Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

13 April, 2011

Ameng bersalah dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah

Yang Bersalah tetap bersalah dan tetap dihukum, kita ambillah buat iktibar ye, carilah jalan rezeki yang halal.

BERSALAH...Ameng bertemu isterinya sebelum dibawa masuk ke lokap. .
MELAKA: Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah dalam badan di sebuah hotel di Taman Melaka Raya, di sini, Februari lalu.

Isteri Ameng, Sabariah Zakariah, 41, yang menghadapi dua tuduhan bersama suaminya, bagaimanapun dibebaskan selepas pertuduhan terhadapnya digugurkan.
Mengikut pertuduhan, Ameng dan isterinya didapati memiliki kanabis seberat 105.90 gram di bilik nombor 1, Hotel Senyum Mesra, nombor 346 A&B, Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama, dibaca sekali dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan membabitkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan Bagi pertuduhan kedua, pasangan itu dituduh memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman didenda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ameng turut menghadapi pertuduhan tambahan iaitu memasukkan dadah dalam badan kira-kira jam 6 petang hari sama di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. berita selanjutnya
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati