlocker.com
6. http://www.depositfiles.com
7. http://www.duckload.com
8. http://www.fileserve.com
9. http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com

SKMM Meminta Penyedia Internet Menghalang Akses Ke 10 Laman Perkongsian Popular diatas ni..

Sejak beberapa minggu ini, beberapa laman-laman hos fail terkemuka menghadapi masalah untuk diakses, dan kini ianya diketahui mengapa ianya berlaku. Ianya kini diketahui yang mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses ke beberapa laman yang terbabit.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

02 November, 2011

Suami songsang, ramai isteri tuntut cerai

Semua perkahwinan mengharapkan yang terbaik, tapi kalau jadi macamni...subhanallah... memang kita ada masalah besar dalam family tu kan... harap2 para suami yang sebegitu.. cepat2 lah bertaubat.. sayangi keluarga anda, janganlah terlampau ikut nafsu, ikut rasa badan binasa, ikut nafus badan jadi tak tentu, kita semua ni hidup hanya sementara didunia ni... biarlah kita tingalkan nama yang elok untuk dingati oleh keturunan kita, anak cucu kita, biarlah mereka bangga dengan kita.insyaalah....

KLANG: “Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya.

“Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay,” rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.

Ibu berusia 29 tahun itu berkata, pada mulanya dia mengesyaki suaminya yang berusia 30-an menjalin hubungan sulit dengan perempuan lain selepas mengesan beberapa petanda mencurigakan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

01 November, 2011

PM serta Isteri Berlepas Ke Tanah Suci

Terbaca Berita kat FB hari tentang belepasnya pm serta isteri ke Tanah Suci Mekah.Kemarin 31/10/2011.

Alhamduliillah .... Semoga mereka mendapat Haji Yang Mabrur, Semoga mereka juga mendapat taufik dan Hidayah serta pertunjuk dari Allah dan pulang dengan penuh keberkatan serta keimanan dan membawa cahaya keislaman hendaknya. Aminnn.

di sini ada sedikit gambar2, Jejaki hidayah Allah PM dan Isteri.
sebagai manusia, siapa pun kita semuanya dihendaki untuk berdoa yang terbaik sesama manusia.segala apa juga kemungkaran biar Allah sahaja yang menilaikan dan menghukumnya.Allah yang berhak keatas segalanya.
www.tips-fb.com

29 October, 2011

Kerani bergaji RM399 menang kuiz RM3.07 juta

NEW DELHI – Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.
SUSHIL KUMAR memegang cek bernilai AS$1 juta (RM3.07 juta) sambil bergambar bersama bintang Bollywood, Amitabh Bachchan.

Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

28 October, 2011

Mata Melihat, Otak Berfikir ,telinga mendengar, Hati Berkata-kata,naluri bertanya , Akal mentafsir, Iman berpada-pada , minda terbuka, Tubuh Berinteraski.

Ada ada saja kan, dok saja2 terfikir lak pasal semua benda yang diciptakan didalam tubuh kita, mesti ada sebab dan kegunaannya. Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam , Engkaulah Maha pencipta.


jom kita baca pasal Bagaimana otak berfungsi terhadap luarannya.

Otak adalah jendela, yang akan menafsir apa yang dipandang mata. Mata hanyalah mengarah segala 'cahaya' untuk menerobos ke bintik kuning, lalu di situ akan diimejkan sebagai sesebuah objek. Namun, akhirnya segala apa yang mata sedang melihat, akan ditafsir oleh otak. Mata tidak berupaya untuk menafsir kerana bukan tugasnya untuk menafsir sesuatu benda atau objek yang sedang diperhatikan.

Otak hanyalah satu organ. Secara falsafahnya, mindalah yang menafsir akan segala perkara yang sedang manusia fikir. Minda adalah naluri untuk berfikir, sedangkan otak hanya berfungsi sebagai 'meniru' alam sekitar. Otak tidak membesar mengikut tumbesaran badan seperti biasa. Pembesaran otak adalah begitu unik dan bergantung kepada aktiviti komplek sistem neuron. Namun begitu, pembesaran otak tidak mempengaruhi kebijakan seseorang. Mindalah yang berupaya membezakan benar atau salah. Proses untuk minda belajar mengetahui bahawa seseuatu itu benar atau salah digelar proses pembelajaran. Proses ini perlu dilalui melalui pembacaan dan penelitian. Bukan sekadar penglihatan. Teliti adalah sesuatu yang dilaku dalam keadaan sedar dan menaakul, manakala lihat adalah proses mengumpul maklumat secara terus. Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

18 October, 2011

Basahkan lidahmu dengan Zikrullah

Basahkan lidahmu dengan Zikrullah :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Allah masih lagi kurniakan kita dengan segala nikmat-nikmat di dunia ini untuk kita miliki dan kecapi semoga Allah terus memberi ruang kepada kita sebagai seorang hamba yang hina untuk menumpang di atas segala hasil ciptaan-Nya InsyaAllah.

jom kita kongsi bersama dengan ZIKRULLAH ini , download zikrullah ni ye Hasbi Rabbi Jalallah klik kanan dan open new tab ye pastu download
www.tips-fb.com

12 October, 2011

hp pavilion sata hard disk susah nak reformat


jadi masal pulak dengan hp pavilion sata hard disk ni, susah nak reformat, pastu window lamanya vista tapi dah kong... hilang terus pulak window dia... mungkin gak org tu dah kasi kena virus kut agaknya...

macam2 cara dah cuba... dekat 2 minggu bela pc tu... kepala cam jadi batu dok fikir cari cara2nya tak dapat2... puas dah search cari jalan... sampai la tak jumpa la lagi... aduihhssss...

ada yang kata kena buat boot cd... dah buat pun tak leh gak...
ada yang kata kena guna Nlite buat boot cd XP untuk upgrade kan... tak leh gak...
pastu cuba reformat dengan cd Vista pun tak leh juga...
napa dia orang buat pc yang menyusahkan orang camni agaknya...
mencabar btui kan pc canmi kan kan.....

pastu konon kena tukar biosnya... dah buat juga...
pastu konon2 kena tukar satanya jadi disble.. lagi teruk ... hard disk dia hilaang terus.. tak leh baca ... hehehehe pengalaman yang membosankan , dan paling memenat dan meletihkan otak ngan pc ni kan kan...
alahai blurrr dah otak akak ni dek ooiiii..........

ada tak sesape ada caranya tak meh tolong sat ...... cer citer cer citer skit..
www.tips-fb.com

14 September, 2011

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Astaqfirullah hal'azim allazi laaillahailallahu walhaiyulkaiyum wa'atubuilaih..Astaqfirullah hal'azim allazi laaillahailallahu walhaiyulkaiyum wa'atubuilaih..Astaqfirullah hal'azim allazi laaillahailallahu walhaiyulkaiyum wa'atubuilaih..
*-_-*seindah cinta wanita perindu surga*-_-*
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dua biji mata yang menangis kerana takut kepadaMu sebelum tidak ditemukan air mata seperti itu di dunia ini..

Menangislah dalam doa kamu memohon kepada Allah dan menyesal atas apa yg telah kamu lakukan dari dosa-dosa yg kamu sedar atau tidak sedar.. Air mata ini menjadi saksi pada hari kiamat dan akan menolong kamu...

" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.
Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

13 September, 2011

Allahummaghfirli dunubi - cerita 3

Doa Untuk Ibu...........

Allahummaghfirli dunubi waliwalidayya

warhamhuma kamaa rabbayani saghira

(Ya Allah ampunilah daku dan rahmati dan belas kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana belas kasihannya mereka kepadaku sewaktu kecil-kecilku dulu.)

cerita kawan didalam blognya.... facebook
Do’a yang mengalir syahdu selalu membasahi langkah anak-anakmu, engkaulah yang mengajarkan mereka makana kehidupan. Ibu, yang rela melahirkan, hingga menuntunmu merasakan kasih sayang dunia. Ayah yang mengajarkan akan kegigihan dalam bersikap dan bertindak.. ..

“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar beruntuk baik kepada orang tuanya, ibu telah mengandung dalam keadaan lemah yang bertambah lemah dan menyapih dalam dua tahun, bersyukurlah kalian kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Kulah kalian kembali” ..::Luqman ; 14::..

Subhanallah.. ..
“Kami perintahkan kepada manusia supaya beruntuk baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibu mengandung degan susah payah, dan melahirkan degan susah payah (pula). Mengandung sampai menyapih ialah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umur sampai empat puluh tahun, ia berdo’a “Ya Rabb-ku, tunjukilah aku untuk menysukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan supaya aku dapat beruntuk amal yang shalih yang Engkau ridloi, berilah kebaikan kepadaku degan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguh aku termasuk orang-orang yang berserah diri” ..::Al-Ahqaaf : 15::..

Sungguh janganlah sekali-kali engkau menyakiti hatinya, karena murka Tuhanmu berada padanya.
Hormatilah keduanya, berbaktilah kepada keduanya. Betapapun buruknya ia, ia tetap orang tua yang melahirkan kalian.
Bersopan santunlah kepada keduannya, karena dalam Ridho Tuhanmu ada pada Do’a-do’a yang di munajatkannya.

"Dan Rabb-mu telah memerintahkan kpd manusia janganlah ia beribadah melainkan ha kpdNya dan hendaklah beruntuk baik kpd kedua orang tua dgn sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari kedua atau kedua-dua telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kpd kedua ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya” ..::Al-Isra : 23::

“Dan katakanlah kepada kedua perkataan yang mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua degan penuh kasih sayang. Dan katakanlah, “Wahai Rabb-ku sayangilah kedua sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu kecil” ..::Al-Isra : 24::..

Semoga kita sama2 akan mendapat iktibar dari cerita ni ye... insyaallah...
www.tips-fb.com

12 September, 2011

Allahummaghfirli dunubi - cerita 2

Doa Untuk Ibu...........

Allahummaghfirli dunubi waliwalidayya

warhamhuma kamaa rabbayani saghira 

(Ya Allah ampunilah daku dan rahmati dan belas kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana belas kasihannya mereka kepadaku sewaktu kecil-kecilku dulu.)

cerita kawan didalam blognya.... methos
Suatu malam, seorang wanita berusia 20-an tahun bertengkar dengan ibunya. Karena sangat marah, ia segera meninggalkan rumah tanpa membawa apapun. Saat berjalan ia baru menyadari bahwa ia sama sekali tidak membawa uang.Saat menyusuri sebuah jalan, ia melewati sebuah kedai bakmi dan ia mencium harumnya aroma masakan. Ia ingin sekali memesan semangkuk bakmi, tetapi ia tidak mempunyai uang.

Pemilik kedai melihat si anak berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata:
“Nona, apakah engkau ingin memesan semangkuk bakmi?”
“Ya, tetapi, aku tidak membawa uang”, jawab si wanita dengan malu-malu.
“Tidak apa-apa, aku akan mentraktirmu”, jawab si pemilik kedai.“Silakan duduk, aku akan memasakkan bakmi untukmu”.

Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu mengantarkan semangkuk bakmi. Si wanita segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang.
“Ada apa nona?”, tanya si pemilik kedai.
“Tidak apa-apa”, aku hanya terharu jawab wanita itu sambil mengeringkan air matanya.
“Bahkan, seorang yang baru kukenal pun memberi aku semangkuk bakmi ! Tetapi, ibuku sendiri, setelah bertengkar denganku, mengusirku dari rumah dan mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi. Kau, seorang yang baru kukenal, tetapi begitu peduli denganku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri”, katanya kepada pemilik kedai.

Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataannya, menarik nafas panjang lalu berkata:
“Nona, mengapa kau berpikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, aku hanya memberimu semangkuk bakmi dan kau begitu terharu. Ibumu telah memasak bakmi dan nasi untukmu saat kau kecil sampai saat ini, mengapa kau tidak berterima kasih kepadanya? Dan kau malah bertengkar dengannya”. Si wanita terhenyak mendengar hal tsb.

“Mengapa aku tidak berpikir tentang hal itu? Untuk semangkuk bakmi dari orang yang baru kukenal , aku begitu berterima kasih. Tetapi kepada ibuku yg memasak untukku selama bertahun-tahun, aku bahkan tidak memperlihatkan kepedulianku kepadanya. Dan hanya karena persoalan sepele, aku bertengkar dengannya”.

Dia segera menghabiskan bakminya, lalu ia menguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya. Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata-kata yg harus diucapkan kepada ibunya. Begitu sampai di ambang pintu rumah, ia melihat ibunya berwajah letih dan cemas. Ketika bertemu dengannya, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah,”Nak, kau sudah pulang. Cepat masuklah, Ibu telah menyiapkan makan malam. Makanlah dahulu sebelum kau tidur. Makanan akan dingin jika kau tidak memakannya sekarang”.
Pada saat itu si wanita tidak dapat menahan tangisnya. Ia pun menangis di pelukan ibunya.
==============================
Sekali waktu, kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada orang lain di sekitar kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita. Tetapi kepada orang yang sangat dekat dengan kita, khususnya orang tua kita, kita harus ingat bahwa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita. Kadang-kadang, kita sulit atau lebih tepatnya tidak mau untuk melihat dan menghargai pertolongan yang diberikan oleh orang-orang yang sudah sangat kita kenal. Untuk menghargai cinta kasih mereka. Kita menganggap itu sebagai suatu keharusan. Sebuah kewajiban.

Semoga kita sama2 akan mendapat iktibar dari cerita ni ye... insyaallah...
www.tips-fb.com

11 September, 2011

Allahummaghfirli dunubi

Doa Untuk Ibu...........

Allahummaghfirli dunubi waliwalidayya

warhamhuma kamaa rabbayani saghira

(Ya Allah ampunilah daku dan rahmati dan belas kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana belas kasihannya mereka kepadaku sewaktu kecil-kecilku dulu.)

cerita kawan didalam blognya.... yang menyentuh perasaan...
Ku Keng
Che'
Terpahat dibenakku dua hadith yang menjadi peringatan dalam khutbah Jumaat di Masjid INTAN kelmarin.

Seorang sahabat menggendung ibunya dari Medinah ke Makkah untuk mengerjakan haji. Apabila ditanya kepada Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam tentang apakah ini membalas jasa-jasa ibunya kepadanya, Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam menjawab;

"Tidak! Tak memadai untuk membalas meskipun setitik susu dari ibumu."


Seorang yang lain pula mengadu kepada Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam, bahawa ibunya memalukannya serta isterinya dengan meminta-minta bantuan tanpa batasan. Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam pula menjawab:

"Apakah ibumu tak malu membawamu kemana-mana dalam keadaan perutnya memboyot selama 9 bulan?

Adakah ibumu tak malu menyusukan kamu dalam apa keadaan sekalipun apakala kamu merengek-rengek kelaparan?

Adakah kamu pula tak malu dikeluarkan ke dunia melalui kemaluan ibumu?"

Oh Che', begitulah pengorbananmu dan maafkan daku kerana sering berkata 'uuh' kepadamu dulu.

Allahummaghfirli dunubi waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira.
Allahummaghfirli dunubi waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira.
Allahummaghfirli dunubi waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira.
(Ya Allah ampunilah daku dan rahmati dan belas kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana belas kasihannya mereka kepadaku sewaktu kecil-kecilku dulu.)
Nota:
Che' adalah panggilan sesetengah orang Kelantan dan Terengganu kepada ibu.
Semoga kita sama2 akan mendapat iktibar dari cerita ni ye... insyaallah....
www.tips-fb.com

29 August, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Sempena Di Hari Baik Bulan Baik Ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ,Selamat Hari Raya Aildil Fitri, Maaf Zahir dan Batin , Kepada Semua Sahabat handai,Rakan Taulan, saudara mara, adek beradek dan semuanya Takkira Di Mana Anda Berada Mau Pun DIalam Maya Atau Di Luar Sana, bermaaf maaafanlah kita semua, semoga Allah memberkatinya.


www.tips-fb.com

24 August, 2011

Gempar Farid Kamil menerima ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali

GEMPAR apabila pengarah dan pelakon popular Farid Kamil, 31, menerima ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali hingga membuat laporan polis bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Ugutan diterima punya kaitan dengan pelakon jelita semakin mencipta nama, Diana Danielle, 20. Menurut kenyataan diberikan Farid sebelum ini, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta agar pengarah filem Kongsi itu menjauhkan diri daripada Diana.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

23 August, 2011

Masyarakat dunia kagum sifat murni Asyraf

Sifat Murni Asyraf Contoh Akhlak terbaik Anak Bertuah.
semoga Allah Melindungi Asyraf dan agar dia dapat terus menyambung Pelajarannya.



KUALA LUMPUR: “Mungkin ada hikmah dengan apa yang menimpa Asyraf di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang dibelasah dan disamun sekumpulan perusuh di Barking, Timur London, 8 Ogos lalu.

Menurutnya, kini masyarakat dunia terutama di Eropah mengagumi sifat murni Asyraf sebagai rakyat Malaysia dan Muslim yang sanggup memaafkan sekumpulan perusuh yang membelasah sebelum menyamun anak sulungnya itu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

21 August, 2011

Jus Kundur

Salam, Korang pernah rasa tak jus ni, jom cuba jus ni... tapi lebih kurang jus timun juga rasanya... tapi baunya kundur la kan.... cheq memang suka jus ni...
Bahan-Bahan:

1/4 atau 1/2 Buah Kundur (Sederhana Besarnya)

gula ikut cita rasa

500ml Air


Cara:

kupas kulitnya dan Potong kundur nipis-nipis, kemudian dikisar bersama gula dan air.

Selepas dikisar masukkan dalam jug bersama Kacau sehingga mesra boleh dimasuk ketul ias ciub.

Cadangan Hidangan:

Sekiranya puan-puan sukakan ianya sejuk Boleh dimasukkan ais ketul ataupun disimpan dalam peti sejuk. Sekiranya sudah dimasukkan ais ketul hendaklah puan-puan tambahkan sedikit air gula kedalam jus ini.
jangan lupa mencubanya ye...
www.tips-fb.com

20 August, 2011

EJA..Tinggal karier demi Ramadan


PROFIL

NAMA: Siti Shahrizah Saifuddin
PANGGILAN KOMERSIAL: Eja
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1972
USIA: 39 tahun
ASAL: Selangor Darul Ehsan
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Berkahwin
ANAK: Nur Eishal

DRAMA/TELEFILEM: Antaranya Demi Rahsia, Teduh Kabus, Salam Taj Mahal, Kiranya Ku Tahu, Takhta Hati, Rindu Semakin Jauh, Kalau Itu Takdirnya, Masih Ada Cinta, Wajah Kekasih, Mya Zara, Seputih Qaseh Ramadan, Sadiq & Co, Wadi Unung, Ahmad Durrah, Mantera Anjasmoro, Demi Tuhan Ku Izinkan, Pelita, Satu Permintaan, Cinta Dari Kaabah, Lailatul Qadar dan Masih Membara Cintaku.

FILEM: Sara, Anak Mami The Movie, Bilut, Misi 1511, Kayangan, Malaikat Maut, Sepi dan Janin.

DI kala segelintir artis masih sibuk di lokasi penggambaran pada Ramadan ini, lain pula kisahnya dengan pelakon jelita, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, 39. Isteri dan ibu kepada seorang anak itu selesa memilih untuk cuti rehat dan bersama keluarga.

Bagi Eja, sudah memadai selama 11 bulan dalam setahun dia aktif berlakon. Justeru, tempoh sebulan berpuasa ini, adalah wajar untuknya melupakan seketika kesibukan karier dengan memanfaatkan Ramadan sebaik mungkin untuk bermuhasabah diri.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

19 August, 2011

Khasiat Buah Kundur Atau Labu Kundur

( orang kedah pangei Kunduq) Labu kundur atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Benincasa hispida merupakan satu-satunya spesies kundur di dunia dan ianya di tanam di Negara-negara tropika terutama di Asia Tenggara. Di Malaysia buah kundur juga dikenali sebagai beligu.
sepokok saja , berbuah dekat 40 atau 50 biji. pastu pokok dia memanjat kat pokok2 besar, kalau tinggi pokok tu, tinggi lah dia panjat, pastu buah dia bergayut2 kat pokok tu.



KEISTIMEWAAN
Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati