Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

20 May, 2011

Lisdawati Nazarudin masih tetap Tak sangsi kesetiaan Fauzi

SEKALIPUN hidup bahagia di sisi suami tersayang, namun keharmonian rumah tangga aktres jelita, Lisdawati Nazarudin masih tetap disangsi.
Terutama, apabila membabitkan gosip liar berkaitan ‘kenakalan’ Fauzi bersama wanita lain di belakang isterinya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Ditemui pada majlis pelantikan pasangan ini sebagai duta produk Vianco Natura di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Sabtu lalu, Lisdawati, 32, tenang memberi penjelasan.
Katanya, masih ada lagi gosip liar berkaitan sikap suaminya yang masih perlu dijawab.

“Terus-terang, memang saya tidak tahu apa pula gosip terbaru dikaitkan dengan abang (Fauzi) kali ini dan kalau boleh, saya tak nak komen langsung mengenai hubungan kami suami isteri. Apa yang penting, keluarga dan rakan tahu kami macam mana.
“Saya sudah tak mahu fikir apa orang di luar mahu memperkatakan mengenai rumah tangga kami.

“Ini kerana jujurnya kami masih bahagia hidup bersama. Justeru, kalau ada pihak mempersoalkannya lagi biarkanlah apa yang mereka hendak kata.

“Bagi diri ini, saya hanya menganggap ia sebagai ‘ugutan-ugutan’ daripada pihak yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain.

“Malah, ingin ditegaskan hingga ke saat ini saya tidak pernah berasa ragu pada kesetiaan dan kasih sayang suami.

“Saya berkata begini bukan bermakna kepercayaan terhadap abang 100 peratus, tetapi saya tidak nampak di manakah faktor yang dia hendak curang. Saya tahu abang sentiasa sibuk dengan penggambaran, tahu apa hobi serta mengenali siapa rakannya.

“Oleh itu, saya melihat segala gosip ini sebagai ketidakpuasan hati orang lain terhadap kami. Layanan abang pada saya dan anak-anak masih sama seperti dulu, malah kami juga sentiasa mencari masa keluar berdua untuk proses mengenali hati budi,” katanya.

Hampir lima tahun hidup bersama, Lisdawati dan Fauzi dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Aini Farhana, tiga tahun dan Nur Aina Faznesya, setahun lima bulan. Ditanya pula apakah Lisdawati tidak rimas apabila kebahagiaan rumah tangganya diragui?

Ujar pelakon filem KL Menjerit ini, dia sedikit pun tidak pernah berasa rimas.
Katanya, dia dan suami sudah habis bercerita mengenai hal berkenaan.

Bahkan, mereka juga sudah tidak peduli apa yang orang hendak perkatakan. Apa yang pasti, harus sentiasa tenang.

Sementara itu, Fauzi berkata Lisdawati bukan seorang isteri mengongkong dan memberi kebebasan kepadanya untuk bergaul bersama rakan-rakan di luar.

Menurut Fauzi, dia masih tahu batasan diri dan menghargai kepercayaan isteri tercinta.

“Terpulanglah kepada orang untuk bercerita mengenai kisah ‘kenakalan’ saya. Apa yang utama, hubungan saya dan Lisdawati masih kekal bahagia. Begitu juga hubungan dengan keluarganya. Saya seorang yang mudah mesra dan tak ambil pusing cakap orang.

“Ikatan kasih sayang kami masih kuat dan buktinya, biarpun cerita negatif itu tersebar, tetapi masih ada pihak yang percaya pada kebahagiaan kami.

“Malah, saya sangat bersyukur kerana dengan kepercayaan diberikan isteri dan ia amat penting.

“Sebagai lelaki, tanggung�jawab saya kepada isteri dan anak-anak tidak boleh diabaikan. Sama ada anak bersama Lisdawati mahu pun daripada perkahwinan lalu, saya harus menjaga mereka sebaik mungkin. Saya berharap rumah tangga kami kekal hing�ga akhir hayat,” katanya.

Menyentuh soal kariernya, Fauzi yang kini aktif mengarah drama dan telefilem berkata, dia sangat gembira dengan kejayaan diraihnya apabila merangkul dua Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) dan Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010).

Malah, ujarnya lebaran 2011 juga turut membawa pengalaman baru buat dirinya apabila diuji melakonkan watak komedi dalam drama dan telefilem.

Fauzi berkata, hingga kini sudah lima drama dan telefilem komedi dilakonkan iaitu Mat Latah, Pucuk Muda Kerabu Taugeh, Kecoh Bendul, Duda Berhias serta Sudu & Garpu.

Dilamar sebagai duta produk
POPULARITI sebagai artis sedikit sebanyak memberi ruang kepada Lisdawati dan Fauzi menjadi duta produk.

Malah, Lisdawati sendiri setakat ini sudah dipilih menjadi duta untuk beberapa produk ternama. Cuma kali ini, dia dipilih bersama suami tersayang.

Mengikat kontrak selama setahun Lisdawati berkata dia dan suami dilamar menjadi duta produk Vianco Natura keluaran syarikat LS Associates (SEA) Sdn Bhd sejak November tahun lalu.

Katanya ketika itu, syarikat terbabit baru mengeluarkan tiga produk.

“Saya dan abang Fauzi diberikan produk kopi pracampuran, teh jus lemon dan serbuk pencuci pakaian. Selama dua bulan kami menggunakan produk ini sebagai testimoni dan ternyata hasilnya cukup baik. Kopi dan teh diminum sesuai dengan badan kami.

“Begitu juga dengan serbuk pencuci. Ditambah saya dan abang gemar memakai baju putih, tetapi biasalah warna ini cepat nampak kotor. Namun, serbuk pencuci daripada Vianco Natura dapat menghilangkan kesan degil dengan mudah dan tak perlu disental,” katanya.

Menurut Fauzi, dia diperkenalkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LS Associates, Datuk Abdul Wahab Abdul Hamid oleh penulis lirik terkenal Hab�sah Hassan.

Katanya ketika itu, Abdul Wahab dalam pencarian artis untuk dijadikan duta produk itu.

“Tidak dinafikan produk kopi Vianco Natura baik untuk kesihatan saya. Maklum sajalah, saya selalu sibuk di lokasi peng�gambaran dan ada kalanya memandu agak lama ke lokasi penggambaran. Namun, sejak amalkan minum kopi keluaran Vianco Natura, tenaga dan stamina saya bertambah baik,” katanya.

Menyentuh pula soal harga produk Vianco Natura, Fauzi berkata harga ditetapkan
di pasaran sangat berpatutan iaitu kurang daripada RM100.

Katanya ini kerana, sasaran pelanggan produk berkenaan adalah di kala�ngan golongan berpendapatan sederhana. info metro
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati