Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

10 January, 2012

Warga Malaysia kahwin warga asing harus daftar perkahwinan dengan JPN

GEORGE TOWN: Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.
Katanya menurut statistik perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lebih daripada 10 peratus perkahwinan berdaftar melibatkan perkahwinan dengan warga asing.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jonathan Loo Shon Sheuan, 15, di sini hari ini, beliau berkata statistik itu menunjukkan setiap 10 perkahwinan berdaftar, terdapat lebih daripada satu pasangan melibatkan warga asing.

"Antara warga negara asing yang banyak berkahwin dengan warga tempatan termasuklah dari Vietnam, Indonesia dan China," katanya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
eliau berkata sekiranya perkahwinan itu tidak berdaftar atau anak dilahirkan sebelum pendaftaran perkahwinan, anak yang dilahirkan itu akan mengikut kewarganegaraan ibu.

Sementara itu, datuk kepada Jonathan, Loo Choon Seng, 72, berkata cucunya dilahirkan di Malaysia sebelum pendaftaran perkahwinan anaknya dan ini menyebabkan dia tidak dapat mendaftar sebagai pemilik Mykad.

Loo berkata anaknya berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia namun selepas cucunya berusia enam bulan baru mereka mendaftarkan perkahwinan.

"Kami telah membuat pemohonan Mykad sejak tiga tahun yang lalu namun disebabkan status kewarganegaraan adalah mengikut ibu, cucu tidak dapat berdaftar sebagai pemilik Mykad.

"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan hari kerana meluluskan pemohonan cucunya saya sebagai warganegara Malaysia untuk membolehkannya memohon Mykad," katanya. - Bernama *Metro*
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati