Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

31 December, 2011

Selamat Tahun Baru

Di kesempatan ini akak nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua sahabat handai, tak kira dimana jua, di internet ka, Alam Maya ke, Alam zahir ke Alam batin ke... tak kisahlah kan...

Apa Impian dan Azam anda pada tahun ni....

Dah ada azam ke.... alahai akak tak tau apa azamnya.... tapi akak mohon dari Allah waaTaalaa semoga di Tahun ini, akak di panjangkan usia, di panjangkan jodoh hingga ke Akhir hayat,di beri kesihatan yang sempurna, sihat tubuh badan untuk beribadah, di berikan kebahagiaan dan keselesaan sepanjang masa, dimurahkan, di perluaskan dan dicukupkan rezeki, di lindungi dari perkara2 tak elok dan berbahaya.

dan Azam Akak Tahun ni, ingin memajukan lagi perniagaan yang ada, dan ingin menambahkan lagi permis perniagaan.Insyaallah kalau di izinkan Allah.
www.tips-fb.com

30 December, 2011

Pancing haruan, dapat ikan bergigi manusia

ALOR SETAR – Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.

Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.

Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

29 December, 2011

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah
by Ashraf Hadi on December 24, 2011 with 0 Comments in Agama
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

28 December, 2011

KHAIRUL FAHMI A.K.A APEK HIASI MAJALAH GLAM BULAN JAN/FEB 2012[GAMBAR]

Salam Mesra..Glamour gila... dah jadi cam arits dah si Apek..

Siapa yang tidak mengenali Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek, walaupun bukan berada di cabang hiburan yang boleh melonjakkan nama mereka menjadi seorang yang terkenal, Namun bagi Apek, beliau telah menjadi bualan di serata tempat.

Bukan saja kontrovesi yang dihadapinya, malahan statusnya sebagai penjaga gol terbaik abad ini telah menjadikannya bahan bualan di mana saja.

Dalam Majalah Glam bulan Januari 2012, Khairul Fahmi menghiasi muka depan Majalah Glam lelaki isu Januari dan Februari 2012. Khairul Fahmi telah digandingkan bersama seorang model wanita bernama Anastascia untuk isu ini dan digelar ‘World Class Goalkeeper’ oleh Majalah Glam. Hebatnya, bila mana pemain bola sepak bertukar menjadi selebriti…hehee
www.tips-fb.com

27 December, 2011

Tahniah !!!! AC Mizal Dan Eizlan Yusoff kini bergelar Datuk

AC MIZAL (kiri) dan isteri, Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid bersama Eizlan dan isteri, Datin Viashantie Harun melihat pingat DIMP yang diterima selepas Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-81 Sultan Pahang di Pekan semalam.

PEKAN – Selebriti tanah air, AC Mizal kini sah bergelar datuk apabila menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada majlis pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara berkata, dia bersyukur kerana menerima gelaran itu setelah setahun berteka-teki dan timbul pelbagai kontroversi mengenainya sebelum ini.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

26 December, 2011

Misteri bola metalik jatuh dari langit

WINDHOEK, Namibia – Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu.

Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya.

Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati.

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian menberitahu polis.

Bola itu kini dalam simpanan pihak polis. – Agensi
Berita
www.tips-fb.com

25 December, 2011

Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012

PUTRAJAYA - Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Februari. Majlis pernikahan akan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas Asar. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 26 Februari di PICC.




Menurut Yusry, pihaknya telah bertandang ke rumah Lisa semalam untuk menyerahkan cincin tanda.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Yusry dan Lisa dalam satu sidang media khas di JW Marriot Putrajaya. Turut hadir dalam majlis ini adalah kedua ibu bapa Yusry dan ibu Lisa, abang Yusry, Norman, dan David Teo. #SHHiburan
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati