Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

19 October, 2010

Teman tapi mesra .. Erni Dekritawati Yuliana Buhari ( kepochi ckit ni :) )


KUALA LUMPUR: Biarpun kedua-duanya menafikan bercinta, namun Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dengan penyampai berita Bernama TV, Zulkifli Bujang, 32, boleh dianggap ‘teman tapi mesra’ kerana hadir bersama ke rumah terbuka seorang rakan wartawan di Bandar Tasik Puteri, Rawang, semalam.
Kisah mereka dipaparkan Metro Ahad semalam, mereka seolah-olah tidak mempedulikannya dan keakraban kedua-duanya terserlah apabila Erni atau lebih mesra dengan panggilan Rita berbual dengan Zul di rumah terbuka berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan sama ada benar atau tidak keduanya tidak bercinta. Anak sulung pengasas empayar produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) itu kelihatan manis berbaju kebaya hitam dan kehadirannya bersama Zul yang memakai kemeja biru menjadi tumpuan ramai yang hadir di rumah terbuka berkenaan.


Ketika ditanya tentang sejauh mana kemesraan mereka berdua, Zul bekas wartawan jenayah di sebuah stesen televisyen berkata, dia meminta diberi sedikit ruang untuk mereka berdua.


“Buat ketika ini, biarlah Rita menumpukan perhatian kepada kes ibunya. Belum masanya untuk berbincang tentang hubungan kami ke tahap yang serius. Insya-Allah, jika ada jodoh tidak ke mana,” katanya mengelak gambar mereka diambil bagi mengurangkan kontroversi.


Rita yang ditanya hanya tersenyum manja enggan mengulas sejauh mana kemesraannya dengan Zul yang turut menjadi perhatian tetamu di majlis itu.


Kedua-dua mereka menghabiskan masa sejam sebelum pulang menaiki kereta Mercedes Benz yang turut mempunyai pemandu peribadi.


Metro Ahad semalam melaporkan mengenai Rita dan Zul yang dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.


Malah, Rita juga sering dilihat bersama Zul iaitu ketika ke pejabat Nouvelles Visages (NV) di Kampung Baru serta kediamannya di Taman Harmonis, Gombak.

berita dari metroonline
www.tips-fb.com

1 comments:

MR. MIND said... [Reply]

semoga ke jinjang pelamin....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati