Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

30 April, 2010

Pagar Diri Dengan Ayat Qursi

Ada banyak Sebenarnya Cara Pagar Diri Dengan Ayat Qursi
Tapi ini hanya salah satu dari caranya itu...
kalau orang lain ada cara lain lagi boleh kongsikan bersama ye..

Baca Ayat Qursi sebanyak 7x tau... setiap satu kali berhenti dan ikut peraturannya.

Kaedahnya begini, waqaf & berhenti pada potongan-potongan berikut:





اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ
مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ


ini caranya :-
cara yang paling mudah dan cepat.

1. Bacaan Pertama - Hembus Kekanan
2. Bacaan Kedua - Hembus Kekiri
3. Bacaan Ketiga - Hembus Kehadapan
4. Baccan Keempat - Hembus Ke belakang
5. Bacaan Kelima - Hembus Keatas
6. Bacaan Keenam - Hembus Kebawah
7. Bacaan Ketujuh - Sedut / Tarif Satu Nafas ( Simpan Kedalam Dada)
Jadikan ia amalan ye , kerana mengikut orang yang bagi amalan ni , ia adalah Sunnah Rasullah-rasullah alaihiswasalam. Jadikan sebagai salah satu amalan seharian pagar/benteng diri dari gangguan jin, syaitan, iblis dan juga kejahatan manusia.

itu perkongsian cheq kali ni ye...kalau ada salah silap cheq harap dapat dimaafkan.
www.tips-fb.com

29 April, 2010

Perkara Yang mengurangkan Akal Kita







Perkara-Perkara Yang Dapat Mengurangkan Akal


1. Selalu nya orang yang suka makan makanan atau buah-buahan yang masam

2. Sesaorang yang suka sangat tidur meniarap ( ingat tu jangan jadikan hobi)

3. Dukacita dengan Perkara Duniawi ( asyik fikirkan hal dunia saja dia tu )

4. Banyak sangat bersedih dan berputus asa ( ingatkan jgn terlampau sedih diatas sesuatu kejadian , ingat segalanya dari allah dan ada sebab , keburukan dan kabaikannya )







itu serba sedikit diantara sebab-sebab nya kenapa akal menjadi kurang ... membuat kita membuat sesuatu tanpa berfikir panjang
www.tips-fb.com

Dapat Friendship Blogger Award Dapat Dari Encik Ringgo

hari ni Anugerah lagi, Cheq dapat Anugerah ni dari AkuRinggo dia dapat award nih pemberian kak shiori dari http://shiorila.blogspot.com

1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.
dapat grammy award ye... terima kasih pada kedua orang tua aku , pengarah , penerbit , semua crewz yg terlibat dalam award ni ..... hehehe .. apapun aku dah copy award kat entry ni...

2. BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
award nih pemberian kak shiori dari http://shiorila.blogspot.com , pada Akuringgo, pastu pas pula pada cheq SyifaRosli , tapi cheq dengan senang hatinya nak kongsikan kepada semua yang sudi jadi follower cheq , budi baik tuan puan tak dapat saya balas , oleh hanya ini lah mampu cheq serahkan , hehehe , sila-silalah kawan-kawan ambik , pastu dengan syarat-syaratnya kena jawablah tag ini . harap kawan2 semua sudi cheq tak sebut nama2 no.. tapi saya yg jadi kawan cheq tu silalah ambik, ni Anugerah Istimewa dari cheq .

3. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5 - FIVE ..KENA JAWAP 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN.. :-
tajuk pos cukup 5 rasanya....nak kena jawap 10 soalan...

4. 5 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-

1. Syifa /Kak Syifa- dikalangan kawan2 dan bloggers , seperjuangan and teman maya..hehehe..
2. Ayang - abang yang aku je yg panggil ni....isteri kesayangan suaminya, dimanjakan dan dibelai selalu, hehehe
3. mama - anak-anak panggil
4. Mak lang - anak2 menakan belah utara panggil
5. Mak ngah - anak2 saudara belah selatan panggil..

5 je kan ... next!!!

5. 5 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-

1. Mei - hari lahir
2. june - Lesen kedai aku aa
3. August - ulangtahun perkahwinan
4. September - behdey anak2 & Abang ,
5. December - Lesen memandu aku la plak

done... next..

6.5 THING YOU DONE YESTERDAY:-

1. bangun pagi n solat subuh
2. buka kedai dulu n buat keje
3. sarapan sekali dengan makan tengahari
4. tutup kedai n makan
5. tidur...hehehe aktiviti terakhir hari tu

done...next..

7. FIVE WAYS TO BE HAPPY...

1. dapat pergi bercuti bersama keluarga
2. dapat mengembirakan keluarga
3. dapat tolong orang yg memerlukan
4. dapat ber online & ber blogging & blogwalking
5. dapat beli menda yang memang menjadi idaman hati

done & next

8. 5 FAVOURITES MOVIES:-

1. cerita-cerita animation - bleach , naruto , detective conan etc.
2. cerita-cerita 3D - cam UP, toy's stories
3. cerita-cerita fantasy - alice in wonderland , avatar , irobot , harry porter.. etc.
4. cerita-cerita kungfu dan aksi - jackie chan , tony jaa , eman manan etc.. etc..
5. cerita-cerita seram gak - supernatural , nenek kebayan , saka , puaka niyang rapik .. etc... etc..

banyak lagi tapi sebab suruh senarai 5 je..... & next

9.5 FAVOURATES HOBBIES:-

1. Online ..
2. Travel..
3. makan-makan ....
4. shopping .. & window shopping .. ( hahaha )
5. surfing, blogwalking, asah minda,tambah ilmu dunia akhirat.


10. 5 FAVOURITES PEOPLE:

1. Abang Yang
2. anak2
3. Mak dan arwah Ayah
4. adik beradik
5. kawan2 termasuk lah dialam maya nih..walaupun tak pernah bersua..

& next...

11. 5 FAVOURITE PLACES FOR VACATION:

1. nak pergi mekah... tak kira la buat haji ataupun umrah ataupun ziarah ke atau apapun aa
2. nak pergi disneyland gak tak kira la kat mana2 pun
3. nak pergi ke tepi2 pantai & pulau2 yang cantik
4. nak pergi ke pergunungan @ kawasan hutan yg aman ..
5. nak balik kampung

& next

12. 5 REASON YOU ANSWER THE SURVEY:-

1. sebab amanah dari sesaorang pada sesaorang yang lain..
2. sebab seronok gak dapat AWARD ....
3. dapat mengeratkan lagi tali persahabatan di alam maya ni
4. rasa terharu gak sebab dapat award nih... ada gak yang ingat
5. bleh bagi AWARD kat kenkawan yang blom penah dapat ..

next... lorrr dah habis dah...

13. 5 PERSON TO TAG...
tapi cheq dengan rela hati nak kongsi dengan semua kawan2 yg sudi,sebab cheq tak tau nak pilih sesapa ,demi untuk menjaga hati kawan2 dengan Anugerah berharga ini sesapa yg sudi menjawab soalannya...harap2 sudi-sudilah ambik ye...tolong lah cheq kali ni...cheq tak nak pilih nama sapa-sapa pasai semuanya terlalu istimewa.


sila kan amik AWARD kenkawan .. jgn malu2 ..
www.tips-fb.com

28 April, 2010

Dapat Award Pukal Dari Azie

Bahagianya Cheq ari ni, ada kawan bagi Award 3 sekaligus Azie kata Award tu Award Pukal namanya sebab kembar tiga kut.. di sebabkan award Beautiful Blogger, Interesting Blog and Adorable Blogspot ,.... betui azie no..terima kasih banyak-banyak ye sahabatku, terima kasih daun keladi kalau ada cheq nak lagi .. hehehehe tamak tu... tapi kena jawab soalan lak pulak jawab juga la ni... ini la kawan cheq tu Azie Nature Stories Simple And Sporting klik ja nama dia tu terus boleh p blog dia.


Cheq nak bagi award ni kpd 3 org yang lucky, , ,,,
Pertama : Aku Ringgo

tapi hari ni cheq bagi kat sorang dulu... nanti cheq ziarah lagi blog2 yg lain cari pemegangnya..

Award dah ambik pastu jawablah 7 soalan dia .... tengok jawapan cheq tu no..

7 things about me:
1 - Cheq suka pada benda yang lucu lucu , cerita kartun, cerita lawak,
2 - suka juga tengok orang cantik=cantik , cute, comel , smart , handsome mcm abg Yang cheq , hehehe
3 - suka dengar nasyid dan ayat-ayat quran ( cheq bukan Ustazah tapi minat yg mendalam membuat cheq suka dengar ). lagi satu suka cari doa-doa ..
4 - suka menulis blog sehari 12 jam lebih cheq dok depan pc ni, kalau tenet slow je.. rasa cam nak buat tenet sendiri .
5 - suka juga klik Iklan Nuffnang, pasai cheq boleh dapat duit sambil2 online , ikhlas juga klik kawan2 , sebab kawan2 juga ikhlas klik Nuffnang kita .
6 - Sayang Kat family semua , lebih sayang kat Abang Yang ...
7 - Suka senyum kat semua orang, senyumkan satu sedekah ( senyum ja la kan tak rugi )

selesai dah cheq jawab soalan kira ikhlas la tu kan..... baca ja la ye..
www.tips-fb.com

Cenderahati ini Untuk Semua Yang sudi jadi Follower Blog Ini

Dengan Senang Hatinya Cheq Cipta Cenderahati Buat Semua Kawan-kawan Yang Sudi Menjadi Follower Blog Ini.

Terima kasih kepada Semua , Sudi-sudilah untuk Ambik Cenderahati Yang Tak Seeberapa ini, sebagai tanda terima kasih yang terhingga kepada semua Follower juga teman-teman yang budiman.

Sebagai Makluman kepada Kawan-kawan semua,

Hari ni cukuplah sebulan , blog ini hidup dan menjelajah di Alam Maya ni,
Dan Follower Tepat Seratus ( 100 ) Orang pada hari ni, Bangganya saya menjadi tuan rumah Blog ni, dengan hati yang gembiranya saya menyerahkan Cenderahati kepada semua penyokong serta pemberi semangat kepada saya , serta aktif dalam mengklik iklan Nuffnang .

Bermula pada hari ini setiap Follower Blog ini boleh save kan image cenderahati ni, dan simpanlah di hall Blog Indah Anda, Terima Kasih.
www.tips-fb.com

27 April, 2010

Buat Sahabat Award Untuk Blogmu Yang Menarik Hatiku

Salam semua,
cheq nak hadiahkan Award ni pada kawan-kawan yang cheq rasa sesuailah ngan blog depa ni..

nama dan alamatnya cheq tulis kan bawah ni...
kalau ada kawan-kawan yang ternampak nama korang ada ambik ye..
kalau yang takde tu..jangan kecik hati.. nanti cheq akan bagi lagi lain kali..
ni pilih 7 orang dulu...

cara nya mudah saja ..copy and save award tu.. pastu masukkan ke blog anda..
pastu hadiahkan kepada 10 orang kawan-kawan anda yang blognya sangat menarik dihati anda... sila sila jangan malu-malu... hehehe

1. Maslina Dari Blog My Special Memories...
2. QamarQuys dari blog ASKARA CINTA ILAHI
3. Fitri A.K.A dari blog Fitrah selamanya
4. Mashimaro dari blog bila mashimaro membebel
5. Chaon dari blog CHAON ZON
6. Qelissa BB dari blog Qelissa BB On The Blog
7. Azie dari blog Nature Stories
www.tips-fb.com

Melentikkan Bulu Mata


Bahan-bahan

Daun Lidah buaya

Caranya

Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.
Jadi pada sesapa nak lentikkan bulu mata tu... cuba cubalah... cara tradisional ni.. insyaallah kalau sabar akan nampak berkesanan nya.
www.tips-fb.com

26 April, 2010

Makanan Yang Baik Untuk Kuatkan Daya Ingatan







Makanan -makanan ini untuk kuat daya ingatan kita serta membasmikan kelupaan.

1. Manisan Madu Lebah Asli
2. Air Zam Zam
3. Kurma / Tamar
4. Susu Segar
5. Kismis / Zabib
6. Halia
7. Kekacang
8. Air Rendaman Kemeyan Arab / Kemeyan Putih
9. Kuning Telur
10. Lobak
11. Bunga Cengkih
12. Daging Burung Merpati
13. Minyak sapi
14. Hati
15. Za'faran
16. Otak Ayam
17. Roti Kering
itu adalah diantara jenis-jenis makanan , makan lah makanan ni pastu tunggu kita cari jalan bagaimana nak olah kasi dia sedap ye.. tul tak.. biar sesuai ngan selera kita..
www.tips-fb.com

25 April, 2010

bagi menghilangkan bau badan.

Di sini saya nak berkongsi petua2 bagi menghilangkan bau badan.

1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari. Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan masalah keputihan bagi wanita.

2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis juga boleh digunakan.

3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi. Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda cerah dan tidak berbau.
4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu sekali.
5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat, selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.
www.tips-fb.com

24 April, 2010

Terima kasih pada bagi Award ni


Terima kasih banyak-banyak pada insan yang bagi Cheq award ni ...
ia itu .. akuringgo ... web dia http://akuringgo.blogspot.com/

dan Cheq pun nak bagi pada kenkawan lain seperti yang di amanahkan ..

tapi kena tunggu Cheq sihat skit la no....
Cheq Tengah Sakit Gigi.. pasai gusi cheq bengkak besar ni....
tak leh nak makan ..minum ja.. mulut ta leh bukalah... sakitttt sangat..
demam punya pasal lah..
badan cheq panas ni...
tapi rindu kat kawan2 blog punya pasai..
cheq online gak ni...

nak tengok siapa yang ziarah blog cheq...
kepada kawan2 yang sudi menziarah dan sudi jadi kawan2 cheq..
berbanyak2 terima kasih cheq ucapkan...
semoga persahabatan berpanjangan..

insyaallah nanti cheq semak siapa kawan2 cheq yang tak dapat award lagi tu..
cheq pilih 10 orang .... yg lainjgn kecik ati no.. nanti lain kali cheq bagi lagi... hehehe
www.tips-fb.com

22 April, 2010

kurangkan muka berminyak


Bahan-bahan
susu pekat manis
( brand apa pun takpa la kan janji susu pekat)

Caranya
campurkan susu pekat manis ngan air
dan rebus sehingga mendidihhingga pekat sedikit .
lepas tu sejukkan dan sapu ke muka..biar 20 minit..
cuci semula..buat saja tiap2 hari ye ...
anda akan lihat hasilnya dalam 3 hari muka anda kurang berminyak..
cubalah..InsyaAllah .... mudahkan tui tak...
www.tips-fb.com

20 April, 2010

Limau Purut Dan Khasiat

Salam sejahtera.









Anda pernah lihat iklan yang menggunakan limau purut di tv?
Jika pernah pasti anda tahu kebaikannya. Mesti anda kenalkan buah limau purut ni.
Tengok pada gambar diatas ye , buahnya berkedut-kedut mengerutu skit.

Nama saintifik bagi limau purut ialah citrushystrix.
Limau ni lebih kurang macam limau yang lain tapi buahnya lebih menggerutu dengan rasa masam dan sedikit pahit.

Daunnya direndam dalam air dan digunakan untuk mencuci rambut. Menurut tradisi, buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit. Daunnya juga digunakan dalam sejenis masakan Siam-Melayu yang popular dipanggil Ditanam di kampung-kampung kerana buahnya.

Bagi suri rumah, daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas , kerabu , laksa dan lain-lain lagi.
Buahnya selalu dijadikan bahan penting dalam upacarq mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya.Buah limau purut mengikut kepercayaan ia mempunyai aura yang tersendiri untuk menyegarkan badan kita, badan berasa ringan apabila kita mandi dengan buah limau purut. masih ramai lagi yang mengamalkan mandian limau purut ni.

bukan susah pun ,ni caranya nak petik buah limau purut, ni cara orang tua-tua la, kita ikut saja la kan, ( mula2 kita bismillah pastu kasi salam ( mengikut orang tua-tua setiap pokok ada penjaganya )dan selawat 3 kali sebelum memetik buahnya sambil berniat dalam hati kita akan buat mandi- amalan ni kebiasannya orang tua-tua pesan bila kita nak petik buah- buahan atau daun untuk dijadikan ubat ubatan dan masakan ). pastu cam biasa potong-potong ambil buah limau tu gosoklah pada seluruh badan kita .

Sekarang ada pula teknologi baru untuk menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma daripada pati limau purut. Selain tu, limau purut juga afa kegunaan lain untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.

Limau purut juga boleh dijadikan syampu sebagai pati tambahan.
Untuk mendapatkan kesegaran selepas penat suntuk bekerja, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan anda kembali segar san bertenaga.

Untuk membersihkan kulit kepala yang berkerak dan berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkannya terasa pedih.

Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik.

Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan ia seketika sebelum dibilas.

Dan ini yang sedapnya boleh juga dibuat acar limau purut.
memang sedap makan pun terasa wangi mulut ngan limau purut ni .
www.tips-fb.com

19 April, 2010

Khasiat Air Beras










Setelah membasuh beras untuk memasak nasi, air tersebut jangan dibuang kerana ia mempunyai khasiat yang berguna.

Kita boleh guna untuk bilas ikan-ikan yg sudah disiang untu dimasak, khasiatnya adalah untuk menghilang bau hanyir ikan-ikan tersebut .

Dan lepas cuci ikan jangan dibuang terus air cucian ikan tersebut kerana ianya boleh dibuat siraman pokok bunga , pokok bunga akan subur dan berbunga ( sesuai untuk pokok bunga ros ( mawar).

Sesuai kalau kita siramkan pokok tanaman kita seperti cabai( cili ), terung dan sebagainya kerana buahkan akan menjadi lebat dan tidak dimakan ulat.

Air beras tersebut boleh juga kita buat remdam sayur-sayuran yang akan potong untuk memasak untuk mehakiskan kesan-kesan racun sayur pada dan-daun sayur tersebut.

Bagi anda yang mengalami tekanan darah tinggi, air beras basuhan yang pertama boleh diminum untuk mengurangkan tekanan darah. Minumlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Manakala air beras basuhan kedua dan ketiga pula boleh digunakan untuk membasuh muka agar kulit muka lebih licin dan lembut.Amatlah sesuai untuk muka yang berminyak dan berjerawat.

Basuh muka setiap kali anda membasuh beras sambil berselawat sekurang-kurangnya tiga kali sebelum membasuh muka. Amalkan sepanjang masa. yang penting muka akan bercahaya dan berseri .

Khasiat air didih beras

Jika kita ingin minum air beras yang sudah mendidih ( air nasi ) masukan air lebih secawan atau segelas , bila nasi sudah mendidih lebih kurang tiga kali mengelegak kita cedukkan air didih tersebut masukkan kedalam cawan yang tahan panaslah ye, boleh juga masukkan sedikit gula dan minum apabila dah suam-suam atau sejuk.ini sebahagian dari khasiat-khasiat air beras .. jika ada lagi kita kongsi lagi ye.

Air didih ini sangat berkhasiat untuk yang menjaga suara bagi penyanyi atau pembaca Alquran .Amat berkhasiat kepada yang ingin awet muda. amalkan selalu ye.ini adalah sebahagian khasiat-khasiatnya. Jika ada lagi kita akan sambungkan lagi ye, khasiat ini adalah dari pengalaman saya sendiri .
www.tips-fb.com

16 April, 2010

menghilangkan kedut wajah










Bahan-bahannya:


putih telur ( kalau boleh telur ayam kampung )
air cucian beras kali yang ketiga
air bersih ( yang elok air tapis , atau mineral )

Caranya

pecahkan telur , ambil putihnya sahaja, lulurkan putih telur dimuka, kena tahan sebab bau hanyir telur skit ye, kira dalam 15 hingga 20 minit la lebih kurang , biarkan sehingga kering. cuci muka dengan air cucian beras yang ketiga. kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. selamat mencuba.
www.tips-fb.com

Jenis Jenis Kecantikan Dan Kelembutan Wanita

PANDUAN KECANTIKAN WANITA
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang
indah,
carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
untuk mendapatkan bentuk badan yang
langsing,
bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah,
mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,
berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan
sendirian.
Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya
itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu
untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah.
Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada
jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan.Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

www.tips-fb.com

15 April, 2010

Make up merubah bentuk wajah

semua wanita suka mekap betul tak...
tapi kenapa?
jawapannya mekap dapat merubahkan wajah kita betul kan...
melindungi kulit muka dari terus kena pada cahaya matahari kita pakai bedak muka.
keindahan dari make up adalah make up dapat merubah bentuk wajah anda.
Make up tidak dapat membuat wajah yang gemuk menjadi kurus tapi dapat membuatnya terlihat lebih kurus.
Aplikasi yang benar dari pencerah wajah dan corak dapat memberikan hasil yang menakjubkan.

ada skit tips untuk gunakan mekap :
Wajah yang panjang : gunakan foundation yang kehitaman pada dahi dan dagu anda dengan mengkombinasikannya dengan pencerah wajah pada bagian wajah yang lain.

Wajah yang bulat : gunakan make up yang berlawanan dari panduan sebelumnya (wajah yang panjang).

Telinga : perpanjang telinga dengan corak yang cerah dan perpendek telinga yang besar dengan corak yang hitam sampai menengah.
celak mata : bukan sahaja menampakkan kecantikan mata, tapi ia melindungi mata kita dari habuk2.
jangan gunakan lipstik sebagai pipi merah, kerana lama kelamaan akan membuat pipi kita akan tumbuh blackhead ( titik2 hitam) . guna saja pipih merah yang serbuk ye.

tu ada skit2 ja ye..
nanti ada tips lain kita kongsi lagi ye.
kalau sesapa tips yang menarik elok juga kita kongsi bersama .
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati