Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

05 May, 2011

Tiga kanak-kanak itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di hutan lipur KUALA PILAH

Takziah Buat keluarga adek-adek ni, Semoga dia orang selamat, walau pasukan penyelamat masih lagi mencari-cari. Bukan Laut je yang ada Tsunami, Sungai Air Terjun pun ada Tsunami juga kalau time hujan lebat, hati-hatilah time ujan tak payah p berkelah-kelah, dok ja dalam rumah.
Ibu Anak-anak Malang Tersebut
KUALA PILAH: “Saya tersentak apabila melihat ‘kepala air’ mengalir deras bersama sesuatu objek yang kelihatan seperti manusia. Apabila diamati saya dapati ia seorang lelaki dan seorang perempuan dewasa bersama dua kanak-kanak terkapai-kapai meminta pertolongan,” kata Turiman Bostam, 40, saksi kejadian lemas mengorbankan tiga beradik perempuan di Hutan Lipur Ulu Bendol di sini, semalam
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Perkelahan empat sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak perempuan berusia dua hingga lima tahun bersama kenalan wanita bapa mereka, berakhir tragedi apabila tiga kanak-kanak itu dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di hutan lipur berkenaan.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Nursyaza Alisa, 5, Nursyaza Azera, 4, Nursyaza Sakinah, 2, mandi bersama bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, serta seorang wanita dikenali Alwani Abu Hassan, 20-an.

Menurut Turiman, ketika kejadian itu dia dalam perjalanan ke tapak perkhemahan di kawasan itu.“Ketika berjalan, saya terkejut melihat air tiba-tiba mengalir deras dan agak luar biasa sebelum ternampak empat orang terkapai-kapai meminta pertolongan.

“Saya cuba menarik wanita dewasa yang berada hampir dengan tepi tebing namun gagal mencapainya. Saya mencuba sekali lagi menarik tangan serta rambutnya dan berjaya menariknya ke tebing,” katanya.

Menurutnya, sejurus berjaya menyelamatkan wanita itu, dia hanya mampu melihat seorang lagi lelaki dewasa dan dua kanak-kanak dihanyutkan arus deras kerana jarak yang jauh.“Namun tidak lama kemudian saya melihat lelaki dewasa berkenaan ditarik orang ramai yang berada di situ,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, ketika kejadian, hujan tidak lebat dan kelima-lima mereka mandi di sekitar kawasan itu.
“Bagaimanapun, air dari Gunung Angsi dipercayai tiba-tiba mengalir deras menyebabkan dua daripada kanak-kanak itu terapung dan tenggelam timbul di dalam air. Pada waktu itu seorang perempuan dewasa turut dihanyutkan arus.

“Bapa kanak-kanak itu cuba menyelamatkan anak-anaknya namun gagal sebelum dia diselamatkan orang ramai. Bagaimanapun, ketiga-tiga kanak-kanak itu dihanyutkan arus deras,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat disertai kira-kira 40 anggota polis, bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan Jabatan Hutan.

“Operasi khas itu memfokuskan usaha mencari di sekitar Hutan Lipur Ulu Bendol dan kawasan sekitar. Kita akan memutuskan sama ada operasi itu dihentikan atau disambung semula melalui sesi maklumat dan perbincangan kira-kira jam 10 malam nanti (semalam),” katanya.
Bapa saudara kanak-kanak itu, Wan Adnan Wan Abdullah, 37, berkata, tiga beradik itu dijaga ibu kandung mereka yang menetap di Taman Jasmin, Senawang.
“Ibu mereka yang juga adik saya bekerja di sebuah pusat beli-belah di Senawang dan sering menghantar mereka ke rumah ibu mentuanya (ibu lelaki yang lemas itu) di Taman Marida. “Bagaimanapun, saya difahamkan bapa kanak-kanak berkenaan datang mengambil mereka hari ini (semalam) dan dipercayai tidak diketahui ibu mereka,” katanya.

Difahamkan, ibu kanak-kanak terbabit, Wan Azleela Wan Abdullah, 32, sudah berpisah dengan bapa anak-anaknya itu.Kejadian arus deras itu paling buruk pernah berlaku di taman rekreasi itu berikutan keadaan arus yang empat kali ganda lebih deras berbanding biasa ketika hujan.

Tinjauan mendapati, Wan Azleela turut berada di lokasi kejadian dan kelihatan sebak.
Info Metro
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati