Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

16 May, 2010

Adab Dan Doa Ketika Memasak Di Dapur












Saya nak kongsikan satu Ilmu yang Amat Menafaat Kepada Kita pabila hendak mula memasak di dapur, tak kisahlah lelaki ke perempuan ke... bila nak masak je boleh baca.. bukan apa .. ni adalah untuk nak elakkan dari hantu syaitan menganggu makanan yang kita hendak masak atau sedang dimasak, dan yang sudah dimasak.

lepas dapat ilmu ni... anda praktikkan ye.. demi kebaikan .. untuk masa kini dan kesihatan kita di masa depan. semoga dengan amalan ni apa yang kita masak tu akan bersih dan suci dan dilindungi Allah dari benda-benda ghaib dan penyakit-penyakit yang pelik2 . Insyaallah...

Doa Dan Adab-Adabnya :

1. DOA MASUK DAPUR .
RABBA ATINA MIN LADUN KARAHMAH WAHAYAKLANA MIAMRINA RASYADA 3X

2. DOA WAKTU SUKAT BERAS :
ALHAMDULILLAH HILAZI ATAMANA MILJUK 3X

3. DOA BUKA PERIUK :
ALLAHHUMMA BARIKLANA FIHI QAIRI MINHU 3X

4. DOA WAKTU MEMASAK , KACAU MAKANAN KITA IKUT LAWAN JAM OK..
LAISALAHA MINDU NILLAHI KASYIFAH 3X

5. DOA DI MASA KITA POTONG SAYUR SAYURAN DAN BUAH BUAHHAN :
FAZABAHUHA WAMAKADU YAF ALUNN 3X

6. DOA KETIKA MELETAKKAN PERIUK ATAU KUALI DI ATAS DAPUR :
FASAYAKFIKAHUMULLAHHU WAHUWASSAMI UL ALIMMM 3X

7. DOA SIMPAN BERAS :
WATAR ZUQUMAN TASYAA U BIQAIRI HISABB 3X

8. DOA UNTUK SEDAPKAN MAKANAN :
ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD 3X
ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM 3X

9. TUDUNGKAN KEPALA ANDA BILA MEMASAK ELAKKAN RAMBUT BERGUGURAN :
JAGA KEBERSIHAN DIRI , CUCIKAN KUKU DAN TANGAN SEBELUM MULA MEMASAK. AGAR ORANG YANG MAKAN TIDAK RASA MELOYA TEKAKNYA.

DAKWAHKAN ... SAYA TIDAK BOLEH SEDAPKAN MAKANAN ANDA .. YANG BAGI SEDAP HANYA LAH ALLAH SUBHA WAATAALA .. WALLAHHUALAM...

PRAKTIKAN YE... mana tahu lepas ni anda akan jaadi tukang masak PRO .. HEHEHE
www.tips-fb.com

14 May, 2010

Berkat 7 Kalimah ALLAH

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap ” Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap ” Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah ” sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. …
mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi biasa,karena sudah terbiasa.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Biarkan tulisan ini tetap dalam blog saya atau sebarkan. Insya-Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward tulisan ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah
ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang Anda kirim.

assalaamu’alaikum.
www.tips-fb.com

12 May, 2010

Rahsia Di Dalam Solat



Ini lah dia Rahsia Bacaan dan tertib peradapan kita didalam solat..
mesti kita nak tau juga sebab khasiat kita solat mengikut tertib peradapan yang Kita lakukan didalam solat kan ..

baca ni ... sebenar ada rahsia yang perlu kita ambik tahu ...

1. Niat Sembahyang - Sebenarnya demi untuk memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat
2. Berdiri Betul - Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubor
3. Takbir - Ratul Ikhram - Sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubor
4. Fatihah - Sebagai Pakaian kita yang indah-indah di dalam kubor
5. Rukuq - Sebagai tikar kita didalam kubur
6. i'tidal - Akan memberi air dari telaga Alkautsar ketika didalam kubur ( telaga dari dalam syurga).
7. Sujud - Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM
8. duduk Antara 2 Sujud - Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubor
9. Duduk Antar 2 Sujud Akhir - Menjadi kenderaan kita ketika di padang Masyar.
10.Tahiyat Akhir - Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukan oleh mungkar nangkir di dalam Kubor.
11.Selawat Nabi - Sebagai pendinding api neraka didalam kubor
12.Salam- memeliharakan kita didalam kubor
13.Tertib - Akan Pertemuan kita dengan Allah Subhawataala ...
Dari Abdullah Bin Amr R.A ... Rasullah S.A.W bersabda :
Senarai diatas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat( Penghulu Hari ) .


Solat tu.. biar betul... jgn dok ingat macam2 masa solat.. tengok cam kartun kat bawah ni..


www.tips-fb.com

Taq By Shidah Lembu gumok ngan Ukhwah Award

yahooooo aaaah..!! dpt award n dpt lembu..(Lembu gumok oooooo) hihi..


ya....ini dia..award dr Miss fatin ...kepada Miss sidah
pastu kan miss sidah bagi lak kat cheq Syifa Rosli time kasihdaun keladi ye sidah...
cntik award ni...dan lembu tu cheq nak simpan nak buat kenduri Korban nanti..
nanti korang mai ramai-ramai no...memeriahkan lagi majlis dan perabihkan daging lembu gumok ni... hehehehe :) :) :) :)


dah terima Lombu gumok ni...kena lah ikut syarat-syaratnya pulak dohh...
macam org nak masuk pinang je bunyi syaratnya tu.. :) :)

syarat2 nyo..

1..thx n link da person dat give u da cow...

2..give diz `saka`(ler...lembu ni kire saka ke...) to any 10 active blogger ..

ye..hadirin sekalian..trima la saka ni...bela lombu ni elok2 ye..
pastu korang nak buat korban ka? nak kenduri kahwin ke? korang punya pasai la no..
kalau tak cukup lembu sekor tu...
korang bawa ja lori p ..kutip kat tepi jalan-jalan tu ke atau kat tepi higway ke..
tuan dia tak tau tang mana...gumok=gumok gak... bawa lori besaq skit..
leh muat banyak ekor skit ... hehehehehe


ni nama orang2 bertuah tu....

1. Sweet Flora Blog
2. Lyn Hamzah All About Us
3. Fitri Fitrah Selamanya
4. Ayub Khalid The Lost Spirit
5. Abu Lokman Apa Khabar org Kg
6. Milion Dolar Guy
7. Asrafi Satu Permulaan
8. EskremGoreng
9. Bie Azreena
10. Miss Tueratora

pastu terima dengan hati yang ikhlas .... lembu gumok ni...

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
okeh...attention everyone..lombu ni den dapat wasiat dr org kaya kg si fening lalat..
(adey..perlu mention ka...) shidah kata...sebab kat saya dia yang kasi...

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv.

1. tengok tv sambil memblog
2. tengok tv sambil makan
3. tengok tv sambil berniaga ( hehehehe )

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan:

1. Oblong ( nama Pelik Makan Sedap ) bapa burger
2. Badak Berendam ( peliknya nama Tapi Makan Sedap gak )
3. Pulut Dakap ( Pelik Je nama tapi luar pulut intinya pisang ) hehehe pulut dakap pisang rupanya ...

6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
Face Book ellekkkk... taraaa buat laa....

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...
dah dok pun depan tenet... apalagi jumpa pun depan tenet gak, dating pun depan tenet gak, pastu jodoh pun ada kat depan tenet la juga hehehehe.......

sekian..abis dah soklan dia....
pastu korang yang dah ambik lombu tu ...cheq hadiahkan lah cenderahati ..sebagai folower cheq anbik no....ini semua hanya suka2 demi merapatkan salitulrahim antara kawan2 dialam maya ni...tiada apa yg lebih dari itu...

Photobucket
lepas tu korang letaklah di hall blog korang ye.. yq
www.tips-fb.com

10 May, 2010

Khasiat memeluk suami/isteri saja tau











ni petua untuk org yang dah kahwin saja tau... orang yang belum kahwin jangan cuba lagi... tunggu sampai kahwin tau... tak leh buat tau.. doseee dosaaa ini serius...
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit" di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
orang dah kahwin sila ambik petua ni... yg belum lagi tu..
sabaq cheq no... :) :) ;)
www.tips-fb.com

09 May, 2010

Tag By Qellisa BB On The Blog

Saya telah Ditag Oleh Qellisa BB On The Blog , Qelissa dapat dari aishah
I was tag by qellissa in English , but I'll tag you in our native language, the language of Bahasa Malaysia, hope you will like its. ( alamak Yer ke ni .. hehehe hentam saja la labu...

sorry susah NYA NAK JAWAB TAG NI.. TU PASAL LAL LAMBAT NI..

Peraturannya :-lebih sukar daripada yang di lihat..

buat salinan nota anda sendiri..
Padamkan Jawapan saya...
hantarkan tags anda kepada dua puluh ( 20 ) orang..
mulakan dengan nama anda untuk menjawab setiap soalan berikutnya....
harus di tuliskan yang benar .. sebenarnya ...
mesti kena buat ...jika orang pertama telah mengunakan jawapan itu, anda harus mengunakan jawapan yang berbeza dari dia...jawapan anda tidak boleh diulang-ulang..( cannot use any words twice )
Anda tidak boleh menggunakan nama anda untuk anak / soalan nama gadis ( you can't use you name for the boy / girl name question ) if you understand this words,( i'am just follow qellissa words )hehehe
Ni hadiah yang Qellisa bagi
kredit goes to google.... kredit pergi ke google ..

Soalan Dan Jawapan :-

Siapa Nama Anda :Syifa Rosli
Perkataan Empat huruf :Cheq
Nama Anak Lelaki : Dinie
Nama Anak Perempuan : Diyana / Harmielia
Pekerjaan Anda : Bisnes Women
Warna Kegemaran : Hitam dan seangkatan dengannya ( ceria and cantik )
Sesuatu yang anda pakai : Seluar Ngan Blaus yang senang dan ringkas
Makanan :Suka Yang Masak Sendiri ( kalau tak sempat beli juga )
Sesuatu Yang Ditemui Di bilik Mandi :Gel mandian susu kambing
Tempat : ALor Setar, Kedah
Alasan Kerana Terlambat :( a reason for being late ) Bangun Lambat kut Sesuatu yang membuat anda menjerit :Terkejut je hehehehe
Tajuk Filem Kegemaran Anda : Tom Yam Gong ( Tony Ja ) Filem Thai
Sesuatu Yang Anda minum :Air jagung Ais
Kumpulan Muzik :Semua Kumpulan Nasyid dan kumpulan Yang lagu-lagu nya sedap-sedap didengar.
Binatang Kegemaran :Kucing
Nama Jalan : Jalan Sultan Abdul Halim Shah
Nama Jenis Kereta :Kembara DiBumi Allah

Bunga nak bagi cantik je
Dan Lepas ni ... saya akan Tag kawan-kawan dengan nama-nama seperti yang tertera dibawah ni :

Korang wajib kena buat ni... jangan tak buat lak ... penat cheq dok jawab ni ..
takpe lepas ni cheq bagi hadiah istimewa ..

1. azie
2. Ainil Hawa
3. Syuk Am
4. rr
5. ten 10
6. Reita sagitarius
7. Ummi ross
8. mightymie
9. Farahanna Rahman
10. Yourscomment
11. duit kami hak kami
12. Mikyhael
13. Belaker
14. Leman
15. AinSarifudin
16. Steward
17. Nich Khun
18. Bloggermanz
19. Cira Marcello
20. Kek dan kopi
21. Alia
22. Azrai QamarGuys
23. Nafira
24. Minimixs
25. Norhafizah Salleh
26. Aku bebas berfikir
27. LuqmanMaat
28. SimieY Blog Budak x Nakal
29. Kasih hart
30. Ketingting Nisa Nafisa
31. Chaon Connerz
32. AinZunnur
33. Naematul Saadah Ismail
34. Mashimaro
35. Ummu Humaira
36. Shidat
37. Sakura
38. Mohamad Zharawi
39. Amirul Faiz
40. 4Puan Fazrin In Da House
41. Cikgu Isza
42. mahira oya
43. nard the nerd
44. Mohammad Adam Rayyan
45. Lisa
46. Hawa Comey
47. Lin Creshk
48. Noiezan@teddy_Bear81
49. Polis
50. Delour

ok Lima puluh orang saya tag, tapi ramai yang tak dapat dikesan kerana link nya takde.... tapi kalau u all masuk sini nampak nama korang kena tag tu.. sila la ambik ye..pasai saya nak bagi cenderahati kat korang sebagai terima kasih saya kepada anda Followers budiman , saya hadiahkan Cenderahati ikhlas untuk semua ........ni bukan apa... saja nak hadiah untuk follower ...lepas tu korang tag 20 je..kalau nak kasi lebih tu korang punya pasal lah ye..

lepas jawab tu ambik ni dan simpan ye...



Photobucket

Cenderahati Berkembar Untuk Korang , letakan lah Cenderahati ini di hall blog anda
Terima kasih.

tag ni hanya sebagai bahan untuk menjalinkan salitulrahim dengan kawan-kawan semua . hanya suka-suka harap anda bergembira ye jangan sukaduka.always be Happy... Senyum ... Senyummm ...Senyummmmm Cakkkkk!!!! hehehe
www.tips-fb.com

25 PESANAN LUKMANUL HAKIM POST SEMPENA HARI IBU

Pos Sempena Hari Ibu ,

Selamat Hari Ibu , kepada semua ibu-ibu, dan juga selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu korang juga .semoga ibu-ibu berbahagia hari ni.


















25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkan lah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga bermenfaat, Wassalam.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati