Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

25 April, 2011

Ashraf Muslim Tunangan orang

SEMALAM tercatat sebagai hari cukup bermakna buat jejaka berwajah tenang ini. Bukan satu tetapi dua nikmat bahagia dikecapi apabila Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang berjaya menjentik tangkai hatinya untuk melakukan penghijrahan dalam hidup dilancarkan dan lebih indah apabila secara rasmi dia bergelar tunangan orang.
Buat pertama kalinya, aktor berusia 30 tahun ini mendedahkan identiti gadis pilihannya di hadapan lebih 500 jemputan. Segak dalam busana yang direka khas Ezuwan Ismail, Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman menjadi tumpuan dalam majlis yang berlangsung meriah.

Dayana, adalah anak gadis mentornya, Ustaz Lokman Abdul Hamid yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah. Sahsiah dan kelembutan tutur bicara pelajar jurusan perubatan Universiti Mannipal ini mencuri perhatiannya hingga nekad melamar gadis itu sebagai suri hidupnya.

Meskipun tidak bercinta seperti pasangan lain, Ashraf yakin Dayana adalah pilihan yang tepat buatnya. Gadis berusia 24 tahun itu memiliki ciri-ciri wanita idamannya bahkan lebih menyenangkan apabila mereka berkongsi minat yang sama dalam bidang perubatan meskipun berbeza pendekatan.

“Saya kenal Dayana awal tahun lepas. Biarpun rapat dengan Ustaz Lokman, saya tidak pernah bertemu Dayana kerana dia menuntut di India. Pertama kali bertentang mata, saya sangat menyenangi keperibadiannya. Orangnya taat pada agama, merendah diri, tenang dan bijak menangani apa saja keadaan.

“Gaya dan turut bicaranya lembut persis arwah ibu saya. Kebetulan kami sama-sama cenderung dalam dunia perubatan, dia banyak membantu saya dalam memahami selok-belok perubatan sains dan moden.

“Lebih setahun mengenalinya, saya tak sedar bila mula jatuh hati dengannya. Saya nekad mahu melamarnya dan bulan Februari lalu hasrat itu saya suarakan kepadanya. Ketika itu dia terkejut, yelah kami tidak bercinta tiba-tiba saya ajak dia berkahwin.

“Dia minta beri masa untuknya berfikir dan apabila bersetuju, saya hantar rombongan merisik Mac lalu. Alhamdulillah, hasrat ini direstui keluarga kedua-dua belah pihak malah keluarga saya sangat menyukai Dayana.

“Insya-Allah majlis perkahwinan akan berlangsung September depan. Saya tidak mahu bertunang lama kerana bimbang timbul fitnah. Maklumlah masa saya banyak dihabiskan di kediaman bakal mentua untuk merawat pesakit. Lagipun dalam tempoh bertunang kata orang banyak cabarannya, jadi ada baiknya dipercepatkan,” kata Ashraf.

Bersaksikan keluarga, tetamu kehormat, sahabat handai dan wakil media, rombongan lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh. Dayana yang bersimpuh ayu di pelamin berhias indah tajaan Azmi Osman daripada Orked Bridal, tidak putus dengan senyuman manis.

Usai acara pertunangan yang disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9, berlangsung pula majlis pelancaran Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang beroperasi sepenuh masa sejak 5 Januari lalu.

Uniknya majlis ini apabila diserikan dengan gimik melepaskan 99 kupu-kupu sebagai simbolik 99 hari pusat rawatan Islam itu beroperasi dan penyerahan plak penghargaan kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh ibu dan ibu mentua pengasas Al-Hidayah.

Sesungguhnya Al-Hidayah cukup besar maknanya bagi anak muda ini. Itulah titik tolak dia mendapat hidayah dan bermula dari sinilah berlaku perubahan dalam hidupnya. Saban hari dia memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar hidayah yang diperoleh itu terus kekal dalam dirinya hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah hidup saya kini lebih tenang. Dulu saya ada segala-galanya termasuklah duit dan harta benda tetapi jiwa saya kosong. Saya tercari-cari jawapan bagi setiap persoalan yang bermain di minda. Biarpun mampu hidup mewah, duit tidak pernah cukup ketika itu. Hujung bulan duit habis hingga saya tertanya-tanya ke mana duit itu pergi?

“Alhamdulillah, selepas mengerjakan umrah bersama Ustaz Lokman dua minggu terakhir Ramadan pada 2009, segala-galanya berubah. Mana yang tidak baik, saya tinggalkan dan bertaubat.

“Rezeki mula menampakkan perubahan malah tawaran berlakon semakin banyak tetapi terpaksa saya tolak kerana tahun ini saya mahu tumpukan sepenuh perhatian merawat pesakit di Al-Hidayah. Terus-terang saya suka dengan kerjaya ini dan ia menjadi keutamaan saya sekarang.

“Setakat ini hanya ada tiga perawat di Al-Hidayah dan saya bekerja tujuh hari seminggu. Hari Jumaat pula saya mempromosikan Al-Hidayah dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O. Isnin hingga Khamis Al-Hidayah beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang manakala Sabtu dan Ahad pula kami akan bergilir-gilir ke lapan lagi cawangan Al-Hidayah di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Singapura. Insya-Allah, Al-Hidayah akan beroperasi di Brunei, Bangkok dan Jakarta tidak lama lagi,” katanya.

Mengulas lanjut perihal Al-Hidayah, banyak perancangan sudah disusun dan menanti pelaksanaan. Paling diutamakan adalah merealisasikan visi Al-Hidayah iaitu mendidik serta membuka minda masyarakat supaya membaca khazanah agung Islam, Al-Quran.

Berkali-kali peringatan itu meniti di bibirnya baik ketika merawat pesakit, berbual dengan orang ramai atau ke udara menerusi slot khas Nasi Lemak Kopi O setiap pagi Jumaat. Visi ini bertepatan dengan ‘tagline’ Al-Hidayah iaitu Al-Quran Hidayahku.

“Saya tidak malu berkongsi pengalaman hidup dengan orang ramai. Niat saya mahu ubah mentaliti orang supaya mendekati, membaca, memahami dan mencintai Al-Quran. Bacalah kalam suci Allah walaupun sehelai sehari.

“Kami juga merancang beberapa perkara untuk melunaskan visi ini termasuklah perancangan jangka panjang iaitu menubuhkan sebuah hospital yang menggabungkan ayat Al-Quran sepenuhnya dan teknik rawatan moden. Sejak mula beroperasi, bukan satu perkara luar biasa jika ambulans tiba dengan pesakit dari hospital yang mahu mendapatkan rawatan di Al-Hidayah, jadi ia secara tidak langsung memberi keyakinan kepada kami untuk menubuhkan hospital Al-Hidayah. Mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, Insya-Allah.

“Kami berusaha membuka minda para pemikir supaya menjadikan Al-Quran sebagai salah satu silibus dalam pengajian perubatan. Ia secara tidak langsung akan melahirkan seorang pengamal perubatan yang lengkap dari segi pengetahuan sains moden dan dalam masa yang sama menyebarkan ayat-ayat Al-Quran untuk diamalkan oleh pesakit.

“Selain itu, 20 peratus daripada setiap bayaran rawatan Al-Hidayah akan disalurkan ke rumah anak yatim Nur Zaharan dan sebuah lagi di Selayang. Dua pusat perlindungan itu didiami lebih 80 anak yatim dan merekalah VVIP kami. Kami ada tanah empat ekar dan akan menubuhkan rumah perlindungan untuk anak-anak yatim, warga emas serta pusat pemulihan akhlak. Itulah sebahagian perancangan yang dapat saya kongsi hari ini,” katanya yang menyifatkan kebolehan berubat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai satu tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan.

Beralih perihal rutinnya sebagai anak seni, tidak dinafikan dia rindu beraksi di lokasi penggambaran namun tuntutan tanggungjawab di Al-Hidayah perlu diutamakan.

Jelasnya, tahun ini dia tidak akan terbabit dengan mana-mana produksi kerana jadualnya sebagai pengamal perubatan Islam sangat padat.

Bersesuaian penghijrahannya, Ashraf kini lebih selektif mengenai watak, skrip dan mesej cerita. Apa yang pasti karakter yang memerlukannya bersentuhan dengan wanita bukan muhrim tidak lagi ada kamus pilihannya.

“Biarlah apa orang mahu cakap, saya berpegang pada prinsip. Saya tidak kisah melakonkan watak suami atau kekasih tetapi dalam menunjukkan kasih sayang atau kemesraan tidak semestinya perlu bersentuhan. Ada banyak lagi cara lain apatah lagi teknologi peralatan penggambaran semakin canggih.

“Kalau boleh saya tidak mahu terikat dengan watak ustaz tapi apa boleh buat stesen TV yang mahu. Mereka pasti ada alasan kukuh dan akan terima ia sebagai satu penghargaan. Apa yang penting saya mahu berdakwah melalui watak dan mesej cerita,” kata anak jati Melaka ini.
info dari metro
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati